Thursday, January 19, 2006

Part ii - Pelaburan baik dan pelaburan jahat

Semalam bila Y call aku sebab nak tanya pasal tsunamiwang kami tergelak besar. Sebabnya selama ni aku ingat mamat yang aku dok selalu terjumpa masa nak breakfast masa tunggu lift terselisih kereta masa balik adalah husband Y. Kebetulan pulak mamat tu drive Merc ke opis. Bila dengar aje nama Y aku automatically cakap “ala kau tak payah le buat tsunamiwang ni kau kan orang kaya husband kau pun dah drive merc sekarang” patutlah makcik tu mcm blur bila aku cerita yang aku selalu nampak husband dia kat menara ni. Heeh sorry le Y aku yang salah orang. Hmm tapi that mamat memang fimiliar sangat di mataku ini. Mungkin senior aku masa kat U dulu kot.


So harini aku menulis lagi pasal kisah duit. Duit ni kalau nak cerita memang sampai bila tak habis. One thing yang aku ingat tentang duit ni ialah adik aku pernah kata yang aku ni kedekut, Ayah pun pernah hint2 macam tu. Tapi tak apa waktu tu aku pekakkan telinga. Tak kisah lah kedekut ke tak kan yang penting aku sediakan payung sebelum hujan. Aku bukanlah kedekut aku cuma menggunakan duit aku secara bijak. Adik aku memang tak tahu plan aku tapi tak apalah kedekut tu untuk 2-3 tahun pertama lepas tu mak ngan ayah pun boleh tersenyum dengan effort aku selama ini. Even ayahlah yang patut boleh tersenyum lebar sebab aku pun dah dapat belikan ayah kereta baru pada tahun 2004, bayar separuh downpayment (15K) kereta ayah dan bayar installment bulan-bulan untuk kereta ayah. So ayah memang bangga dengan usaha aku sebab ayah dapat pakai kereta baru dan hutang free plak tu bertuah sungguh ayah ada anak seperti aku yang kedekut sedikit ni kan. Sekarang mungkin ayah dah faham kenapa aku bermati-matian simpan duit sebab bila aku nak sesuatu benda aku boleh terus grab tanpa perlu pening nak fikir soal duit.

Contohnya ada sekali tu aku balik kampung, kebetulan dapur gas mak dah rosak. So aku diam-diam ajak mak pergi ke kedai elektrik dan tup-tup suruh aje dia pilih dapur gas yang ada sekali electric oven yang dia suka hmm it’s cost me 1.3K. Itu antara contoh kalau kita hampir mencapai kebebasan kewangan. Maknanya when it’s come to necessity we can make financial decision on the spot. Itu yang kita nak dan itu yang sepatutnya menjadi matlamat hidup setiap orang
tsunamiwang . Tapi aku belum lagi capai tahap yang aku nak. Maknanya bila ada rumah yang aku berkenan terus sign check dan 6 bulan lepas tu terus dapat kunci.


Tetapi untuk kita berada ditahap itu bukanlah mudah seperti yang dijangkakan. As I said before banyak sungguh pengorbanan yang kita kena buat. Maknaya sebagai seorang perempuan yang ada 9 nafsu mungkin kita kena control kesemuanya serentak supaya berada di tahap sederhana. Bukankah Islam menggalakkan kita untuk hidup secara sederhana.


Scenerio pelaburan baik:
Masa aku beli rumah pada tahun 2002 kami kena bayar 10% DP, lawyer fee legal fee kedebuk kedebak dan sebagainya sementara mendapat kelulusan loan atau mendapat duit dari KWSP. Ayah mcm tak percaya bila aku kata yang aku bayar almost 25K untuk semua benda tu cash pakai duit aku sendiri. Manalah aku nak cari 25K on the spot kalau aku tak mula menyimpan sejak lama dulu. Ini adalah scenerio dimana kita memang amat memerlukan wang untuk perkara2 yang wajib. Tak de duit mcm mana nak beli rumah kan. Jadi please bare in mind yang kita memang perlu ada saving yang banyak untuk perkara-perkara yang tidak terjangka dimasa-masa akan datang. Tak payah lah ambik personal loan kalau setakat nak renovate rumah atau nak kawin. Tapi kalau ambik personal loan untuk beli apartment yang nak disewakan dan confirm boleh dapat pulangan dalam bulan pertama itu memang satu langkah yang sangat bijak.


Beberapa perkara yang kita kena tahu dan ambil tahu tentang duit.
Kalau kita ada duit lebih janganlah takut saang untuk bersedekah terutama kepada ahli kelurga terdekat kita. InsyaALLAH sedikit yang kita sedekah hari ini akan memberi pulangan yang besar satu hari nanti. Kita kena percaya yang bukan 100% duit yang kita dapat tu adalah milik kita. Jadi sedekah tu salah satu cara kita nak bersihkan duit yang masuk dalam saku kita tu selain dari membayar zakat setiap bulan. Sebagai orang Islam memang aku pegang teguh dengan amalan ini sebab adakalanya duit yang senang datang memang senang betul perginya. Ada aje benda-benda tak terduga boleh berlaku. Jadi sediakan bot sebelum berlakunya tsunamiwang.


Scenerio tsunamiwang. Duit terbang:
Satu haritu aku on the way nak bershopping pinggan mangkuk di GIACOMO. Masa tu kereta baru aku baru berusia sebulan. Mungkin duit memang nak terbang haritu dan kereta aku dilanggar oleh sebuah motor buruk yang dibawa oleh seorang cina tua yang agak selekeh comot dan nampak miskin. Nak mintak ganti rugi memang tak sampai hati specially bila tengok dia dah terbaring pengsan tak sedarkan diri kat tengah jalan almost 20 minit. SO what to do nak calim insuran habislah NCB aku yang dah max. Jadi nak tak nak terpaksalah aku kelaurka duit aku sendiri untuk tukar bumper, tukar signal light, ketuk dan cat semula keretaku. Hmm semua tu terlah terbangkan duit aku hampir 2K.


note: setakat seminggu ini aku berjaya menambah RM200 kedalam pasif income aku tsunamiwang korang bila lagi.

4 comments:

Anonymous said...

I really admire ur spirit. Ur courage and effort to manage ur own future financial besides ur family was really inspired me. I already purchased the book. Hopefully, i could feel the experience like u've felt...

-eizsham-

Kopi Suam said...

Thanks eizsham..
One thing for sure you will get something from the book.

Start saving today and you will feel the way I feel.

Anonymous said...

Azira, i baru jer beli buku tuh, menarik...plan nak buat saving kat bank rakyat...tapi tak tau yg maner satu.which saving yg u suggest?

Kopi Suam said...

Dal,
Bagus lah macam tu...as for now kalau you nak simpan dengan bank rakyat you kena Q dulu becoz saham dah habis terjual (kena tunggu jika ada orang yang dah beli menjual semula)

For this time being ASB lah yang paling tinggi bagi bonus dan dividen.

But if you plan for long term saving (simpan untuk pendidikan anak cthnya) I suggest you to invest in unit trust. Public Bank ada track record yang baik. Malam tadi baru annouced bonus and dividen. If i'm not mistaken 35% total. Buat auto debit in unit trust. Cthnya Monthly u buat potongan RM100

my 2 cents :)