Wednesday, January 18, 2006

Wah cuti sakan

Hunny dah email pada aku tarikh cuti dia untuk CNY tahun ni..uishh lemak betul le company depa ni..start cuti daripada Sabtu 28 Januari sampai 4 Februari 2006. 9 hari semuanya dan akulah setiap tahun terpaksa terhegeh-hegeh nak apply cuti. Anyway this year nampaknya tak banyak sangat cuti yang terpaksa aku korbankan. Kalau tahun-tahun lepas tu mahu 3-4 hari gak aku kena apply cuti.But sampai sekarang kami tak putuskan lagi apa nak buat CNY ni. Aku rasa mcm nak chow aje gi berjalan ke satu tempat yang aku dah hint-hint dengan Is. Tapi tak tahulah, lagi pun schedule mak dan ayah belum dapat lagi untuk cuti kali ni. Tengoklah nanti last minute decision banyak tempat yang menerpa kat kepala ni tapi kalau tak jadi jugak better aku habiskan aje projek rumah aku yang kecil-kecilan itu. Aku nak mengecat lagi....heehh heehh


Kawan lama aku terpaksa outstation ke Vietnam masa CNY ni. Hmm syok juga kalau dapat kirim 4-5 pasang baju smocking untuk Deena. Kalau masuk Malaysia harganya usihh 2-3 kali ganda. Tapi baju smocking memang mahal pun sebab dulu aku pernah hantar tempah baju deena 3 pasang, sepasang baju smocking pada harga RM65. Tapi kalau beli kat Metrojaya hmm semuanya hundred over. Tapi bila deena pakai comelnyer tu yang aku suka sangat tu.


Ahahh laa aku tak cerita pun apa progress kelas swimming aku last Saturday. Heehh Saturday tu aku berjaya menjengulkan diri ke pool UNIT*N. Kelas tu sepatutnya bermula jam 4.00 petang tapi malangnya petang tu hujan lebat gila sekali dengan petir dan kilat. Masa aku sampai ramai jugak orang kat pool. Aku dengan R yang memang dah teruja nak terjun kolam dengan semangat dan siap2 pakai suit kat dalam. Tapi suasana agak pelik sikit sebab aku tengok ramai gak kaum lelaki kat situ. Actually aku tak kisah pun kalau ada orang lelaki Cuma instructor tu tak awarekan kami yang kelas untuk wanita ni ada lelaki boleh masuk. Aku dah berat hati R lagi lah sebab husband dia ingat kelas untuk pompuan so orang pompuan aje yang ada. Aku dok membayangkan kelas tu mcm masa kita kat UUM dulu ada ladies day bagai. Heehh rupa2 class campur dengan budak-budak which is I don’t mind tapi masalahnya bapak budak pun ada jugak dok tunggu kat pool. Itu yang payah sikit. So kami decide untuk tengok dulu first class.


R memanglah beria sangat nak belajar berenang sebab dia memang tak tahu berenang langsung. Aku ni saja gatal2 nak memahirkan lagi skill yang sedia ada. Tapi menurut pemerhatian aku memang kelas haritu solely untuk beginner. Kalau mcm aku ni hmm masuk kelas tu kira cam tak payah pun tak apa. Dia ajar mcm mana nak tahan nafas dalam air teknik tangan dsbnya. Heeh hehh so rasa cam malas le pulak nak gi sabtu depan ni. Tapi sian kat R pulak tak de kawan. One thing good about class ni aku tengok ada aje yang pakai t-shirt masa class. Hmm kelas berenang kat UUM tak leh pakai t-shirt kan. SO kalau boleh pakai t-shirt kat luar tu memang selesa yang amat la. Kalau ada lelaki kat situ pun tak berapa nak segan. So tak pasti lagi tengoklah sabtu ni nanti bagaimana.


Harini nak check akaun BCB aku. Kalau tak silap semalam
tsunamiwang dah bank in kan RM200 aku ke dalam akaun. So hari ni nak kena lekas2 tarik keluar duit tu dan asingkan dahulu siap-siap. Biasalah kita ni kalau ada duit lebih kat ATM tu tak ingat dunia. Mcm –macam plan boleh datang secara tetiba. Benda yang tak perlu pun boleh jadi perlu gak. Tapi benda yang perlu tetap satu keperluan. Hehh bulan ni aku memang banyak sikit nak pakai duit untuk keperluan. Nak service kereta sabtu ni, nak sediakan duit untuk road tax dan insuran pada bulan 4 nanti. Nak renew lessen bulan 3 nanti dan sebelum tu huarghh nak settlekan saman kalau tak silap ada 4 bijik semuanya….sabar aje laa

No comments: