Petang semalam kami terima surat pendaftaran sekolah deena. So kena sahkan pendaftaran deena di Sekolah Leftenan Adnan Kajang mulai 1hb hingga 30hb ogos. Jangan aku terlupa sudah...ikhhh bila anak2 dah nak start sekolah rendah...baby pulak nak berkuek tak lama lagi...aku dalam dilema dok fikir lagi..rasa mcm nak mintak transfer ke area opis lama aje semula.....dekat ngan umah..tak perlu tergopoh gapah senang pepagi aku leh uruskan diorang....tapi kerja sekarang ni dah syiok pula. dilema sungguh...tapi dalam mas ayang sama kalau ad apeluang depan mata surely aku akan grab cepat2. Keluarga harus diutamakan dalam semua perkara.
Isnin baru ni aku MC..sintom2 biasa aku time pregnant dah pun terasa. Antaranya rasa cam terseliuh kat pungkok...so nak jalan pun susahlah kan. Pagi tu aku gagah jugaklah gi klinik walaupun payah nak berjalan. Baru 5 bulan wei...nanti dah masuk 7 bulan..gerenti kena jalan berpapah or guna kerusi bila pelvik start cramp...memang merana.
Balik dari klinik aku terus pecut kereta ke Kajang Specialist Center. Lagi haritu bertangguh nak check pasal gynea kat situ. Aku nak make sure ada doktor pompuan tak kat KSC tu..kalau tak de aku nak kena cari alternatif lain.
So sampai sana aku pun pergi kat counter. Ambik info pastu tanya kat orang jaga kaunter tu..Alhamdulillah diorang ada sorang doktor perempuan melayu. Doc Rosaidah kalau tak silap...lega hati..InsyaALLAH check up 7 bulan dan ke atas aku akat start buat kat situ la..kenalah get use kan diri dengan persekitaran hospital sebelum nak bersalin kan.
so dah settle lagi satu benda penting.



No comments:
Post a Comment