Tuesday, November 24, 2009

Alhamdulillah dah selamat



Alhamdulillah terima kasih ya ALLAH kerana telah memudahkan segala urusanku dari sejak mengandungkan hingga melahirkan anak yang sangat bertuah pada hari yang bersejarah ini..amin...

Ku kira aku akan deliver malam semalam lantaran contraction yang sangat kuat selang satu jam. Puas memujuk baby dalam perut tak perlu tergesa2 untuk keluar di tengah malam bagi doctor dan mama berehat sepenuhnya fizikal dan mental. Memori 5 tahun lalu terimbau kembali.

8.00 am
Hunny bunny tiba ingatkan dah kena masuk labor room. Sebab teringat masa deena di Hospital pantai dulu tak sempat breakfast masa tu baru 3cm dah kena usung dalam labor room. This time sempat menikmati breakfast yang disediakan. Cik abe boring lama sangat tunggu dia pun balik rumah dulu.

9.30
Doktor Ras datang menjenguk dan bertanya khabar. Still kat bilik lagi. Contraction very mild..actually tak bukak pun it's still 5cm.

10.30 am
Tukar baju dan ditolak masuk ke LB 5. SMS hunny bunny inform dah kena masuk LB. Masuk ubat untuk keluarkan semua isi perut and waiting for the doc bius for epidural yang tengah attend operation. Aku bukan wanita yang cukup gagah untuk bertarung dengan kesakitan contraction. Kompom aku mengaku kalah.

11.30 am
Epidural - make me sweating dalam bilik yang kedinginan. Very smooth less pain compared masa time bobot. But tahap kegelian masih maksimum doctor letak jarum pun aku dah terkuit gerak2..tampal plaster kat belakang pun tergerak. Lepas injection terus BP drop, rasa pening dan start muntah semua benda dalam perut. So no point enjoying the breakfast earlier..habis semua keluar. Staff nurse pun panic sat. Bagi oksigen dalam 15 min lepas tu baru lah BP ok semula dan rasa ok sikit.But perut start tak selesa kesan ubat. By this time hunny bunny dah tiba doing nothing accept for surfing the internet in LB. Tak perlu nak buat apa pun sebab tak rasa sakit.

12.00 pm
Sekerat pinggang ke bawah dah start numb.Sekali sekala terlelap menggantikan tido yang terganggu contraction malam tadi.Sambil melayan perut yang tak selesa. Muntah lagi beberapa kali.

1.30 pm
Lepas abis attend satu kes doctor Ras datang pecahkan air ketuban. Pasang drip untuk induce.Aku dah tak rasa apa pun waktu ni.Jangkaan doc 1 jam akan buka satu cm. Aku menghitung masa...may be deliver jam 5 petang.

3.00 pm
dah buka 8cm waktu ni..staff nurse kata give it another half and hour may be dah boleh start push.I don't feel the contarction at all. My boy was very punctual at 4.00 dan full swing at 9-10cm. Staff nurse dah readykan semua barang-barang untuk delivery. Aku start push. Doctor was not around yet sebab tengah attend satu lagi delivery.

Actually aku tak gheti mcm mana nak push I can't feel the contraction at all. Epidural was too strong so diorang reducekan ubat for me to feel the pain. After a few attemp kepala baby dah nampak. Nampak gaya nya teknik meneran aku tak menjadi.

By 4.30 Dr Ras masuk. Beberapa kali percubaan dibuat. Doc Ras was so calm she just let the process went thru by it rythm.So it was very easy moment for me..tak stress and I have my own sweet time bila I feel the urge. Cumanya baby agak lama enggage kat tunnel..padahal dah nak terkeluar sgt dah waktu tu.

Finally dengan lafaz bismillah dari doc and aku..dengan push yang agak panjang akhirnya tepat jam 4.52 keluarlah my Ibrahimovic ke dunia. Dalam hati tak ada lafaz lain kecuali alhamdulillah yang tidak putus-putus dan kesyukuran yang tak terhingga kerana penantian telah berakhir dan semuanya telah selamat.

He's fair like his sister, he's hensem like his brother. Muka sepesen aje adik beradik saling tak tumpah. Sebijik macam bobot tapi feature deena.




Nama Yang Dipilih : Muhd Yusuf Thaqif bin Ishak
Nick Name : Zlatan Ibrahimovic
Date Of Birth : 24 Nov 2009
Time : 4:52
Weight : 3.65kg

Dr : Dr Rasliza Ramli

Hospital : Sentosa Medical Center / Kajang Specialist/ KPJ Kajang






****live from room 316 Sentosa Medical Center kajang***

11 comments:

Amir Syafiqah said...

zira,
Congratulations on the bundle joy. Cumel nya... Tapi besar jugak kalau tgk weightnya...

Farra Da Smiley said...

tahniah...alhamdulillah sume dah selamat..teruknya muntah tuh..takpe2 yg penting bby dah selamat keluar :)

edrina said...

alhamdulillah dah selamat.. Tahniah dan selamat berpantang :-)

teruk jugak penangan edpidural tu ek sampai muntah2.. aku tak amik pun sebab selalunya sakit contraction aku kejap jerk.

y@tipruzz said...

epidural smpi muntah eh? baru tahu huhu.
anyway congrats kak!!!

athirin said...

congrats zira...besar gak tu..tgh menghitung hari jugak ni..
ani+

lazila said...

Zira,
tahniah... alhamdulillah.. semua selamat.. besar nampaknye baby tu.

dzirhans said...

tahniah...dipermudahkan segalanya...

Norae said...

alhamdulillah.. semuanya selamat

tahniah ziraa & selamat berhari raya

Tukang Campak said...

Tahniah Zira..sdg elok cuti sekolah, hangkut semua balik kg la ye...

Selamat berpantang & bila dh balik KL bgtau la ye...so cute la ibrahimovic ko..

lupekanje said...

Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan.
tahniah KS... acik telewat baca berita gmbira nih...

Bila masa fulak update blog nih...lepas besalin, sempat lagik ekk...heheh..

mamasherry said...

congrats zira... wah semangat jugak ye 3.6 kg. selamat berpantang dan berehat.. berpantang kat kampung ke? take care..