Wednesday, December 09, 2009

Kenangan itu

Sambil minum pagi di meja luar pandangan aku menjelajah dari rumah ke rumah di belakang umah mak. Fikiran melayang sambil mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang telah lama aku tinggalkan. Satu persatu wajah2 yang pernah wujud di dalam hidup kembali bermain di kotak fikiran. Wajah-wajah tua yang telah lama bersemadi dan kembali menemui penciptanya. Walau telah lama tiada namun aku masih mampu mengingat tiap2 nama mereka. Al-fatihah.

Ayah berbaring di kerusi jati untuk melelapkan mata. Aku masih sibuk melayan laptop untuk membuat transaksi cimb click aku. Sesekali aku manatap raut wajah ayah yang makin dimamah usia. Ayah tidak gagah seperti dua puluh lima tahun dahulu. Kini kedut-kedut usia semakin nyata kelihatan di raut wajah ayah. Sabtu ini ayah akan meraikan ulangtahun usia 50-an nya yang terakhir. 12.12.09 ayah dihujung 50-an. Ada kenduri doa selamat dan juga ada kek yang akan di tempah. Semoga ayah akan sentiasa dipanjangkan umur diberikan kesihatan yang sempuna dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu amin. Ya mungkin sem ayah dapat juga menunaikan umrah setiap tahun (aku tahu ini hajat ayah dan emak). Hmm desas desus mak pun dah berkata ntah2 tahun depan emak dan ayah pergi lagi umrah jika ada rezeki.

Masa cukup pantas berlalu. Suatu ketika dahulu dihujung kebunku itulah tempat kami bermain cap teh. Itu adalah bekas tanah arwah Nek Pon. Sempadan antara tanah aku dan tanah makcik itu tersergam indah rumah nek pon. Di hujung tangga batu nya yang bertahta marmar indah ditanam kemboja cina. Bunga kemboja itulah yang selalu menjadi mangsa aku, dak ada, dak ani, dak ai bermain cap teh.

Kadang-kadang kami bermain baling tin. 10 bijik tin susu yang di susun bertingkat. Lalu di baling dengan selipar jepun. Dikebun aku itulah tapaknya, Dulu hanya di tanam dengan pokok kelapa dan redup kawasannya.

Kenangan dan nostalgia itu tetap terpahat diingatan ku. Aku tak pernah lupa. Ada satu ketika semasa bermain polis sentry di depan rumah arwah tok kadir tiba-tiba dak ani jatuh pengsan dan mulutnya berbuih-buih. Kami semua ketakutan. Ayah datang dan membacakan sedikit ayat2 lalu dak ani pulih. Kami semua kena marah pasal bermain kejar2 waktu tengahari buta. Itulah pantang larang orang tua. Jangan main waktu matahari tengah tegak kat atas kepala.

Masa tak pernah lupa tetapi kita manusia yang selalu lupa tentang mas ayang telah terlalu jauh meninggalkan kita.

2 comments:

Norae said...

salam zira..

seronok yea mengenang zaman kecil2 dulu, masa tu apapun tak pikir, mainn aje, bila lapar, makan.. alangkah ringkasnya hidup kita dulu kan...

p/s ko berpantang di melaka ekk?.. bila balik kl?

Kopi Suam said...

iye la nora..zaman kaank2 tu tak payah nak pening2 kepala cam sekarang..

ahah pantang kat kg...balik KL lepas krismas nanti.