Sunday, October 30, 2011

Derma Pembinaan Masjid Taman Sutera

**sticky note****


Terima kasih pada sahabat yang telah sudi menderma - alhamdulillah





Tawaran membeli sijil waqaf untuk pembinaan Masjid Taman Sutera ------------------------------​--------------------------- Adalah dipelawa kepada Dato'/Tuan/Puan/En./Cik untuk membeli sijil waqaf yang bernilai RM50 bagi satu sijil bagi tujuan menampung dan mengumpul dana bagi pembinaan Masjid Taman Sutera di atas lot 44699 & 44698 Jalan 2/3 Taman Sutera, Kajang.




***Derma ini masih dibuka kepada semua sehingga dana yang diperlukan mencukupi.

Thursday, August 25, 2011

Mohon Maaf Zahir Batin



Salam buat sahabat dan juga pembaca setia kopisuam. Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf diatas segala kesalahan yang sengaja dan tidak sengaja pernah saya lakukan terutamanya pada geng makcik wokzs. Dalam kita bergurau senda kadang-kadang tak perasan ada yang terasa dan terkasar bahasa.

Didoakan semoga Hari Raya ini membawa keberkatan buat semua dan mengeratkan lagi silaturahim sesama saudara.



Pada yang akan pulang memandu berhari raya berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang. Yang akan menempuh perjalanan jauh tu kalau ngantuk berhenti dulu tido seround dulu tak perlu terburu-buru. Semoga semuanya selamat sampai ke pangkuan keluarga. Amin


Pada sahabat yang tersesat ke Melaka calling2 ok aku berada di Melaka pada raya kedua dan seterusnya.




Salam lebaran buat semua

luv,

Kopisuam a.k.a Zirap

Self Note



Alhamdulillah malam tadi aku telah selamat khatam Quran. Tercapai jugak misi nak khatam di bulan Ramadhan walaupun aku tak aci sikit sebab aku ngaji masa Ramadhan aku dah pun masuk Juz 13. Yang penting istiqamah dan mencapai target nak khatam :) pada bulan Ramadhan.



InsyaALLAH aku akan start semula ngaji seperti kebiasaan selepas solat dan mudah-mudahan amalan yang baik ini sebati dengan hati dan jiwa dan semoga aku istiqamah melakukannya secara berterusan setiap hari. Nak buat benda baik mcm orang lain tidak le semampu mana. Nak bangun tahajjud setiap malam memang le takde, nak solat tasbih setiap hari pun jauh rasanya. Jadi yang sikit ini harap dapatlah berkekalan.

Wednesday, August 24, 2011

Iftar Kurik kendi - Bandar Puteri

Lokasi - Bandar Puteri Kelang


Penaja Utama - Orang kaya Kelang :) a.k.a Mek Ezz

Yang diraikan: Makcik wokzs - Norm, Ina, Nora, Achik, aku, Chombie, deena, bobot and family Ezzah

Tetamu yang tak dapat hadir : Yusmi,Pijah, eton and adik

Konsep pot luck:

Makanan : Shepherd pie, roasted chicken, ayam goreng, sup,talam keladi, sagu gula melaka, daging masak kicap,puding pisang diraja,ikan keli sambal special bangi mari and air oren paling sedap seantero dunia.




Firstly I should thank kak Chomb sebab sudi hangkut aku dengan bobot and deena ke umah mek ezzah. Mengharap aku yang dah membuyung untuk drive sendiri memang takde. Mengharap hunny bunny to joint iftar memang lagi takde bila dia tahu sumer pompuan and ramai anak dara.






Secondly thanks to hunny bunny yang allow me to joint the iftar and cam biasa bagi dua bila part anak Yusuf tinggal ngan addy mama bawak abang and kakak. Mind you I dah masak sesiap for cik abang berbuka :)


Thirdly thanks to tuan rumah mek Ezzah dengan hospitality yang superb makanan yang mabeles rumah yang semakin cun and plaster ceiling L-Box yang aku berkenan. Dalam masa puasa rasanya ini adalah antara hari2 yang aku makan banyak giller and kekenyangan yang amatsss...beeesssttt



Lastly thanks to all makcik wokzs yang make thing happened. Walaupun tak dapat sembang lama-lama pasal depa pi terawih surau depan umah ezzah aku kena balik dulu pasal dah tinggalkan orang kat umah tak kan nak lupa daratan as what I've been told diorang gerak balik dari umah ezzah kul 12.00 malam buleh....




Last but not least thanks to norm with her statement - me look anggun dalam jubah hitam ittew...heheheh heheheheh. ni kami sumer cam dalam mood umrah gitew. InsyaALLAH mudah-mudahan ALLAH permudahkan rezeki kita semua dan dapat bersama menunaikan umrah seperti yang kita rancangkan. Amin




InsyaALLAH tahun depan panjang umur ada rezeki kita kurik kendi iftar lagi ok.