Wednesday, August 24, 2011

plan balik kampung

Pagi ni jalan ke opis dah agak lengang. Rasanya ramai jugak yang dah mula bercuti dan bersedia untuk pulang hari raya. Untungnya raya tahun ni ambik cuti dua hari dapat straight cuti seminggu. Plan perjalanan balik kampung kami tak finalised lagi. Ingatnya nak balik Jumaat malam. Tapi kemungkinan besar jalan akan sesak teruk. Hmm kalau sempat balik Jumaat petang lepas hunny bunny balik kerja. Kebetulan anak-anak sekolah sekerat hari saja Jumaat ni dan aku pun cuti hari Jumaat sebab ada appointment dengan Dr Raz.


Kalau nak balik petang kena pulun mengemas barang and selesaikan hal rumah dengan segera Jumaat siang tu. Maknanya by the time hunny bunnny sampai umah masuk barang dalam kereta and terus gerak balik Melaka. Kalau Jln tak jem boleh ajer sampai by 7.00 tapi memang confirm kena spare makanan untuk berbuka dalam kereta incase jalan sesak.


Dr Su baru saja selamat bersalin 18/8/11 baru ni. Cepatnya rasa baru ajer tanya dia due bila. Katanya haritu InsyaALLAH sempat beraya. Tapi baby nak keluar lebih cepat rupanya. Kira cepat dalam 10 hari. Aku plak by end of this week akan masuk minggu ke 34. Pehhh dah dokek bonar dah rasonya. Nak kena bertarung sebulan lagi caiyookk. Dah hujung-hujung ni memang makin mencabar fizikal. Semoga dipermudahkan.


Tahun ni memang aura raya aku pada tahap paling minimum.

Monday, August 22, 2011

sebelum dan selepas RAYA

Wohoa masa berlalu sangat pantas. Sebulan rasa ibarat seminggu dan akan tiba masa bila akhir zaman (kita dah akhir zaman kan) masa setahun rasa ibarat sebulan sahaja. Btw salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Semoga ramadhan yang telah berlalu dan semakin menghampiri penghujungnnya memberi seribu rahmat dan berkah buat kita semua. Amin.


Aku cam biasa masih banyak pending task yang nak kena siapkan sebelum start cuti bersalin. Kira minggu ni fokus dulu untuk abiskan puasa dan cuti raya walaupun mood and mandrem raya tu memang takde langsung. Dengar lagu raya pun tak berapa nak feeling. Kemanakah menghilang sexited beraya ku?


Yang pasti naik cuti raya kena selesaikan hal KPI dulu, then kena handing over task to my staff. Selesaikan dulu kerja-kerja yang masih pending specially paper yang nak kena dapat approval from committe Sept ni. Probably by mid of Sept dah start ambik cuti. Lepas tu bersalin dan InsyaALLAH sambung cuti sampai end Desember subject to first lady boss approval la. Kalau boleh aku nak masuk office semula on 3rd Januari 2012 lepas settlekan semua hal sekolah anak-anak and hal baby sitter.


Actually tadi semangat berkobar nak citer ttime raya dulu-dulu pastu mandrem hilang terus terbantut idea. Next time I guess when the mood is back on track.



daaa

Tuesday, August 16, 2011

Duit raya kuih raya sumer raya

Sampul raya dah dapat 7 paket semuanya cukup rasanya untuk allocation tahun ni. Slip gaji jugak dah dapat humang aiiii copek bebeno nak masukkan gaji risau den, and slip gaji duit raya yang tak berapa nak lebat tu pun nak dapat. Dapat thn ni pun tak lebat pastu income tax potong kwsp potong jadi bertambah tak lebat le bakinya. Aku kira-kira rasanya ayah tahun ni dapat bonus raya lagi banyak dari aku bonus pesara bonus guru kafa bonus pak imam....adehhhh..tapi alhamdulillah adalah jugak sokongan kewangan time nak raya ni. Kalau tak nak kena korek saving lagi tak sukak kan.









Raya guna banyak duit walaupun tak tukar langsir baru tak beli sofa baru, tapi persiapan baju anak-anak yang sederhana tu pun dah habis ratusan ringgit. Dengan kuih rayanya lagi yang dah order berbalang-balang. Dengan baju raya aku lagi yang baru nak plan beli esok buleh...tu pun kalau ada kalau tak de aku bulldos ajer balik muo nanti carik kat bukit gambir. Oo tapi raya ni aku dah dapat recliner buat diriku yeesss.



hok ni aku order dua balang fresh from Aloq Setaq.
Semalam bakaq arini dapat yeeaaayy tak sabaq nooo


Oaty choc cookies and sempret ni order from Nina. Sure sedap kalau makcik nina tu yang buat :)
Ada lagi dua jenis kuih yang aku order tapi tak ingat nama.


Maka kalau baju raya bukit gambir takde kelas lah bak kata orang kaya kelang yang telah berhabis puluhan ribu ringgit aku ulangi puluhan ribu ringgit demi hari raya yang bakal menjelma setengah bulan lagi. Apa kelas baju raya tak lip lap lip lap kan di hari raya. Raya kena mengerlip. Ni sumer pengaruh rakan sebaya ni. Tapi pengaruh positive mak suker ajork. Yang habis puluhan ribu ringgit tu mak pun rasa cam nak terpengaruh jugak tu heheheh ehheheh buleh orang kaya :) Tetiba aku teringat baju melayu purple kat Semua House haritu tantek kalernya I like.

Monday, August 15, 2011

Bertarung di dapur



Pertarungan mak buyung di dapur petang semalam sungguh hebat. Hmm kalau ikutkan hati kecilku memang malas nak masak lagi dalam keadaan yang sudah sarat banget. Sedangkan kalau weekend bazaar ramadhan keliling kampung, tapi semalam terasa boring dan teringin makan masakan air tangan sendiri selain dari suntikan dan pengaruh rakan sebaya. Sagu gula melaka lah yang menjadi pencetus segalanya....hmm sedap ada lagi separuh balance kat dlm fridge makan time sejuk alangkah nikmatnya. Wah tak sabar tunggu buka mau makan itu sagu. Mind you aku tengah preggy Ibrahimovic jadi hormon2 kemalasan memang sangat terpancar disitu. Semoga anakku ini adalah anak yang rajin orangnya amin.







Ku kira semalam mungkin akan jadi pertarungan terakhirku di dapur sehingga selepas bersalin. Sian mak buyung. Abis masak kecapekan diriku sungguh kecapekan banget . Tapi nasib baik dua chef kecil deena and bobot pantas membantu maka banyak juga kerja-kerja yang dapat dibuat cepat. Aku tak boleh berdiri terlalu lama, masak sat duduk sat pastu sambung masak lagi, maka kesannya waduh pinggangku sakit banget disamping kesakitan bumper yang azali setiap kali preggy. Tapi hati terubat jua bila mee basah menu terakhir yang aku masak semalam licin dibelasah hubby dan anak-anak. Makan sungguh berselera bertambah2 hilang sikit rasa penat.





Mak buyung haruslah bertahan dan bertabah. Aku ada kurang lebih sebulan setengah untuk bertarung dengan kesukaran ini. Semoga ALLAH mempermudahkan untuk aku mengandung dan melahirkan anak ini dengan selamat amin. Tapi mengikut kemampuan fizikal sekarang besar kemungkinan aku akan mula bercuti awal. Mungkin selepas raya dah start rasanya. Duduk lama-lama kat opis pun bila bangun mula rasa payah nak jalan. Drive dari kajang ke KL bila kuo kareta kena ambil masa 2-3 minit untuk berdiri luruskan pinggang betulkan langkah dan baru mula bergerak. Pergerakanku sungguh terbatas.






begitulah kesannya dan itulah tandanya...mak buyung bukan masih muda bukan mak buyung yang selalu extra ordinarily extra power cam 10 tahun lalu. Mak buyung sedar diri!!!