Thursday, November 12, 2009

Tinggal serdak

Lepas breakfast tadi saja singgah jumpa geng payroll. Ingat hati kononnya nak jenguk makcik zai tu tapi dia plak ada meeting kat HQ. Project Manager le katakan sure busy sokmo makcik tu. Kami tak dan nak sembang2 pasal london trip dia baru ni..aku nak tengok gambo..tak sempat pun nak korek apa makcik tu shopping kat sana. Tapi handbag baru memang sudah confirm...heehh itu memang aku dah nampak..

Kata Is bulan ni paling ramai dia dapat kunjungan rakan2 yang sibuk tanya hal pasal gaji. Bulan lepas kan gaji terlalu awal. Sakit kalau dapat gaji cepat ni. Bulan ni memang perit sikit tapi nasib baiklah semua hutang piutang aku dah selesaikan sebaik aje gaji masuk aritu. Itu yang paling penting pun. Now hiduplah dengan serdak2 duit yang ada sementara menanti 23hb. Setakat belanja harian tu lepas la tapi kalau campur shopping tak terancang memang tak dapek le nak menolongnya...

Tapi ni cam ada hati aje nak singgah Macy warehouse sale...hu hu hu...godaan sungguh..iyelah biasalah tu bila ada benda yang memang dah dok aim dalam kepala nak beli selagi benda tu tak materialise selagi tu le senak perut dibuatnya...(tapi bukan ikut plan aku semua itu hanya akan berlaku selepas Jan 2010 ke) hu hu hu betul tak..rasa2 bulan ni memang kena mintak belas kesian cik abe. Kalau en B dapat bulan depan tinggi angan2 ni...hmmm confirm awak kena loan kan duit awak pada saya dulu yang...hu hu hu...hujung2 tahun saving memang dibekukan nak collect dividen punya pasal. Maka dilarang untuk disentuh sama sekali. Aci tak pantang larang camtu...

Bab duit ni kalau sehari semalam story pun tak habiskan. Mana2 and sesiapa pun menghadapi masalah yang sama kecuali mereka yang memang lahir2 terus berbantal dan bertilamkan duit....
daa...

Wednesday, November 11, 2009

start counting

Aku pergi klinik kat bawah ni. Allergic makin teruk plak le di saat2 akhir ni pastu makan seafood pun pulun semacam gatal seluruh badan...ambik ubat sakit kepala sekali ubat tahan gatal. 2 hari ni kepala sakit yang amat may be sebab aku tak berapa lena nak tidur. Terlalu kerap berjaga sebab nak wee wee paling kurang 5 kali satu malam. Check tekanan darah normal..110/60. Sembab pun tak ada rasa cam biasa aje lah. Baby lom ready nak kuo lagi. Cam tahu2 aje mama dia banyak lagi tasks yang nak kena settlekan dengan anak-anak buah. Timbang berat tadi wah bulan ni aje naik 1.4kg hebat la...aku ke anak aku yang naik ni..yang pasti saat2 akhir ni selera makan memang hebat.

sambil2 check tu doc tanya. You dah start counting ke..counting apa doctor..aku tanya...doctor suruh counting baby kicking. At least kena ada 10 big kicks dalam masa 10 jam. Oooo baru aku tahu. Selama ni aku dok monitor pergerakan baby yang biasa aje. Kalau aku rasa baby tak gerak aku akan cuit2 or kacau kawan yang mungkin sedang lena diulit intan itu. So now dah tahu apa patut monitor kan..doc kata kena start monitor dari pagi say jam 9.00 pagi sampai 9 malam.Ok esok aku akan start.

Mcm mana aku nak tahu yang tu pergerakan menendang yek. Oooo aku tahu may be yang bila baby kick tu bergegar mama dia dibuatnya...baru aje sat rasa ni hehe hehe...Tapi yang pasti perut aku berombak ke kiri dan kanan tak kira masa. Lebih hebat bila time malam nak tido. Pengalaman paling berharga yang tak akan akan lupa sampai bila2...syok preggy ni cuma yang tak syoknya...larat ngan tak larat aje..

ok daaa..apa-apa pun hidup mesti diteruskan dengan ceria...

Tuesday, November 10, 2009

Jom Autoshow

*ngantuuukkkk ni...tgh course**

Pertandingan Autoshow Plaza Anggerik Challenge 2009 (Anjuran Pesta Jualan Remaja 2009)

Tarikh: 15 November 2009
Masa: 9.00 Pagi hingga 4.00 Petang
Tempat: Tempat Letak Kereta, Plaza Anggerik, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. (Berhampiran SACC Mall & PKNS)
Bayaran: RM10.00 / motokar

Kategori :
i. Proton (Untuk motokar buatan Proton SAHAJA)
ii. Perodua (Untuk motokar buatan Perodua SAHAJA)
iii. Open (Terbuka kepada semua jenama motokar keduali buatan Proton & Perodua)

Tentatif:
9.00 pagi : Pendaftaran Peserta
11.00 Pagi : Taklimat kepada peserta oleh penganjur
12.00 Tgh. Hari : Pemarkahan oleh juri (sehingga jam 3.00 petang)
4.00 ptg : Pengumuman keputusan

Pemarkahan:
Justifikasi pemarkahan juri adalah menjurus kepada tahap kebersihan, kecantikan & kekemasan, pengubahsuaian pada bahagian dalaman, luaran dan ruangan enjin, serta sistem kawalan (tayar, brek & suspensi) motokar.
Hadiah:Tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori akan menerima Medal, T-shirt Berjenama, Pen Berjenama (tempat pertama sahaja-bernilai RM 100 setiap satu), hadiah sampingan dan sijil.Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.

*Sebarang pertanyaan mengenai Autoshow boleh hubungi saudara Dean (012-295 6654).

Friday, November 06, 2009

Congratulation!!!

pehh...

Di saat-saat akhir ini..sebelum bercuti...I'll lost my two staffs yang sangat capable. Yang terbaru was my secondman yang baru aje dapat surat memangku naik pangkat kepada post manager..good for her...I'm happy for her coz I know she deserve that...now aku lah nak kena pecah kepala nak arrange semula resources yang ada....I hope my recommendation dalam survey form as IM yang HR suruh isi untuk support her membantu dia mendapatkan post tersebut...but tak sangka secepat ini coz the interview was done on last Tuesday. Congrats to her. Good luck and all the best to both of you.

Asalnya 6 orang now tinggal 4 terkonteng2..satu plak masih dalam maternity leave. So 3 ni lah yang ada untuk terpaksa buat semua benda...so kenalah buat meeting tergempar sekali lagi on the arrangemant of the handing over tasks. I just pray hard new PEP yang akan diassignkan pada kami ni jenis yang pick up power so we don't have to put so much time to coach her. Staff baru akan lapor diri this monday...the same date SM kena lapor diri untuk post baru dia...same day staff sorang lagi kena report duty to Yayasan tapi yang yayasan ni kena hold for one month untuk siapkan task2 dia yang masih pending. Lagi satu staff baru akan lapor diri on Januari...this is for compliment yang kosong lama...still kami korang sorang lagi staff.

I must have a proper planning for my resources...kalau tak memang tunggang langgang unit aku and kelam kabut bebudak aku nak buat kerja nanti...