Saturday, October 29, 2005

Balik kampung...

Badan aje kat opis ni…hati dan fikiran memang sah dah ada kat ruang tamu umah melaka. Memang tak sabar nak balik melaka. Semangat nak buat kuih ni..at least esok dapat 3-4 jenis pun ok lah boleh cover kuih ntuk MIL sekali dengan kuih untuk umah kajang. Lagipun oven dari dapur baru mak tu aku tak pernah test lagi. Ini lah masanya…penat gue keluo duit ribu2 belikan mak dapur tu kan nak le jugak merasa guna. Malam tadi bibik called kata yang dia dah confirm nak berhenti. Hmm kelam kabut nasib baik call kak ju pagi tadi dan dia sanggup nak tolong jagakan bobot. Feh lepas raya ni nampaknya cik abang tu kena duduk kampung la dulu sebelum dapat bibik atau penjaga yang baru.



Semalam cik kak tu dah excited dapat gelang dengan gelang kaki baru. Tapi gelang kaki pulak terpendek So tadi lari kejap ke kedai tu semula dan tukar gelang baru. Kena tambah duit lagi RM40 sebab panjang beratnya bertambah sikit. Lepas tengok gelang tu nak pakai dan-dan tu jugak. Pakai kan kejap lepas tu buka balik sebab harini cik kak masih sekolah. Nanti nak balik kampung baru pakai semula. Pagi tadi dalam kereta dia dah merengek nak gelang mama. Sabar ajelah aku pujuk la kata nanti kawan-kawan ambik gelang kat sekolah terus senyap.



Tadi singgah pantai dalam jenguk rumah baru moklong, Cantik dah siap pasang cornince, tile, dan dah ubah bilik air tinggal pasang KC aje. isi perut sikit dan bagi duit raya untuk Pok Long dan Mok Long. InsyaALLAH every year memang aku bagi depa duit raya. Tetiba Ana call kata nak bawak balik Ilman dulu. Oklah bawak aku tak kisah lagi pun aku called kak ju bobot asyik nangis aje. Dia pun jarang2 tengok kak ju. Hehh heh sian anak aku.


Oklah dah nak balik..tak sabar nak bertolak balik kampung ni. Nak singgah Giacomo jap tukar pirirng yang sumbing. Pastu siap2 packing dan terus chow. Selamat hari raya maaf zahir batin. Balik kampung…oooo ooooo oooo balik kampung oooo ooo balik kampung hati girang. Harap-harap jalan tak jam la. Kalau tak mesti lalu dalam punya la..

Friday, October 28, 2005

Hadiah untuk diri sendiri *wink* - sah jadi raya

Harini memang lah aku tersenyum lebar sampai ke telinga. Kira mcm hadiah untuk diri sendiri aje lah. Kalau nak harap hunny bab-bab mcm ni dia kureng lah sikit tapi tak tahu lah sebab aku tak pernah cuba pujuk dia suruh belikan aku barang kemas. Harini memang tak de dalam plan pun tapi aku dah berjaya menghabiskan duit tanpa perancangan. Tu lah sebabnya aku kata aku memang tak suka pergi kedai emas sebab kalau aku dah suka kat satu benda tu sesedap rasa aje aku grab. Aku pergi jalan TAR tujuan aku satu aje, nak belikan deena gelang kaki, nak betulkan gelang tangan deena, pastu nak tukar cangkuk gelang kaki aku dan betulkan gelang loceng aku. Lain-lain perkara memang tak termasuk dalam agenda hari ini.


Hint yang pertama aku dah hot-hot dalam kereta, jalan jam pastu tak dapat parking terpaksa tawaf ikut jalan gereja dan masa habis dekat 1 jam dalam kereta. Kalau sebab tak janji dengan deena mungkin aku dah balik ke opis semula. Tapi aku dah janji dengan anak dara tu so kata mesti dikota walaupun dengan budak-budak. (mama deena nak pakai cantik macam mama tu sambil tunjuk-tunjuk gelang dan rantai aku). Kecik-kecik lagi dah pandai nak melawa anak dara ru. Kalau pilih baju pun mesti nak pakai baju cantik aje lah. Parking kereta kat parking seberang SSF 1 jam 4.00 then terus aku gi kedai emas yang terletak seberang jalan. Memang kat situlah tempat aku membeli barang sejak azali. Sejak dari anak dara, bertunang, berkawin dan sampai hari ni. Aku memang loyal customer. Sebabnya kedai tu kita memang boleh nego dan tokeynya memang baik sangat. Special price sokmo.


Sampai sana kena tunggu another 20 minutes. That mamat yang aku selalu deal tengah dok layan regular customernya yang lain. Tak pe tunggu dengan sabar. Mula-mula pass aje rantai pintal yang aku memang dah lama tak pakai. Daripada simpan so aku fikir tolak ajelah belikan barang untuk deena. Aku pun bawak cash RM500 aje mana tahu kot kena top up ke nanti. Pastu nak bagi gelang untuk betul mulalah amoi tu jerk sikit. ‘Tukarla kak old fashion ni’. Dia pun keluarkan gelang rantai kapal yang gedabak. Aku tengok 64 grm. Harga emas sekarang RM63/g. Peh memang cun aku memang dah berkenan sanagt dah tu. Letak tepi dulu buat mcm tak nampak. Settlekan gelang tangan deena (instead of betul aku belikan dia gelang baru) pastu ambik gelang kaki untuk anak dara tu.


Kuokan gelang loceng aku tu ingat nak betul aje sebab loceng tu dah tercabut sebiji. ‘Tukar lah kak’.Amoi tu kata lagi..huarghh memang dah suka lah gelang beso tu tapi dalam masa yang sama memang sayang sgt gelang lama tu dgn gelang loceng (gelang lama tu beli dengan duit first gaji, gelang loceng tu beli dengan duit yang mak bagi sebagai hadiah kawin). So aku ambik gelang aku yang lama tu, gelang loceng, gelang deena dan rantai pintal. Tolak pada dia semua. So dia culcalate semua sekali 4000 – hmm actual value lagi tinggi tapi deduc 20%.. Dah malas nak fikir lagi aku ambik aje gelang beso tu. Pastu dok fikir hmm tak sesuai bawak gi opis, so aku ambik lagi satu gelang loceng (aku memang suka gelang loceng-loceng ni). Jumlah 4 barang tu semua RM6k. Total dengan harga barang aku 4000, so aku bayar another 2000 tapi pakai CC la... Hmm sekelip mata padahal memang tak de masuk dalam plan langsung. Ok lepas ni aku haramkan kaki aku untuk gi kedai emas selama setahun kecuali kalau hunny bermurah hati read as termakan pujuk rayuan palsu aku…heehh hehhh hehhh. Itupun sekirtanya berjaya mencucuk jarum. Balik opis dengan wajah berseri-seri dengan satu kepuasan di dalam hati. Penat aku kerja ni lah kredit dan budget untuk diri sendiri sempena hari raya ini. Harap-harap suatu hari nanti dapat credit yang lebih besar dari hunny pulak.


Tokey yang baik hati bagi aku air laichee sekotak (mcm tahu aje kita tak puasa) dan juga duit RM8 untuk bayar parking. Thank you tokey sebab dia tengok aku dok tunggu punyalah sabar. Hmm pastu terus balik opis, ingat nak pi Mydin beli kunci untuk pagar belakang tapi tak sempat. So malam ni kenalah heret hunny ke mydin kat kajang. Hmm sakan raya tahun ni. Kata aje mood raya tak de tapi lepas beli barang kemas tadi terus mood raya datang berkobar-kobar. OKD harini hilang pertimbangan sikit dalam berbelanja. Jadi raya ni aku dah terover budget sebanyak RM2K. Bulan depan sakit sikitlah nak bayar CC. Tapi tak pe berita gembira bulan 12 tu dah boleh cover 2K tu nanti kan. Banyak rezeki bulan 12 dan bulan 1 nanti. Amin

Thursday, October 27, 2005

Pinggan mangkuk giacomo

Ada lebih kurang 10 minit lagi untuk update jenel. Pagi ni ada meeting EWRM dengan Kewangan, Habis meeting aku minta kebenaran boss untuk gi bank. Tapi sebelum tu sempat beli food kat kantin HQ. Karipap sardin, popia basah dan roti jala untuk alas perut. Maklumlah tak puasa ni muka selamba aje beli food. Tapi time nak makan tu sorok2 gak la…walaupun dalam kereta. Pergi bayar duit kereta ayah kat bangsar. Now memang dah tak de masa. Hari semakin suntuk. Cuti semakin hampir kerja banyak yang pending. Lagipun semuanya nak kena sttle sebleum sabtu ni.


Hunny dah buat final decision untuk raya. Hmm kaf lam ye nge jugak hubby aku ni. So maknanya sabtu ni balik melaka dulu…dan maknanya this year raya Muar dulu. Tapi aku rasa senang hati sikit pasal raya kedua malam ayah buat family gathering dengan adik beradik belah ayah dan belah mak kat rumah kami. Tema malam tu semua kena pakai jubah. Manalah jubah aku yang coklat tu. suka atau tak kena balik melaka juga raya kedua tu. Yahoo best lepas tu duduk melaka lama. Hunny may be balik KL sendiri hari ahad coz dia dah kena kerja on Monday. Sorry aku akan tetap stay kat melaka sampai selasa. Nak balik KL semula akan difikirkan kemudaian sebab budak berdua tu kena ada orang control. Kalau tak mcm mana nak drive nanti.


So dalam keadaan masa yang suntuk ni akhirnya mission seterusnya sebelum raya dapat juga dilaksanakan tadi. Sebenarnya plan nak gi sini dah lama since awal puasa haritu. Aku tunggu kak Z sebab dia kaat nak tunggu sampai bonus masuk. Aku memang nak belu pinggang mangkuk gaya Inggeris saja nak bagi KC aku berseri sedikit. Lagipun boleh buat koleksi dan kalau member2 datang boleh hidang dalam pinggan yang cun sikit. Heehh kami ke GIACOMO lunch time dan aku dah dapat beli set pinggan mangkuk idamanku itu. Paling best set tu harganya RM199 tapi ada 50% diskaun so for 42 pieces aku hanya bayar RM100. Kak Z beli set 63 pieces dan pakai my member card dapatlah diskaun 35%. Lagi murah dari arcopal. Giacomo ni ialah set pinggan mangkuk imported from France. Dulu-dulu masa roda impian depa selalu jadi penaja.

Oklah sebab barang banyak kat dalam kete kak z so kena balik sekarang…..

Wednesday, October 26, 2005

Cerita basi dan shopping lagi

Ni nak upadate cerita yang hampir basi. Lupa nak cerita yang last Friday masa Nuzul Quran En. Madi's wife pass away. Al-fatihah dan takziah diucapkan pada En. madi seekluarga. En. Madi ni lah orang yang dok interview aku masa nak dapat scholar kat company ni. Dia jugaklah yang meluluskan kenaikan pangkat kami kat sini. Petang tu we had meeting with perjawatan. I was a little bit late sebab maklum le hari Jumaat terkocoh-kocoh shopping but I managed to get there before 3.00. Sampai kat sana Sal dengan En. M dah sampai tapi opis tu nampak mcm pelik. Semua orang dok berkumpul dengan sorang lagi tgh on line. Aku ke meeting room aikk mana orang-orang yang nak meeting ni. Sebagai orang yang prihatin aku tanyalah jugak apahal tu…so dapatlah berita tentang kematian arwah. Memang kelam kabut perjawatan haritu. So mula-mulah dengar mcm-mcm versi mcm mana arwah meninggal.



Esoknya we had another meeting with bahagain gaji. After that meeting dengan menaiki unser boss dengan Z dengan FBI semua…8 orang kami gi melawat umah Cik Madi. Sedihlah tengok dia menangis. Aku un menangis bila cik Madi menagis. Kesain pada anak-anak dia yang masih kecik. From there dari apa yang En. Madi sendiri cerita barulah kami dapat tahu puncanya. Alhamdulillah wife dia pergi memang d alam keadaan yang sudah lengkap dan bersedia. Arwah dah berwuduk dalam telekung nak solat Zohor then terdengar bunyi benda jatuh dengan kuat. Bila jenguk nampak anak yang kecik dah kena hempap dengan TV 29’. (rumah tengah renovate so TV kletak atas coffee tablekat family area atas). From there arwah cuba nak angkat TV dan terus collape. Acvcording fron En. M withd ia memang ada masalah jantung dan memang meninggal sebab terkejyt dan jantung problem bukan terkena kejutan elektrik seperti yang orang dok sebabr2kan. Tak dapat bayangkan mcm mana nak handle anak-anak tanpa isteri. Yang paling sedih anak yang kecik (dekat 2 tahun) tu asyik panggil mama dan tak nak kat orang lain kecuali neng dia sebab masih menyusu badan. Sedih betul.



Ok shopping raya almost 80% done. Wah ada lagi saki baki lagi 20% untuk kuih raya . Malam tadi I went to kajang town. I love kajang very much sebab dekat dengan umah tapi jam boleh giller dibuatnya. So malam tadi belikan ayah dan abah baju melayu sorang sehelai. Pak Imam berdua tu tak pakai baju sepasang. Selalunya ayah kalau pagi raya memang pakai jubah sebab terus ke masjid dan sembahynag. Cuma abah kalau raya pakai baju melayu johor mungkin trend orang Jawa. Ahahh lah dua-dua ayah dan abah adalah imam di Qariah / masjid masing-masing. Then lepas dapat baju depa aku apa lagi masuk parkson…aku merayau kat metro. Tengah cuti-cuti puasa ni meamng syok gi shopping. Masuk RS grab 3 helai baju untuk deena. Asyik-asyik baju diorang aje. So far yang aku banyak beli memang baju diorang bertiga sampsi budget baju raya aku pun dapat kat depa semua. Tak boleh jadi mcm ni.Maka berakhirlah lagi satu episod 2 hari sebelum balik raya….yahoo..mood raya memang belum ada tapi mood nak balik kampung u sebenarnya.



Dalam tak de mood nak raya duit raya yang dah siap masuk pek RM700 itu pun masih belum cukup memandangkan tahun ni kouta duit 50 dan bertambah lagi 4 orang. Hmm tahun ni kategori duit raya aku RM100, RM50, RM30, RM20, RM5, RM2 dan RM1. Hehh Is gelar aku OKD…bukan OKB…D tu stand for Dekut (perkataan ringkas untuk kedekut)….hmmm dekut ke Is..tengok le hari raya mesti duit raya yang aku nak prepare dekat-dekat 1K. setiap tahun mcm ni….itulah bila kita ramai saudara-mara ramai pulak anak saudara rapat-rapat pulak dengan sepupu, lepas tu ada pulak bapa saudara yang dah uzur dan dah tergolong dalam kategori warga emas, memanglah kena masuk senarai diorang tu semua. Tak pe mudah-mudahan murah lagi rezeki aku lepas ni. Lagipun kecik-kecik dulu depa jugak yang banyak tabur duit kat aku ni.



Ok aku nak pergi meeting. Minggu ni memang straight all the way dari Isnin sampai Sabtu ada meeting. Bila ntah nak buat kerja kalau mcm ni. Adios. Oklah in case kalau aku tak sempat update blog lepas ni, so dikesempatan ini aku sekeluarga mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin buat korang semua. Norizan kau raya melaka kan..calling2 aku dan jemput datang rumah mak aku. Tipot kau balik kundang calling2 aku jugak. Plan raya aku masih belum final lagi ni…tahu aje lah cik abang aku tu kalau buat decision memang tak pernah firm. So sabtu ni tengoklah dia drive balik ke mana dahulu. Kalau dia drive balik Muo maknanya this year kami raya Melaka. Kalau balik Melaka dulu , maknanya raya Muo la. Kalau raya Melaka aku ada 4 hari free untuk raya sakan kat umah kawan-kawan kat Muar,. Boleh gi umah June, umah leen ngan umah tipot. Nanti bila aku samapi Bandar Muo aku calling-calling korang sebab BIL aku nye umah kat Bandar Muar…huarhghhh tetiba aje rindu kat Sains Muar.

Tuesday, October 25, 2005

Huarggghhh nak nagis lagi laaaa

Ya ALLAH tak sabarnye nak update blog..tapi camnilah..since my last update memang dah tak cukup tangan. Dari pagi dok ngadap pc betulkan entry untuk training module sampailah dok support Quarters punya issue. Semalam stress gila sampai tak pasal-pasal boleh nangis masa drive balik umah tu sebab mungkin penat sangat. Buat kerja sampai tak de stop langsung pastu terkejar sana-sini dengan meeting. Isu log pulak banyak semua nak kena buat serentak semua nak kena settle before balik bercuti raya. Lagi pulak si anak dara tu buat kerja dalam kete. Masa tu aku dok turun beli lauk tinggalkan dia dalam kete tak sampai 10 minit. Penuh satu kete dari steering sampai tempat duduk belakang putih dengan bedak. Fehh siapalah yang tak bara...apalagi kenalah cubit makripatku itu. Kekadang bila dah marah lagi dalam keadaan stress dan kerja yang banyak kat opis memang tak boleh nak control lagi pulak dalam bulan pulak..lagi pulak rupa-rupanya time tu memang lah nak peri**.

Pastu yang tak bestnyer..sure semalam puasa aku tak sah...lepas sembahyang asar tu belum ada lagi..pastu lepas buka puasa bila nak sembahyang maghrib dah ada stain. Memang sah sia-sia aje puasa den semalam. Nak buek camno..patut le aku menyinga semacam aje sampai hunny pun bengang sebab aku garang2 kat umah. Teruk le aku ni kalau peri** memang mcm tu le gaya kesingaan aku. Kekadang aku sendiri pun takut dengan diri aku ni. Mcm manalah aku nak control supaya tak garang sangat masa time tu.Pastu senang aje nak menangis. Atas sebab-sebab bodoh pun aku boleh nak tension nak menangis tak tentu pasal. Hopefully hunny faham le yang wife dia ni bukan saja-saja nak menangis pun...tapi bila tiba time tu mulalah aku ni sensetip tak tentu pasal.Huargghhh tension betul lah

Ni pun break sebab rindu betul nak update blogku ini.
Oklah dah nak balik dah ni. Terpaksa le aku angkut laptop yang ni bawak balik rumah. kalau tak mgmt isu tak update slide untuk support meeting esok belum prepare. Esok pagi pukul 10.00 meeeting dengak kebajikan. Entry training management ada half lagi yang belum buat. Aduhhhh letihnya...sampai lemah2 seluruh badan. Tak puasa pun bukannya boleh makan. nak minum pun payah pasal tempat aku ni memanglah orang dok lalu lalang...dok datang selalu...

Selamat berpuasa selamat hari raya kat korang....

Friday, October 21, 2005

Persiapan Raya

Sakit tekak masih tak ok lagi. Ubat sakit tekak yang depsenseri bagi tu aku tak makan pun tapi ubat batuknya aku dah telan almost setengah botol. Batuk camtu gak. Deena pun batuk, hunny also batuk, cakap suara pun tak keluar. Ilman pun sama. Mungkin sebab keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Semalam meeting kat G denagn perjawatan and division. Start 8.30 and meeting selesai jam 11.45. Wah baru tahu langit tingg rendah. Since that was my first meeting with BPO perjawatan and Divisions, aku jadi pemerhati dari jauh. Habis meeting terus gi opis perjawatan sebab ada big issue tentang Org yang nak ke perbetulkan. Sebelum tu sempat pas borang cuti pada boss. Heehh aku half day. Mission banyak yang masih tak complete.



First mission first. Since Bank Rakyat dah call haritu so semalam aku gi RHB keluarkan duit dari ASB (ciput balik ASB aku), pastu gi bank rakyat plak then bank in the money. Prosesnya memang senang bukan mcm yang aku selalu buat. Kali ni ambik nombor bagi IC siap-siap. Tunggu nombor dipanggil pass the money then dah itu aje. Dapat resit simpan sebagai bukti takut that saham tak approve (nanti daia kan pulangkan semula duit).. From there I went to KL. Aku berbelah bagi samada nak gi KL dulu atau nak pi PJ dulu. Finally aku drove to KL dalam keadaan hujan renyai-renyai. Oh ya sebelum at about 8.15 Z got smsm from Rozy. Dia yang informed tentang kematioan Datin Sri Endon Mahmod. Al-fatihah. Aku memang rasa terkejut sanagt. Cuaca semalam pun memang mendung seakan bersedih dengan pemergiana Allahyaharmah. So aku gi KL. Do my first round shopping. My retailes theraphy actually. My tudung, baju hunny, baju raya Deena and also baju raya Ilman. Terasa mcm dah lama nya tak shopping banyak2 mcm ni. Itu pun rasa tak cukup masa.



Balik kerja I did my second round shopping at SCP. Dapat lagi baju deena and Ilman. Baju aku aje yang tak ada. Then malamnya kami gi ambik duit sewa rumah and we did our third round shopping kat The mines but kali ni memang nasib baik sebab tak beli apa-apa.. Macam pelik aje bunyiknye kan. Sebenarnya I reserve that manoey untuk membeli belah kat PJ pulak. Satgi kang main beli ada yang terlebih budget payah. Lagipun dah janji kena sederhana aje semuanya kan.



Persediaan raya tahun ni selain dari tak berapa bersemangat tapi membeli belah jugak lah sikit-sikit. Yang lain-lain masih belum buat lagi. Rasanya lagu raya pun tak sanggup lagi nak dengar ni. Duit belum tukar, sampul duit dalam dok pening-pening fikir mana nak dapat ni….sebab bukan sikit at least aku kena ada 60 keping sampul. Itu kebiasaaan untuk sepupu sepapat dan anak-anak saudara. Tak masuk saudara mara yang dah jauh2 sikit. Biasanya aku memang spare dalam 100 angpau dengan 2.00 kat dalamnya. Alah RM2 baru berapakan RM200. Yang angpau special mcm mak we, mak, ayah, MIL, FIL tu aku bagi lain. Pastu angpau untuk adik2 aku yang berdua masih sekolah tu pun lain. Anak saudara yang 3 tu pun lain. Uishh banyak kategori bila raya ni. Selalu kontek lela bila nak angpau tapi nak kontek lela sekarang dia dah bukan kat KL. Dia dah dok RHB kat Bangi. (Hampeh aku ni contact Lela setahun sekali bila nak dekat hari raya aje sebab nak sampul duit..heehh ) Jangan marah yek Lel..So dalam dok pening tadi mulut ni terajin plak nak tanya mat dispatch kat opis ni. Memang target mengena. So sampul dah settle.Kuih oh kuih aduh kuih raya tak beli lagi..semalam memang banyak dah kuih raya yang dijual. Tapi biasalah aku ni suka beli last minut. Beli masa dah nak dekat2 balik kampung nanti la.. Lagipun cuti ni balik kundang dulu so buah tangan yang nak bawa tu kena lah tak muat tangan…baru le kelas gitu.heeh heehh



Selamat hari raya maaf zahir batin buat semua sahabat dan rakan-rakan diluar sana. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Mana yang termakan terminum tu harap halalkan.Raya nanti kalau sudi jemputlah datang ke rumah agar persahabatan anatar kita semua menjadi bertambah erat.



Al-Fatihah juga untuk Marina. Marina salah seorang kawan baik Is, jhott, Iz, Azneal and geng2 UK telah meninggal dunia semalam selepas pengsan di opis jam 3 pretang. Sebabnya memang tak diketahui tapi she was two months preganant. Takziah pada husband anak dan family dia. Aku sempat kenal marina dan melawat semasa beliau melahirkan anak pertama 4 tahun lepas then berjumpa bebrapa kali semasa raya and gathering. Terkejut juga mendapat berita dari Is semalam.

Wednesday, October 19, 2005

Seput Sidut

As I told yesterday, this is what I’m waiting for. since Sept last year. Alhamdulillah finally I got an email from Bank Rakyat . So by tomorrow dah boleh gi top up my saham. Hunny I don’t know hopefully dia punya pun dah ada jugak.. For today punya buka puasa, I bought sup kepala ikan Jenahak, siput sedut kegemaran huny (secara tak sengaja tersebut seput sidut masa cakap kat tepon tadi) dan tauhu sumbat. May be balik nanti nak goring ikan cencaru then masak samabl goreng ikan bilis untuk matchkan lauk yang dah di beli Sayur masih tengah dok fikir lagi nak beli atau masak coz kat uamh tinggal kailan , cendawan tiram, sedikit broccoli dengan bunga kobis. Hmm masak kailan goring ikan masin pun sodap.



Aku tak berapa sihat pagi ni, so pagi tadi lepas hantar deena pi taska aku terus pi despenseri. Kalau ikut condition aku ni yang dengan kepala berdenyut dengan asma yang tak sudah dengan sakit tekak dan badan yang dedau memang boleh aje kalau nk ambik MC tapi memandangkan kerja banyak gila. Semalam K pass dua lagi task fully attended untuk checking, pastu dengan meeting lagi dengan issue log yang tak habis. Fehh tapi quite lega bila ada En.M dengan S yang memang very commited dengan kerja depa. So on OMPA punya part memang aku let 70% handle by diorang berdua.Wah hopefully after abis kerja-kerja conversion ni boleh le aku bernafas lega sikit dan boleh le fully concentrate pada 3 modules tu.



Aku plan nak ambik cuti half day. Bilakah masa yang sesuai itu. Banyak lokasi yang aku nak tempuhi. Antaranya I need to go to Summit USJ, pastu nak merempuh Sunway Pyramid. Pastu part yang lain nak gi beli tudung plak…nak gi baby butique kat PJ nak gi situ nak gi sini. Masa pulak tak de pastu dah suntuk. Macam mana ni…nak pi Alamanda nak tengok Parkson yang baru. Dari malam ke malam masih tak berjaya. Bukan apa kononnya oklah pi belah malam sebab bukan jauh pun tapi bila lepas buka tu…huarghhh terus rasa malas nak kuo rumah.


Pagi-pagi kuo umah dah tension sikit.dah lah aku tak baper sihat so hangin aje dibuatnyer Deena nak bawak bunga api pegi sekolah. Aku tak bagilah pastu dia pun start menangsi. Minum susu pun nangis. Pastu batuk-batuk pastu muntah dalam kereta. Aduh geram betul memang anak-anak ni menguji kesabarana betul. Addy pun sama selalu menguji kesabaran mama dalam bulan puasa ni. Dah muntah banyak plak tu so terpaksalah aku patah balik ke rumah semula. Nasib baik masa tu tak jauh lagi. Uishhh nak marah salah tak marah pun salah. Punca hanya sebab mama kata tak boleh bawak bunga api pi sekolah. Nangis-nangis nagisn. Iskhhh sabar ajelah. Itu tak kena cubit ke..baru cakap tak boelh dah nangis nak jugak. Kalau dia nak mesti nak kena bagi jugak. Addy selalu bagi muka tapi mama sorry. Oklah nak pi solat satgi nak get ready untuk support meeting plak.Tak habis-habis meeting mcm le bagus…heeh heehh

Tuesday, October 18, 2005

Meeting sana sini

Itu baru sikit. Heehh hmm frankly speak I was so busy sampai huarghhh rasa mcm nak tercabut pinggang sampai bisa-bisa badan (tak de kaitan sebab bulan puasa memang kadar pembungan toksik dalam badan adalah sgt tinggi so jgn risau kalau rasa letih dan sakit-sakit badan)Well dah le sibuk dengan training pastu busy lagi ngan TOTK. Petang semalam meeting pukul 2.00 sampai 4.45. Pastu bab yang paling tak best sebab kena jadi secretary. Jadi harini aku clearkan dulu isu-isu OMPAQ yang masih tertangguh. Update minit mesyurat. Log issues dalam mgmt list dan prepare slide untuk support meeting esok. Masak kalau hari-hari mcm ni. Pastu ada lagi kerja-kerja checking dan kerja conversion yang tak pernah habis. Training modules dah go live semalam dan so far belum ada user yang call untuk log problem. Maknanya ok lah tu kan.


Aku tak suka bila sejarah opis lama berulang kembali. Dulu boss lama aku En A memang suka sangat buat meeting. Bila aku masuk team baru ni memang schedule aku hari-hari ada meeting. Bukan satu pulak tu. Patutlah sejak aku masuk sini dulu aku tengok apasal la depa ni dok busy emanjang. Bermula semalam, hari ni sampai khamis.aku ada meeting. Bila nak siap kerja mcm ni kan. Tapi ok lah kot team ni berbanding payroll yang pressure dan tension setiap hari. Kesian kat diorang. Sekarang baru aku paham apasal le I kat depan aku ni selalu bebeno tensionnya.


My new team mate memang very supportive dan memang sangat expert dalam bidang masing-masing. But dalam ramai tu ada sorang yang memang perlu kena bagi guideline lebih sikit. It’s ok for me dalam satu team tak semestinya kita akan dapat semua players yang bagus-bagus. Mesti ada sorang yang kurang dan sebagai persedian kita kena accept dia sebagai diri dia. InsyaALLAH kami akan saling Bantu membantu. Lagipun boss kata slogan group kami ialah show off walaupun aku sebenarnya tak suka pun dengan slogan tu. Tapi kalau boss dah cakap cenggitu bila dia nak rate nanti haruslah kita ni mengshow off kan diri demi masa depan dan periuk nasi kita kan. Hmm patut lah pun kan.


Harini dah hari ke 14 berpuasa, aduh banyak benda yang aku fail dalam masa 14 hari ni. InsyaALLAH aku cuba catch up semula sisa-sisa 16 hari yang masih tinggal. Teruklah aku ni dah lah terawih tak dapat buat setiap hari. Kekadang tu alasan aku pada diri sendiri tu kan mcm tak logic sgt. Alasannya sebab penat dan letih. Tapi memang pun letih sebab mengadap pc setiap hari. Cuma bila fikir sekali lagi Ramadhan ni bukan selalu.Penat dan letih sikit apalah salahnya kan. Setahun sekali aje..itu pun aku tak mampu.huarghh lemah betul aku ni.


Pagi tadi memang sekali lagi aku tewas kepada keletihan diri sendiri.Semalam masa berbuka memang aku just biarkan aje pinggan mangkuk dalam sinki tak berbasuh. Penat tahap gaban. Ingatnya nanti bangun sahur boleh basuh sekali. Malangnya sahur pun tak terjaga. Nasib baik kebetulan semalam berbuka aku masak lauk sedap sikit. So malam tadi aku makan second round sebab mcm tahu-tahu aje tak mampu nak bangun paginya. Lepas Isyak memang dah rileks siap-siap dalam bilik melayan si anak dara dan si bujang yang makin lasak. Uishh dia punya merajuk tu heehh heeh kalakar la Ilman ni. Banyk betul aksi dia. Semalam petang merajuk dengan addy. Pasti bila aku nak nagkat dia dia boleh nak jatuhkan badan dia ke lantai. Nasib baik sempat tangkap tangan dia kalau tak sure belengkung kepala lat simen. Dia kalau nak apa-apa tu harus kena bagi jugak kalau tak..tangisannya uiishh kalah tangisan bulan madu. Anak jantan ni manja sangat. So bila hunny kejut aku memang tak mampu bukak mata. Alarm kat HP bunyik pun aku abaikan. Akhirnya 6.35 baru aku terjaga. Kelam kabut mandi pastu jengah dapur ingatnye nak basuh pinggan mangku berbuka semalam. uisshhh pinggan mangkuk dalam sinki dah clear lega alhamdulillah.Thank you darling. Bila masa dia basuh pinggan tu agaknya kan.Mungkin masa dia bersahur.


Haritu aku dapat bonus (semua orang kat company ni dapat 0.75 bonus) so duit tu masih belum terusik satu sen pun (plan tu banyak tapi sabar dulu dah hujung tahun ni…musim menuai). Aku memang nak sumbat semua dalam ASB. Biasalah aku ni belanja-belanja gak..saving tetap maintain. Lagipun bulan ni hunny ada 1K lagi yang dia belum bagi pada aku. Kononnya Jumaat ni baru bagi.Duit sewa rumah dengan duit baju raya lah. So ada dua minggu lagi sebelum raya aku ingat cukup lah duit yang hunny bagi tu untuk shopping baju raya bebudak ni termasuk le baju raya hunny dan juga nak beli tudung untuk aku. Every year memang camni. Dia bagi duit aku yang adjustkan kat mana nak beli dan apa yang patut beli. Tapi aku usually tak belanja sakan sanagt untuk hari raya, Ala kadar dan sederhana aje.

Q aku dan hunny kat Bank rakyat nampak mcm dah ada tanda-tanda positive. Member tu kata get ready dengan duit aje InsyaALLAH anytime from now diorang akan call.. Tapi aku harap diorang akan call aku dulu sebab aku nak top up sikit aje. Mungkin dalam 5K, tapi kalau dia call hunny dulu habis lah peluang aku. Dia nak sumbat semua balance yang kat ASB tu. Kalau camtu memang le tipis harapan aku jawabnya. Tapi sebenarnya kalau dia hold dulu ASB tu the end of this year pun tak pe gak. 3K free-free boleh masuk akaun ASB tu. Sebagai perunding kewangan aku akan try nasihatkan suruh dia hold dulu. At least kalau dia takmo 3K tu boleh sedekah kat aku kan. Boleh gak aku pasang tiles kat porch depan rumah aku tu. Congrats hunny your target nak ada 3 angka K dalam Bank Rakyat akan tercapai tak lama lagi. Tabik spring to my husband. Mama punya target huaaarghhh memang le jauh lagi perjalanannye tu. Lain le kalau dapat durian runtuh ke menang peraduan ke. Tak dapat menang 100K, 50K pun jadi la...heehh heehh erngan tak sudah

Monday, October 17, 2005

Buka Puasa And Gathering UUM


**Gambar Ehsan dari fotopages Ina. Akunyer lom download lagi**
Sat lagi nak kena mengajar so ada setengah jam untuk aku update cerita weekend yang havoc, penat, enjoy seronok sakan dan yang paling best hari ahad aku dapat tidur sampai pukul 10.00 pagi. Ceritanya bermula sejak hari Jumaat. Lunch time aku tak tunggu 12.15 aku chow (sorry elin next time kita ke MV ok) pergi Chow Kit. Huaahhh jualan hari raya dah bermula kat sana. Main agenda aku nak tukar jam kat suria sebab masa beli tu tak check rupanya jam tu dah retak. Then nak pegi pasar beli sayur barang basah, buah-buahan untuk buka puasa hari sabtu.Sampai terus dapat parking tapi aku terus gi jualan hari raya. Tudung murah-murah, brooch. Aku memang nak kena ambik half day purposely untuk membeli belah tudung brooch dan perkara yang sewaktu dengannya. Raya nak dekat ni Tahun-tahun sebelum ni memang tak pernah pun nak teroka sampai ke chow kit tapi sejak masuk rumah memang ulang alik ke sana sebab nak beli barang perhiasan kat suria itu yang bila sempat explore ke sana ke mari. Hmm lebih syok gi chow kit compared to Jln TAR sebab tak jam dan parking senang dapat.


Aku kat bilik training tengah rehat sebekum sambung kelas seterusnya. Dapat lah beli barang barang basah yang aku rancangkan. Sabtu tu tak kerja jadi aku habiskan masa kemas rumah dan tidur letih beb, Usihh kena kemas gak kalau tak nanti naya aje…heeh..sebelah petang dalam jam 3.00 aku kuo gi econsave tinggalkan anak dengan hunny. Membeli belah lagi barang yang kurang. Balik tu terus menyinsing lengan bertarung sendirian di dapur. T Seronok sakan sebab masak kat dapur dengan KC baru.Thank you darling sebab budak berdua tu memang tak turun langsung sejak aku keluar. Beli barang sampai le aku habis masak.


Dekat 6.30 baru siap masak. Masa tu rombongan pertama sampai ialah Pini, Pian dan 3 anak depa dengan Yusmi dan Addie dengan ahli keluarga masing-masing (2 anak). Thank you to yusmi and Addie yang datang jauh tu dari Penag dan singgah umah aku.Tapi sian kat depa pasai datang jauh-jauh pastu kena tolong buat air plak. Pastu ayu dengan anak-anak dara pinggitan bertiga tu dengan adik sepupunya. Patu shima and pakcik dengan 3 anak depa yang dah besar. Jelles betul untung depa kawin awal. Dan yang terakhir sekali bujang berdua yang sesat dan sempat tawaf highway 4 kali kot sebelum jumpa umah aku.


Buka was blast..happy dah lama tak jumpa sembang sakan, siap sempat main bunga api pastu tengok telatah anak-anak masing-masing. Hehh anak shima memang lasak..dah jatuh dari whale kepala dan benjol pastu panjat lagi tak serik. Deena as usual…kena control cun. Overall memang seronok sangat dan insyaALLAH kalau sempat plus rajin plus mendapat bantua ina, ayu chombie ngan norm raya nanti boleh la aku buat open house. Malam berlalu dengan kepulangan 3 dara pinggitan menaiki Aveo biru yang baru bersama dua bujang idaman. Hmm dengonya mereka menyamseng dengan the tarek kat kajang.Huarghh memang lah jeles..mau aje aku mengikutnya. Tapi bila mengenangkan statusku ini yang sudah bertukar bawak--bawak bertenang aje lah kan. Nak buat macam mana kan.Uishh rindu zaman-zaman nyamseng the tarik supper…mana nak dapek lagi sekarang. Kalau nak kuo malam harus balik awal itu beg tangan berdua mana mahu letak.


So malam tu aku siap-siap kemas basuh pinggan mangku semua selesai 12.30 malam. Lepas tu aku terus tutup mata sampai hunny kejut sahur aku tak sedar. Hmmm rugi le tak bangun sahur lauk sedap-sedap plak tu. Sebenarnya aku dah makan ½ roti john yang shima bawak masa tengah ulang alik kemas cuci pinggan tu. Tu yang rasa kenyang dan mata memang definitely kelat untuk dibuka. After subuh aku sambung tidur dan sedar2 bila aku dikejutkan oleh anak dara dan bujangku yang dah siap mandi dan bersih. Tengok jam masyaALLAH 10.30 pagi. Tu dia..tak sedar bila masa depa bangun. Aku turn…wahh dah siap mandi kolam rupanya…muaahh sayang hunny. Awak ni memang rajin lah yang bertuah saya dalam saat2 kepenatan ni ada orang membantu emmang sgt2 saya hargai.

So begitulah ceritanya majlis berbuka puasa kat umah aku. Dan ahad tu aku menghabiskan masa mengemas pinggan mangkuk. Pastu tidur lagi..banyaknye aku tidur ahad tu sampai huny ajak pergi SCP pun aku tak larat. Dok umah tidur ngan bobot. Sedar2 deena cite dia pergi Couth Citi pazza dengan addy naik motor. Aku haram tak sedo bila depa kuo..dan bila depa balik…sabar aje la…


Pada yang datang buka puasa tempohari time kasih…kalau tak de jemputan kot tersesat ke kajang singgah aje umah aku tu.
Penaja makanan malam tu
Satay – Pini and Pian
Ayam percik and roti john – Shima and Kordi
Murtabak – Yusmi/Addie and Kamil (2 jenis ni)
Ayam masak merah world – ayu
Ikan sembilang sambal susah2 aje –chombie
Sup ayam power – Ina
Udang sambal petai yummy –norma
Buah tembikai dan kuih tepung pelita – Cik Li
Cousin ayu – air gas


Tuan rumah taja nasi, ikan, bakar sambal goring yang hampir licin malam tu gak, sayur campur dan tahu jepun dan jugak air blackcurrent
Conclusion: memang happening umah aku macam nak terbalik dek jerit pikuk anak-anak kami. Sib baik stok mainan banyak so tak de le bebudak tu boring dan sib baik ada penjaga kanak-kanak yang bertauliah kak chomb yang rajin melayan keletah anak-anak ni. Harus hang kawin ceoat kak chomb

Thursday, October 13, 2005

Sikit Cite Dari Sains Muar

Aku tak de idea nak tulis. Life aku berjalan seperti biasa. Pagi bangun sahur kemas-kemas rumah yang masih tak habis bersepah tu then siap-siap pergi kerja, busy-busy kat opis kerja mana pernah habis. TOTK dah start pagi tadi but aku start dengan belajar beberapa report penting dulu. Tapi dalam busy-busy tu aku sempat pergi MV lunch time sebab aku ada benda yang memang aku nak kena beli. Pastu balik opis masuk lewat setengah jam. Mana cukup ½ jam pergi MV pastu ingat nak beli lauk sampai pukul 2.00 lauk pun dah tak banyak pilihan. Oklah petang ni nampaknya terpaksa menyingsing lengan untuk memasak. Kalau kut kemalasan dah tahap cipan. Balik umah rasa mcm dah letih sangat tapi kalau setakat nak masak untuk buka tu masih mampu lagi cumanya kalau beli lebih cepat dan lebih senang. Kat umah stok lauk mentah hanya tingal ayam dengan ikan aje. Sayur plak tinggal sawi aje. Huarghh nak masak apa ni. Harap-harap mood hunny baik le hari ni. Kalau malas nanti balik terus pi pasar ramadahan dan Impain Ehsan aje lah jawabnya. Itu pun kalau cik abnag tu rajin nak bawak Kalau mood dia malas kena masak jugak la. Email TS harini memang meriah gila. Sabar aje lah bebudak ni. Tak de kerja agaknya kat opis. Pay slip bonus dah dapat alhamdulillah sebab dah tahu berapa amount yang nak dapat so tak berapa excited sangat la.



Ntah pagi tadi lepas solat subuh aku leh terfikir…heehh ni lah benda yang aku terfikir lepas sembahyang tu. A few hadiah yang diberi oleh boifren and kengkawan yang masih diingati sampai hari ini. Tak payah disclose la sebaba biasalah hadiah orang lain pun banyak gak dapat hadiah specially bila ada occasion macam birthday ke.. Yang dapat pakwe romantik tu pasti selalu sokmo dapat hadiah. Cuma aju just teringatlah orang tu bagi aku ni, si polan bagi itu bagi ini.Teringat sejak masa sekolah lagi la. Abang M banyak bagi kaset tapi termahal yang pernah dapat ialah bunga crystal from Afrika yang Haizel bagi dan juga tea set 24K from Turki yang Isz bagi. Yang orang lain bagi pun aku hargai jugak – beg polo yang kau bagi pun aku hargai gak Norizan, banyak berjasa tu setiap kali travel memang kami bawak beg tu ke hulu ke hilir. Setiap kali lupa number kekunci mesti aku akan tanya kau semula kan. Perfume Poison dan Pleasure yang Jobo bagi masa dia kat UK siap post dari sana, pastu tie back yang jobo bagi (yang ni aku masih simpan, masih dalam kotak sama seperti aku dapat masa di pos ke Malaysia, Perfume Max Factor yang Abg M bagi, Pastu cincin yang Abg M bagi….tapi yang paling bernilai dalam banyak-banyak tu tentulah cincin tunang, cincin kawin kalung kawin yang hunny bagi..kaan….kann….heehh saja nak cover merajuk cik abang aku nanti. Ala saja-saja lah yang nak kenang zaman-zaman dulu. Hmm nak suruh zaman tu berualang memang sampai tua pun tak kan berulangkan.



Hmm cerita pasal Jobo, kalau Jobo baca ni minta maaf ye. He was my senior masa kat Sains Muar dulu. Kat sekolah asrama ni kalau tak de abang angkat atau adik angkat rasa mcm tak grand la kan. Jobo approach me untuk jadi pet sister dia Kenal masa main volleyball sama-sama. Dia memang scholl player then aku plak pergi masa pemilihan team perempuan. Masa tu dia kenalah bersaing dengan the other guy yang main volleyball gak kalau tak silap abang sorang lagi tu namanya Azmi. Hehh cayalah aku masih ingat lagi. Both selalu tinggal kan note kat meja study aku. Best jugak bila dapat note dari abang angkat ni kan. Bunga-bunga aje time pergi prep tu. Oh yup Jobo come from kelas elite. Dulu-dulu kalau kelas Ariff dengan kelas azam tu kira kelas elite la. Aku kelas Azam gak. Tapi kami tak seelit senior sebab masa tahun senior ariff tu kelas elite untuk pelajar lelaki then azam kelas elite untuk pelajar perempuan. Kira Jobo jadi abanga ngakt aku lama samapi dia kat UK kami still contact tapi aku tak pasti dia tu ada feeling towards me or not.

Tapi kalau ikut pada surat2nya memang mcm ada bunga-bunga jugak la. Tu lah aku sampai harini memang risau kalau terserempat dengan dia. Ntah rasa mcm segan pun ada bersalah pun ada itulah pasal bila sekolah buat gathering wah berdebar2 nya nak datang lagi berdebar bila nak bersemuka dengan dia. Anyway masing-masing dah ada haluan dan jodoh dia memang dengan budak sekolah kami jugak tapi my junior. Heeh heeh sedikit lagi rentetan sejarah hidup aku kat Sains Muar. Ada satu lagi rahsia..nanti senang-senang aku kongsi. Hehh pasal abang angkat aku yang sorang lagi AAK. Penolong Ketua Pengawas kat Sains Muar. Pinky kau tahu tak citer ni heehh tipot tahu la…dorm mate aku smeua tahu sebab aku kena boikot dengan dua orang senior pompuan pasal depa memang syok giller sama abang angkat aku yang sorang lagi ni…

Wednesday, October 12, 2005

Puasa Melalu

Ok enough I really need some space to write my blog. Ni baru habis group meeting. Semuanya masih blur dan samar-samar coz aku belum lagi start di TOTK dengan geng HR. Beberapa hari ni memang banyak sangat kerja yang nak kena buat. Selain dari mengajar aku dah start sibuk dengan kerja-kerja berkaitan dengan 3 modules baru OM,PAQ. Kerja-kerja conversion pun masih berjalan sehingga go live minggu hadapan. Bulan puasa ni biasalah letih, sampai kan pagi tadi aku tak terjaga untuk sahur (hari ni puasa melalu la. Tapi nasib baik malam tadi aku sempat makan lauk siput sedut masak lemak yang aku beli. Masa buka aku makan ikan kerapu masak sweet sour so lauk siput tu aku tak sentuh pun . Ada orang tak makan lauk ni) sebab malamnya tengok DH. Tapi DH pun habis bukan lewat sangat itu pun alarm bunyi aku tak sedar. Hmm tengok DH konon sesekejap tu TV tengok aku, yang peliknya bila hunny turn off TV aku leh terjaga plak. Sabar aje la.



So semalam dah selesai pasang arc kat pintu wet kitchen, tapi masih belum dicat. Mamat tu datang pasang awning hari ahad then buat arc sekali, supposed to finish that by Monday tapi Monday dia tak datang malam tadi dok siapkan arc tu sampai awning tak siap sampai 8.30 malam berbuka kat umah aku tapi ajak makan nasi tak nak pulak. Buka makan kuih aje lah dia. Seal awning nak buat arini so kena datang lagi. Nasib baik le kilang dia dengan umah aku dekat. Tapi bagus gak dia datang boleh aku suruh dia pasngkan qownlight kat KC aku tu. Eko janji nak datang buat tapi dah lama tak nampak batang hidung. Biasalah bulan puasa ni orang pun malas nak datang kerja. Lagi berapa hari aje lagi majlis berbuka puasa tu. Rumah aku memang lah belum habis kemas specially part pinggan mangkuk yang aku sendiri tak tahu mcm mana gayanya nak aku susun. Susah-susah aku sumbat aje besen2 pinggan mangkuk dalam kabinet. Bukan depa nak selongkar pun iye dak. Janji umah nampak kemas dan teratur padahal kalau bukak kabinet tu satu persatu boleh terkujat pengsan dibuatnya. Hehh ini, ayu ini rahsia tau..kamu jangan pecah tembelang kat depa semua udah.



Bibik ni menggemparkan betul bila sabtu lepas dia kata dia dah nak berhenti kerja. Sabar ajelah minah Indon ni. Hmm Bagi short notice mcm tu manalah aku nak carik orang jaga Ilman. Malam tu aku call lepas tu dia ok nak kerja sampai hujung bulan. Yang aku hotnya Isnin tu dia bawak Ilman balik umah dia. Aku dah pesan banyak kali aku memang tak suka kalau dia bawak Ilman balik umah dia. Aduh bengang betul. Oklah nak berhenti aku tak kisah lepas ni aku ;ada cukup masa untuk cari orang jaga Ilman.



Bulan puasa ni asyik kena gatal mata. Dari hari ke sehari nak gi despenseri tapi tak sempat pun. Inhaler pun dah habis stok kalau kena attack memang kelam kalibut la. Aduh dok fikir bilalah masanya aku nak kuo kejap gi klinik ni. Specially inhaler tu la..kalau tak de mau mati dibuatnya specially kalau kena attack tengah malam harus kelam kabut nak pergi klinik nak cari pam. Dah le keadaan cuaca yang tak berapa menentu sekarang ni. Memang sejak bulan puasa asma ni agak kerap menyerang tapi still in control. Hopefully tak melarat sangat.



Keadaan kat opis yang semakin busy dengan kerja-kerja support dan juga training yang masih berlangsung sampai seminggu sebelum raya. Cakap pasal raya group meeting tadi kami semua telah sebulat suara membuat keputusan siapa-siapa yang boleh cuti panjang dan siapa yang kena ada kat opis bermula Isnin. OMPAQ team boleh cuti dengan aman coz four of us akan masuk semula office pada hari Rabu we need to be around on the third payroll run. Okk syok boleh cuti lama sikit. Aku cuti paling lama. Seminggu sebelum raya dah start cuti. But definitely kesian kat geng time specially yang baru kawin tu coz by Monday depa dah kena masuk . Dah le orang Ganu plak tu. Then kesian also to payroll team. Kalau depa tak masuk maka jawabnya tak de lah gaji untuk staff bagi bulan Nov nanti. Wah banyak good news la during group meeting tadi specially on the job side…ok nak solat satgi nak kena attend PMM meeting plak

Saturday, October 08, 2005

Mimpi Dia Lagi

Last night he was in my dream again. It’s look weird because I was not thinking or talking about him recently. Ntah apasal aku mimpi pasal dia lagi. Tak tahu kat mana kami masa tu but definitely ramai orang even my family were around too. I just thought about him in the dream yang dah lamanya tak jumpa, then he also thought the same way. Then out of sudden I saw him and just give him a smile. Kami jalan seiring tapi tidak bercakap. Lepas tu dia pas pada aku 3 benda. Duit bernilai RM25, kad jemputan kahwin (lagi sekali?) dan juga sepucuk surat. Aku masukkan semua benda dalam handbag then proceed ke dalam bas. Lepas tu aku buka sampul jemputan kahwin dan tak pasti dia nak berkahwin dengan siapa Tak nampak namanya. Hmm dia jemput aku masa dia nak kawin pelik (dalam mimpi tu aku teringat jugak. Kalau tak silap mak pernah cerita yang dia dah kawin dan ada seorang anak perempuan sebaya dengan Deena). Real life aku rasa memang dia tak de intention untuk jemput aku kalau dia kawin and aku hantar kad kawin masa aku nak kawin dan dia memang tak muncul pada majlis aku dulu (mungkin tak tergamak nak melihat aku bersanding). Then aku hanya perhatikan sahaja sepucuk surat putih yang diberikan kepada aku. Tak sempat nak baca pun surat tu tiba-tiba alarm kat HP aku berbunyi untuk mengejutkan aku bangun sahur. Aku terjaga dalam keadaan mimpi yang masih segar diingatan. Dalam hati aku mcm tertanya-tanya kenapalah aku tak baca surat yang dia bagi tadi kan. I still can picture him walaupun almost 10 years berjumpa. He is still the same yang aku jumpa dalam mimpi dengan dia waktu kami dating-dating dulu., atau waktu dia nak hantar aku naik bas untuk balik UUM – maintain handsome foreveri. Mungkin sekarang dia dah berubah agaknya sebab dia dah kawin. This is base from my true story. Kekadang memang benda2 mcm ni akan berlaku dalam hidup sesiapa pun. Pasti akan berlaku mungkin sebab kita rasa ikatan kita dengan orang yang kita mimpi tu memang teguh.



Benda yang sama berlaku jugak pada salah seorang kawan aku. Kawan masa kat sekolah Sri Tanjung sebelum aku masuk Sains Muar. Kawan aku Aisyah sejak lepas form 3 dia memang dah tak lalu depan jalan umah aku (sebab aku dah pindah sekolah dan dia pun tak ada geng kat area tu), dan juga jalan yang sama untuk ke rumah ex boyfren dia. Recently (masa dia jumpa aku tu la) dia kata banyak kali dia mimpi mamat tu suruh datang lalu depan rumah kami. So kebetulan masa tu memang dia nak pergi rumah kakak dia, then instead guna jalan biasa dia guna jalan depan rumah aku. Stop jumpa aku dan tanya pasal boifren dia. “Zira aku selalu mimpi mamat tu, dia selalu suruh aku datang tengok dia’. Aku diam saja time dia cerita. Bila dia dah reda baru aku sampaikan yang ex boy dia tu dah meninggal dunia. Dia memang terkejut dan menitiskan air mata. Ok Abg M..kat mana pun Abg M berada saya(read as Zira) dokan abang selamat dan sihat sejahtera bersama keluarga abang. Wah serious tulis camni pun aku rasa sedih beb.Hopefully tak ada apa-apa yang tak elok berlaku pada dia.


Aku mimpi tentang dia bukan sekali bukan dua, malah banyak kali, adakalanya sampai menitiskan airmata kat dalam mimpi tu., ada kala tu aikk bangun tidur sedar2 mata berair. Tu yang aku pelik sangat dengan diri aku ni., bukan sebab aku memikirkan tentang dia (kami sudah ada haluan masing-masing), bercerita tentang dia (dengan siapa aku nak bercerita- I never told hunny about him) terdetik tentang dia(tak pernah lagi terdetik sebab tahu berdosa), tapi dia sendiri yang nak hadir dalam mimpi aku. But masa cintan cintun dulu memang lah relation tu very strong. Feeling communication tu boleh sampai to each other melalui angin.Tu yang bila teringat kami call serentak last2 both side engage. The day yang dia accident aku demam tetiba. Another accident dengan darah-daranh dan luka-luka terus datang kat rumah aku. I feel like dying masa tengok dia dengan darah2 datang cari kita( bertuah betul mamat tu). Tahulah kita kerja kat klinik time tu (after SPM) Kalau aku gi Bandar, then I had a feeling that he was around (kami tak janji nak jumpa) then tengok-tengok memang betul dia ada. Benda-benda yang nampak bodoh cenggitulah. Bodoh ke..huwahhh I’m so sad coz aku yang mintak putus malam raya ketiga di rumah aku. Kesian Abg M sedih dan nangis bila aku cakap cenggitu. Zalim jugak aku ni…hhee but I have a very strong reason kenapa kami kena berhenti setakat disitu. Walaupun kita tak bercintan cintun lagi but kitakan dah janji kita akan tetap jadi kawan sampai bila-bilakan. Tak ingat ke?

Thursday, October 06, 2005

Jom Buka Puasa

Wah so excited to get together at my house. Ok lah Ina you know I will agree with your suggestion (Ina suggested my house to be the location for the majlis buka puasa). Aku tak kisah infact aku memang suka kalau kawan-kawan semua nak bertogether kat umah aku. Aku ni kan suka aje kalau tetamu2 nak datang. Bawa rezeki namnya tu.Norm said wah excitednya nak buka puasa kat umah Zira (pertama kali nak sampai umah aku le katakan ). Zira then said …huargghh sempat ke aku nak kemas rumah nak bagi cun sebelum kedatangan depa (aduh kalau tak tentu nanti aku akan terima komen-komen membina lagi hangat dan hebat. Geng-geng aku smeuanya pakar2 pengkritik hebat specially part2 hiasan dalaman ni-takutnya). Ikie then zaid alamak aku ada dua jemputan le. I’ll let you know later. Ina pulak said hangpa cepat plan masing-masing nak bawak lauk apa (ada ka patut ina suh Kamil ngan Cik Li masak sayur-sian kat depa . Depa tu orang bujang biaq pi depa beli kuih muih pun dah cukup). Ina will prepare soup ikan atau ayam. Norm plak will come with ikan masak sweet sour. Aku sendiri selaku tuan rumah assistant kepada penganjur Ina akan sediakan nasi, ikan bakar dan juga sambal goreng power (nak match kan dengan lauk sup ina) and also sayur campur. Than Zira said.Ina please invite ayu and chombie if they don’t mind (Ayu and Chombie are not our classmate but they are our close fren) Chombie said please invite pini, pijah and yop. (hmmm another closest fren) Aku ok aje lagi ramai lagi bagus.



Itulah cerita ceriti pasal majlis berbuka puasa yang mana aku menjadi perasmi tahun ni.. 2 tahun lepas masa deena kecik kami berkumpul di rumah norizan yang happening di Putrajaya (wah cutenyer putting anak ngko –that’s the word kau ingat tak norizan putting hijau anak aku yang cute) Aku memang minat dengan rumah ngko lah norizan. Majlis kali ni ialah majlis berkumpul antara classmate aku masa matrik kat UUM dulu. (Actually depa baru get together kat PD haritu – aku tak join) So far baru 6 orang yang mengconfirmkan kehadiran termasuk Isz dari Kuantan. Cayalah Isz…jangan lupa bawak present untuk anak saudara. Isz mesti nak berkenalan dengan deena sebab dia admire rambut deena yang curly..Pinky, zarin, norizan yang duduk sekakngkang kera dari umah aku InsyaALLAH akan join jugak but until now belum bagi kata putus.Cepatlah korang confirmka kehadiran.



Aku turun bawah beli lauk. Hmm buntu tak tahu nak masak apa balik nanti, so tadi aku beli soup kepala ikan merah dan juga rendang daging. Balik nanti goreng sayur kacang. Kebetulan ada jualan kat bawah tu. Tersangkut pulak kat situ end up terbeli jumper (jumper ke namanya hentam saje la labu) jean GAP untuk deena. Murah aje RM39.00. Ada banyak lagi patern lain but yang jean tu tinggal satu aje. Tengok-tengok gak baju kurung. Ada baju kurung from Vietnam memang cantik but kainnya sedikit panas. Kalau nak pakai hari raya mcm tak sesuai aje. Kesian anak aku baju kurung masih tak beli lagi.


Start minggu ni dah nak kena plan. Kerja pun banyak lagipun training dah nak go live lagi dua minggu. Now we are at the stage of doing correction pada standard catalogue. Dengan waktu rehat yang terlampau singkat memang tak sempat kalau nak pergi MV during lunch time So every Friday nak kena ada location penting nak pergi aduh banyak tempat nak kena dilawati lah pulak. Maklum le dah nak dekat2 raya ni banyak pulak persiapan yang nak kena buat. Hmmm bukan ke kau baru kata yang kau tak berapa excited nak sambut raya tahun ni ??? Pelik lah kau ni mama.


I had a conversation tru phone with my biras. Hhhmm I’m so sad to hear that like peristiwa yang mcm dulu tu berlaku lagi (Peristiwa masa majlis perkahwinan aku dulu). Jam hantaran hilang and betul atau tidak orang yang sama dituduh mengambilnya. Pity you Kak Y hopefully Kak Y sentiasa tabah. ENtah sepanjang aku kenal biras aku yang sorang ni tak pernah pulak aku ada hilang barang wlhal dia tahu wallet aku letak sesepah kat atas meja soelk dlm bilik aku tu. Dia pun kalau balik memang selalu bertandang bilik aku. Wallhualam kalau dia yang ambik harap ALLAH bagi petunjuk. Hmmm aku ni tak tahulah dimana kedudukan aku Cuma walau apa-apapun yang berlaku, walau semarah mana atau sesakit hati mana pun aku, InsyaALLAH aku tetap akan layan Mak dan Abah seperti aku melayan kedua ibu-bapaku. Aku akan tetap menghormati mereka berdua sehingga akhir hayatku…maklum le kita sedar siapa diri ini. Sebab tu lah walaupun kekadang balik kg tu aku rasa terkilan kecik hati dan sebagainya (specially bila yang feveret ada disekeliling kehadiran kita mcm biskut lah nampak tak nampak aje), tapi setiap kali hunny kata jom balik Muo aku dengan gembiranya dan ikhlasnya balik ke sana tanpa sebarang bantahan malah adakalanya lebih sudu dari kuah pulak aku ni.


Peribahasa hari ini
Lebih sudu dari kuah – maknanya tuan punya diri biasa-biasa aje orang yang bersama dia tu pulak yang terlebih-lebih excited/ teroverMoral of the story buat aje baik ngan semua orang wlaaupun orang tu buat jahat sejuta kali dengan dia. InsyaALLAH suatu masa nanti orang tu mesti akan berhenti buat jahat dnegan kita sebab kita asyik respond baik aje dnegan dia.Kecualilah orang tu memang setan hati busuk jembalang tanah hah yang tu memang lah den tak dapek nak tolong.Sebab dia pun tak dapek nak tolong diri dia sendiri.

Wednesday, October 05, 2005

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua. Semoga mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. As for me menyambut Ramadhan dengan terawih sendirian di rumah walaupun rasa mcm tak puas sangat. Rindu nak berterawih kat masjid tapi apakan daya anak-anak masih kecik, kalau bawak terawih pun tentu tak kusyuk nak solat.. Malam pertama malam pembukaan penghulu bulan aku sambut dengan 8 rakaat aje (malaskan aku ni - lebih baika da dari tak de). Gembira menyambut kedatang malam 1 Ramadhan sampai termiss Desprate Hiousewive Aduh mcm mana ntah boleh lupa. Kuo bilik tengok jam dah 10.45 tapi sebenarnya aku memang lupa semalam hari Selesa. I thought it was Monday. Mata memang takmo tido tapi kenapa ntah tak terfikir untuk buka TV Continue baca Wive And Lover sampai pukul 12.30 baru aku masuk tidur. Semoga aku gagah berterawih setiap malam. Kalau dapat khatam Quran pun bagus jugak.


Aku rindukan saat-saat berterawih kat masjid UUM. Walaupun kolej aku agak jauh dari masjid (aku geng Palapes duduk Perwaja) tapi bulan puasa memang aku sembahyang terawih kat masjid. Tapi kekadang sembahyang kat surau kolej aje. So pagi tadi aku tak sedar hunny bangun pukul berapa dan dah siap-siap masak nasi (Thank you darling). Malam tadi aku dah masak siap-siap sambal goreng kentang so ingatnya pagi nanti bangun then bakar ikan atau goreng sayur aje. Bila aku sedar dah 5.30pagi kelam kabut lah nak bersahur. Cik abang aku siap dah tido semula. Sabar ajelah bukannya tahu nak kejut kita. Makan macam robot takut tetiba nanti dengar azan pulak. Heehh hari pertama memang lah liat sikit nak bangun kan.


Satu Ramadhan kat opis boleh dikatakan hari yang membawa berita gembira pada aku or pada semua geng kat projek ni. As we are the kitchen staff so everything yang berlaku kat HR kamilah orang yang pertama dapat tahu so here are the good news for today yang membuatkan aku mengucapkan Alhamdulillah sesungguhnya Ramadhan itu bulan keberkatan dan bulan membawa rezeki.



Enjoy this news
Interim as everybody knows 0.75% will be credited into our account before 15/10
Full payment of bonus will be paid latest by 31/12/2005 – Date is still not determine yet.

CA InsyaALLAH was already approved but the x% increment in CA was still not reveal
Annual increment insyaALLAh ada walaupun ekonomi tak memberansangkan
Last but not least CEO discussed 5 days working issue seriously. Hopefully he agrees to implement that ASAP.

New support structure effective by today. If I see it at the bright side, ok for me since I’m among the newest in the project, I was nominated to handle 3 modules instead of 1. 3 new modules yang memang tak tahu apa but there will be TOTK session will going on.

Ok happy fasting, do as much as amal ibadat yang kita boleh. Sembahyang terawih baca Quran banyak-banyak. Control gerak geri tingkah laku tutur kata, niat perasangka perasaan dengki iri hati mengadu domba dah sebagainya. Manfaatkan Ramdhan yang datang setahun sekali ini dengan sebaik-baiknya. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan keberkatan di bulan ini. Hmm entahkan jumpa entahkan tidak ye. Mudah-mudahan kita smeua panjang umur ada harapan jumpa Ramadahan lagi dan manfaat paling besar kalau dapat malam Lail
atulQadar.

Monday, October 03, 2005

Pasu kayu made in Thailand


Inilah bunga daun getah dan pasu kayu yang made in Thailand and also bunga from Bali. Wah bahagianya mandi kolam. More pics in our fotopages


Aku masih dalam training room but this week dengan a group of users dari division. Since aku dah mengajar pagi tadi so session petang sorang lagi team member yang mengajar.Masa dok makan laksa pagi tadi ( Kak ZZ bawak laksa dan kami makan-makan laksa kat sky garden) Z bagitahu aku team dia dah suggest aku join her team. Tengoklah what FBI will say on this matter tapi hati aku masih berat dan harap-harap Puan S will address my request pada boss dia.


Our weekend was great. Sabtu after hunny pergi kerja aku dengan budak berdua tu rayau2 cari breakfast dan beli newspaper. Lepak dengan anak-anak sambil bermain-main kemas rumah, buat washing, tidur kan diorang masak dan last sekali baca surat khabar. Hmm kekadang dok kat opis lebih sronok sebab tak penat tapi yang paling seronok ialah menghabiskan quality time dengan hubby dan anak-anak. Kalau dah kaya nanti bolehlah tak payah pergi kerja dok rumah layan diorang aje.Bila nak kaya ek. So lepas hunny balik kerja kami masih melepak tak de plan nak kemana-mana. Baca surat khabar dan terlihat iklan dari Gia**. Wah ada good bargain So kami bersiap-siap untuk ke SCP. (bukan iklan Gian* aje yang tempting semua iklan perabot kat dalam tu menghiburkan mata).


Sampai SCP I told hunny ‘ok yang since I have nothing to buy saya ikut aje mana awak pergi’. Memang tak boleh pakai langsung dengan apa yang aku kata sebab hunny dah jauh ke depan aku pulak tersangkut kat all the age. Belikan sepasang baju untuk anak daraku itu “huarghh baru perasan merah lagi mama” then aku proceed ke pameran kereta pastu ternampak Thai fair yang sedang berlangsung. Aku kuo masuk booth kat situ macam orang sedang mencari sesuatu yang hilang. I have something to buy and this is the right place to find it (I’m looking for pasu and juga jurai2 yang nak gantung kat pintu – wood base).. Lega ada Thai exhibition. Last sekali aku jumpa kedai pasu yang di perbuat dari kayu. Memang pasu ni yang aku aimkan sejak dulu. Harganya kalau kat kedai bunga memang mahal around RM 65-70.Lucky ada Thai fair so aku dapat tawar dengan bahasa Thai yang aku tahu sesikit ‘medai medai’ finally dia bagi aku dua pasu pada harga RM80. Selling price kat situ RM50. Then aku beli bunga daun getah dan malam tu aku habiskan duit RM120 untuk beli pasu dan bunga ok doesn’t matter bukan selalu dapat beli mcm ni yang penting I’m loving it.


Tak habis dibunga dan pasu kami proceed ke Giant untuk grab Drypers sorang dua bags. Limited 2 bags per customer pada harga RM29.90/bag. Lepas beli lauk, food groceries dan 4 bags drypers kami bayar asing2. Hunny’s amount was more than 200 (he bought pelampung paus yang beso gedabak tu untuk anak-anak dia) dan aku punya amount 150. Sekali lagi aku dengan sesuka hati membayar (aku sekarang dalam musim tidak mengunakan kredit card hunny memang tak pernah guna CC) menggunakan cash yang memang ada balance this month. So malam tu tak sabar2 aku pun mengubah le bunga-bunga dari pasu rotan ke pasu kayu yang baru. That was Saturday story.


Ahad pagi selepas melayan anak-anak bermandi kolam kami still tak de plan. Kesian kat Deena I was promised her to bring mereka berdua gi PD before puasa. Tak pe lah lepas raya kita pergi ye kakak. Masak, kemas rumah, tido, makan then mamat grill datang untuk ukur awning. (it cost me RM1K for 9 x 14 rasanya murah lah tu…awning cikai aje tapi apasal mahal bebeno) Mulanya tak de plan nak install awning tapi setiap kali hujan lebat wet kitchen aku banjir sebab air masuk bawah pintu so buat awning lah senang lagipun boleh jadikan area luar tu sebagai store untuk letak kabinet dan rak pinggan mangkuk. Organise sikit kalau tak lepas install Kit Cab nanti rasa mcm nak sedekah kat orang aje rak pinggan mangkuk dengan cabinet yang ada sekarang ni.


Selepas berjaya pujuk hunny kami ke Alamanda . Aku nak beli love bench yang aku idamkan tu but sad to say aku dah tak de extra cash money sebab since Friday (I bought another 2 frames, pasu rotan and jam roses) aku dah habiskan cash sampai terakhir malam sebelum tu RM500 plus. Dan allocation money untuk love bench aku dah guna untuk beli pasu dan bunga, So jalan-jalan beli lagi barang dapur yang masih kurang then buat-buat baik samil try pujuk hunny tentang love bench tu. Huarghh my request was rejected. Hmm aku nekad tak nak pakai kredit kad dan malam tu berlalu dan aku kuo dari carrefour dengan sedikit perasaa hampa. Tak pe…aku mesti dapatkan love bench tu jugak. Probably before hari raya. I just fall in love with the bench.


Moral of the story…Tak kisah lah aku short duit belanja bulan ni. As long as I bought something meaningful and I really love it. Hatiku gumbira dan berbunga-bunga aje. Lagi-lagi bila nak membeli ada pulak yang sudi nak menghulurkan sedikit bantuan. Besar makna dan nilainya
.