Thursday, August 26, 2010

Poklong

Semalam mak called kata poklong masuk hospital. Aku memang merancang nak gi melawat jugak tup-tup tadi mak called kata dah ada kat KL on the way nak gi PPUM nak tengok poklong. Aku pun tumpang sekaki.

Poklong dah makin dimamah usia..aku lihat tangan mak pun dah kerut2 juga di mamah usia. Ku lihat mek tam juga sudah nampak raut2 kedut di wajahnya..Insan2 yang dekat dengan kita yang suatu masa dulu masa kita kecik2 mereka adalah seusia kita..gagah muda perkasa belia..hari ini wajah2 kesayang kita semakin ditelan usia. Apatah lagi makwe yang kini semakin menghampiri usia 90 tahun. Namun makwe masih gagah berjalan walaun pandangannya makin hari semakin kabur.Ya ALLAH panjangkan lah umur ereka dan berikan lah mereka kesiahatan yang sempurna sehingga akhir hayat...amin

Kesian melihat susuk tubuh poklong yang semakin kurus. Kesian juga melihat moklong yang berjawah sugul.Namun wajah poklong nampak ceria dengan kehadiran kami semua. Kali terakhir balik kampung sebelum puasa baru ni keadaan poklong lagi teruk sekurang-kurangnya hari ini beliau sudah mula ada selera untuk makan dan minum dan boleh berlawak pula.

Mungkin aku cuba nak menafikan apa yang aku dengar...kalau tak buat kimo mungkin tak lama..kalau buat kimo boleh bertahan lama sket itu yang busu katakan. Aku kurang setuju kerana kimo sangat sakit walau aku tak pernah laluinya cukup lipatan sejarah mas afzal menjadi sumber rujukan aku. Mampu ke badan poklong yang kurus itu menerima kimo..ya ALALH berikanlah kesihatan yang sempurna kepada bapa saudara ku itu. Amin..Aku harap mereka tak teruskan kimo pada poklong...kalau tak kesian dan siksa.
Mereka semua makin dimamah usia...aku juga akan melalui fasa itu...tak lama malah masa sekarang sangat singkat...

nak balik kg malam ni....yeayyy

Wednesday, August 25, 2010

Bonus???

Dari mana ni? tanya aku waktu tu kami sama-sama bertembung untuk menunggu lif. Turun bawah check bonus sebab bebudak ni beria kata bonus masuk arini..jawabnya. hmm sungguh teka-teki. Bonus awal2 camni. Aku kata pada dia union baru nak bersidang esok..gaji aje yang masuk dulu bulan ni itu pun gaji masuk besok.Payroll kompom lom run lagi. Dia kelihatan sedikit keciwa.Ura-ura raya kali ni ada interim tapi berapa banyak nak dapat wallahualam...aku tak kisah sangat pun..kalau ada alhamdulillah kalau takde beraya lah dengan apa yang ada sahaja....raya secara sederhana tak payah berlebihan.

Tengah fikir apa kelainan yang aku nak buat untuk raya tahun ni.Lagi plak tahun ni turm raya di Melaka aku sangat gumbira....harap-harap akan menjadi raya yang paling best sebab kalau raya kat Muo habis hilang semua aura hari raya sebab memang tak buat apa pun setakat duduk-duduk and melepak adik beradik..tak de pun konvoi2 ke hape.Kalau raya Melaka tengah malam baru balik rumah berjalan raya...nampak tak perbezaannya.

Gaji memang lom masuk tapi duit raya aku dah spare siap2 sebahagiannya adalah duit dari business aku memang spare bagi bayar zakat sikit. So tadi aku turun dan tadaaa aku dah tukar duit raya yahoo seronok walaupun aura raya lom tiba tapi ramai jugak orang kat bank yang dah tukar duit.Aku rasa geng TM dah gaji kot. InsyaALLAH tahun ini ada duit raya untuk semua makcik-makcik aku, insyaALLAH juga tahun ni bayar zakat lebih sket dari tahun-tahun sebelumnya.

Sudahkah anda membayar zakat?

Orang lain berpusus-pusu membeli belah kat bawah tu..aku hmm tengok aje..kan aku kata aura raya aku tahun ni kureng sket...
Salam Ramadahan...sudah 15 hari Ramadhan berlalu..aku baca tafsir dah juzuk berapa...hmmm masih bertatih lagi..lembap sungguh aku catch up Ramadhan tahun ni...
daaa...

Tuesday, August 24, 2010

sad

Sungguh tiba-tiba merasa sedih dengan diri sendiri seperti ada yang tak kesampaian.....aku dah raya...mungkin negative aura tu datang sebab bejot ni...hmmm...but still I'm sad..Semoga aku dapat catch up saki baki Ramadhan yang tinggal...

daaa

Thursday, August 19, 2010

Shopping raye

I just don't feel happy with no.1 assessment. I think I deserve more better than that. I'm sick thinking of it. Sebabnya my increament next year will depend on this assessment result. Mudah2an no.2 and no.3 will rate me higher and make my result fall in the other group. At this point I'm at the really near border tu yang frust tu...Let it be..I'l be ok in a few hours. 0.01 can make a big diff..occay.

Yesterday I was on leave with one big mission. Hunting for baju raya. Since tak nak bersesak-sesak punya pasal sanggup ambik cuti plus to catch one more target which is Metrojaya Warehouse Sales @ PICC Putrajaya.
We started our mission by touring Jln TAR. Around 10 dah tercongok kat sana and dah start mencari-cari apa yang patut. So managed to grab 3 pasang baju kurung for myself..one baju kurung for deena labuci lagi hu hu hu, 4 helai tudung for me and 1 tudung for deena. Ho ho sungguh tidak aci kerana baju mama banyak (coz deena akan ada baju lain)..but balik kg nuzul Quran nanti nak cari lagi dua pasang kat tangkak :)

From Jln TAR kul 12.00 gerak ke Putrajaya. Sampai PICC crowd tak seramai yang aku bayangkan.. mcm first time di Stadium Malawati Shah Alam. Just browse tru apa yang patut coz my mission nak carik baju budak2 ni ngan baju en hunny bunny. Lucky me it was handbag happy hour...maknanya harga handbag yang 50%-70% kat dalam kawah tu (selected aje) diturunkan kepada 80%. Wah bersesak2 le semua orang kat tempat handbag tu termasuk le diriku...

Tapi being me aku bukannya rakus membeli barang...aku pun tarik2 le salah satu handbag yang dilonggok2 kat situ sambil bertolak2 dengan pembeli lain yang dok berebut2 dengan harapan guess ke bonia ke, pierre cardin ke..tengok harga asal RM249 tgk harga lepas less RM49 tgk handbagnya hmmm cokia aje, tengok brand hampeh trisya ke tristar alamak brand apa ni cam beg yang apek2 jual kat lorong2 bunga raya yang harga RM15 aje..hena tak aku..pendusta besar itu warehouse sale..jangan tertipu..aku campak beg tu aku blah sambil orang lain berebut2.

ello kalau RM249 I can get new bonia or pierre cardin or guess yang dah less ni beg cap ayam letak harga ratus2 patsu tu less tinggal RM50 hengget ntah2 50 hengget tu pun harga yang dah mark up. Samalah cam kes beg forest timber harga sampai 2-3 ratus less 70%...apa kes...Jadilah pengguna bijak.

Aku tak layan pun handbag walau sesekali jeling2 jugak pada guess yang ada less 40%..hmm 40% bukan warehouse sale senang2 aku leh carik kat shopping complex. You know what I mean. The warehouse sale concept ni telah disalah gunakan oleh mereka ini bagi mengaburi mata pengguna. Sebab selalu kalau citer warehouse sale ni patut less nyer more than 50%. Kita plak jangan le jadi pengguna rakus asal dengar 70-80% main capai aje sebab murah.

Tapi dalam bengang2 kes tipu harga handbag tu aku dapat lah rembat jugak bebrapa barang untuk aku mostly lipstick bloop,revlon, eye shadow revlon, lips gloss, blusher, baju and seluar en hunny 70% and 50% bunny orlando and d'urban. Baju anak2 satu pun tak kenan plus tak banyak pilihan langsung. Rasa cam metrojaya tipu and serve yang low grade brand and item. Cuba guess tu bagi less 80% and men attire tu less 80%. Ni men attire 50% aje yang banyak..yang 70% tu limited aje...

apa-apa pun lepas ni memang takde le nak excited mana kalau dengar warehouse sale kalau cenggni gayenyer...

Sunday, August 15, 2010

musibah ALLAH ada hikmahnya

Ya ALLAH ampunkan lah dosa-dosa hambaMu ini..not sure korang dah tahu atau tak kisah puting beliung di Bazaar ramadhan Jasin Jumaat lepas yang mengorbankan 3 nyawa. Aku rasa sedih dengan peristiwa tersebut berulang-ulang aku tgk videonya sampai aku tak mampu melelapkan mata bila memikirkan ujian ALLAH yang dalam seminit mampu meragut nyawa. Sungguh ALLAH maha kuasa dengan bala tentera angin yang tiada tandingan oleh kepintaran akal fikiran manusia. Sejak itu hati aku sangat tak tenteram lagi Melaka itu adalah negeri ku.Ya ALLAH bulan Ramadhan bulan ALLAH memberi rahmat tapi kenapa ia menjadi bulan musibah kepada mereka..

Aku berdoa sangat pemimpin-pemimpin yang terlibat mengambil ikhtibar di atas kejadian yang ALLAH turunkan sebagai peringatan. Tak pasti mungkin ini ada kaitan dengan sekolah mengandung yang dicadangkan untuk dibina di Jasin. Wallahualam.
Ya ALLAH tolonglah, sedih dengan idea sekolah mengandung tu sedang masalah buang bayi maksiat dan zina harus ditangani dari akar umbi dari kebersihan jiwa , nurani dan hati manusia itu sendiri. Samalah mcm tazkirah yang disampaikan di surau malam tadi. Jadi sekali lagi aku nak seru korang semua kawan-kawan aku yang ada anak-anak kecik macam aku sama-samalah kita bentuk anak kita dengana acuan yang betul. jangan dari kecik dah didedahkan dengan dunia sosial/mpdern yang melampau dalam masa yang sama penerapan jiwa rohani kita abaikan. Akhirnya kita mampu melahirkan anak yang cerdik bijak pandai tapi bukan anak yang baik yang taat kepada agama.

Puas aku mengingatkan anak-anak tentang nilai nyawa manusia yang boleh pergi dalam sesaat dimana jua kita berada. Sempat jugak aku berdoa Ya ALLAH janganlah kau uji kami dan kaum keluarga kami dengan musibah2 yang berat sebegitu. Rupanya ketidak tenteraman hatiku ada asasnya. That's why aku sangat takut bila aku risau sedih dan tidak tenteram (my sixth sense) so far belum pernah salah lagi. Mungkin ALLAH juga ingin memberi peringatan kepada diriku yang dah jauh lalai di bulan puasa ini...

Tatkala aku sedang melelapkan mata selepas mendodoikan yusuf..waktu itu jam 11.30 pagi tiba2 lampu chandelier seberat 20kg putus dan menghempap kakiku. Astafirulah..nyaris menghempap aku kalau anak-anak yang kena nauzubillah tak boleh digambarkan. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku cuma jari telunjuk dan peha aku aje yang bengkak terkena besi lampu tersebut. Nyaris bahagian yang tajam hujung lampu tidak terkena pada diriku mungkin mustajab doa yang aku pinggitkan pagi tadi.alhamduluillah..syukur sangat.

syukur alhamdulillah tak de yang cedera. Terus aku buang aje lampu yang harga beribu tu kalau mcm ni akhirannya tak heran satu sen pun walau masih elok hanya mentolnya saja yang pecah. Aku tak perlukan pun yang mewah2 ni..Pakai lampu kalimantang pun aku tak kisah. Aku lebih takut kepada musibah ALLAH terhadap diriku walaupun aku tahu selalu sgt tewas dgn nafsu.
Terima kasih ya ALLAH dengan peringatan ini.

Thursday, August 12, 2010

Ya Ramadhan ku

Hari pertama puasa biasalah excitednya terlebih sket...tapi rasanya tahun ni mandum buat diriku..kenapa aku macam tidak merasai sangat kehadiran ramadhan kali ni. Aku sangat teruk maksud aku tak sgt beria2 mcm dulu2 menunggu Ramadhan yang tiba kerna nak kan keberkatannya. Kekadang aku terlupa ALLAH menguji aku tapi aku cam perasan tak perasan aje...sedang condition life tgh ok ni tu pasal ala-ala terkasima dengan kehidupan yang sedang elok ini. Weii bangkit Ramadhan masih awal aku harus mengejarnya atau nanti aku yang terkilan kerana rugi.

2 hari dah aku miss terawih kat surau...malam ni InsyaALLAH ada rezeki aku pergi. Meriah sungguh surau di tamanku..kete penuh, sampai depan umah aku pun ada orang parking..khemah hak tempat lelaki solat penuh...hat kaum muslimin pun sampai kena solat kat khemah luar...alhamdulillah mudah-mudahan berkat penduduk TS yang baik2 belaka tu sampai kepada kami jua...

Aku ni plak jangan bangga dengan amalan orang lain sedang sendiri punya serdak2 pun lom tentu ada. Ok mulai malam ini aku berjanji dan berusaha sedaya upaya akan mengimarahkan Ramadhanku seperti tahun-tahun lalu. Kalau pun tidak dapat terawih di surau aku akan buat di rumah. Semoga ALLAH memberi aku kekuatan amin. Fisabilillah yang ke sejuta kali dengan nafsu sendiri. Jarang2 menang..kalau menang pun sekejap aje pastu kalah balik

Btw sekadar berkongsi ilmu ustazah kata kalau mampu buatlah qada mana-mana solat yang kita dah tinggal sejak kita aqil baligh dulu. Lebih afdhal kalau kita dapat buatnya di dalam bulan ramadahan dan pahalanya akan di kira...kalau bulan biasa qada kita tu ibaratnya membayar hutang kepada ALLAH...iskkhhh gagah ke aku ini. Hutang ngan ALLAH memang banyak tidak terkira...hutang solat dari kecik uisshh takut nak kira. Semoga sempat aku tunaikan segalanya..
Ya ALLAH berilah aku kehidupan yang senang dan panjang umur supaya aku sempat menyelesaiakn segala hutang piutangku kepadaMu amin...

Salam Ramadhan

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan


used to be my hostel those day....now dah jadi asrama putera - Sains Muar


Gym and Koop - dulu aku jaga koop









WETEX parade yang paling canggih kat muo - tapi tak dak wayang maaa..


One of the butik yang aku sempat kirai duit...


Fruit punch classic hotel...sedaaappp...

Hotel lobby

Bus stand Muo makan kat area ni...


Ramai sungguh orang muo kuo makan malam..

One of the best soto ever - cafe TNBD Muo



Best asam pedas ever- aku siap hirup kuah gitu-gitu aje


Cafe TNBD Muo

One of the kedai kain yang kami singgah sempat jugak kirai duit beli tudung plak


Macam-macam corak terkini ada. Don't under estimate Muo ok.


pehh murtabak singapore..power...should try...

Last menu of the trip -Murtabak singapore @tanjung agas sebelah sekolah aku ajer..
Ya ALLAH semoga kau memberi hidayah dan rahmatMu di bulan Ramadhan yang mulia ini kepada diriku kaum keluargaku, guru-guruku serta rakan-rakanku amin.

Penutup syaaban dengan pesta makanan yang tak hengat..
Tak habis penangan di Muo (yang aku jangka bisa menambah angka berat badan aku) sambung pulak di opis arini.

Bermula dengan lunch bersama-sama anak buahku di ayam goleks pantai dalam...then kami sambung pulak dengan birthday celebration @ opis with walnut cake from secret recipe by kak lily and penutupnya petang tadi 6 kotak domino's pizza by our lovely boss....thanks all...
semoga Ramadahan kali ini membawa berkat...

enjoy the piccas masa kat muo baru ni...

Muar - Memory land



Matlamat utamanya adalah bekerja di muo tapi matlamat sampingannya lebih hebat lagi. Nama pun bandar muo kan walaupun tak sehebat KL tapi aku sempat juga membuat sesi mengirai duit di bando muor yang sangat nostalgia itu.Hehe heheh menaged to buy baju raya for hunny bunny,bobot and yusuf. Paling sesuai cari di muo pasal every year memang carik baju melayu johor. Sempat rembat kain ela dua pasang satu untuk aku satu untuk mak satu sempat rembat tudung syria jugak but tak jumpa baju raya yang berkenan untuk aku dan deena hu hu hu :(

As one of the objective ialah menjejak food yang mabeles di muo maka memang sempat pun aku merasa kebanyakan food yang aku dok belasah berbelas tahun dulu masa aku belajo kat sains muo. On the first day managed to get mee bandung, nasi ayam berlada, mee soto @ bentayan, tahu bakar and otak-otak. Second day lagi mabeles with masak asam, soto nasik and murtabak singapore.

Btw masa sampai muo tu sempat jugak aku singgah sekolahku yang terchenta...masuk2 aje kawasan sekolah terus de javu semacam terus lah teringat kisah2 silam selama berada si sains muar. Huaarghhh nengok adik2 kat sekolah tu teringat masa aku dulu...gazebo masih di situ...asrama puteri dah adi asrama putera...tempat study yang jebon dok mengamok masih elok ada...dewan makan sudah berubah wajah..the rest aku cam ingat2 lupa mana kelas aku dulu yek...nak nangis rasanya...

Sunday, August 08, 2010

live from Classic Hotel Muo

Baru saja meluruskan badan di hotel...dah siap solat jamak...jap lagi nak ronda2 bandar muo....mengenang kisah silam yang telah aku tinggalkan 20 tahun lalu...plan asalnya nak bertolak pagi2 sepei tapi mananya kalau dah kat umah mak tu...kul 12.00 jugak aku bertolak tadi...

jom...carik kita jalan2 cari makan...ronda nak carik mertabak singapore, satay muo dengan soto muo...kompom sedap......malam ni pulak kita tgk wayang...

daaa

Friday, August 06, 2010

sewa pertama TS2

Dalam kelam kabut uruskan rumah TS2 beberapa bulan lepas tup tup semalam was the day...mengutip hasil sewa yang pertama sebanyak RM400. Oklah aku suker pasal depa jaga umah aku dengan baik...dok lah umah akak tu lama-lama ye dik pasal susah zaman sekarang nak carik tuan umah kedaung yang baik mcm akak ni heheh ehhehehe...perasan. Harap-harap kekal lah penyewa aku ni lama-lama senang urusan kerja aku.



Tapi perasan ke tak perasan sebagai tuan tanah kedaung yang baik hati, penyewa taman harmoni sudah 4 tahun menyewa rumah kami...patutnya sewa taman harmoni tu RM480/RM500 ratenyer sekarang tapi aku yang generous dan mudah sangat kesihan masih le maintainkan lagi sewa rumah tu pada kadar RM430 sebulan. Harap-harap diorang tu kekal le kat umah tu lama lagi...mereka tu penyewa yang sentiasa menyenangkan hati aku pasal bila time nak bayar sewa mereka akan call suruh datang ambik duit..Tapi umah taman harmoni dah bertahun2 aku tak naik...aku rasa hancur dah rumah kami tu sebab yang duduknya orang bujang...ntah nak naik masuk pun cam tak lalu aje...hehe hehe nightmare..rumah pertama kami yang menyimpan sejarah dan memori kami masa mula-mula berkahwin dulu...


Aku bukan masuk skim cepat kaya..Mengulas topik yang dibicarakan di radio suria pagi ini..tapi dulu dah pernah terkena dengan swisscash so lesson learnt..aku masuk skim menabung sikit2 lama-lama boleh lah jadi kaya sikit nak sikit aje.Tak nak kaya pun..aku just nak senang aje..supaya hari tua senang..nak fikir hal dunia yang satu lagi (ya ALLAH berilah aku peluang dan kesempatan untuk itu amin).kalau kaya sgt banyak harta sgt takut tak larat tanggung aje..40 tahun lebih lama akan di soal di akhirat nanti tentang bab harta aje..but I'm sure akan ada noktah dah bab harta aku ni...itu pun kalau hidup lama kalau tak lama awal lah noktahnya. Ni nak kena fikir beli umah banyak2 hutang banyak lagi kalau mati muda ada tak backup untuk nak settlekan semua sekaligus...bab tu yang kena fikir sekali supaya tak menyusahkan orang yang tingal.

tarbiah diri sendiri ni jangan asyik nak mengejar harta aje...kekadang aku ni lalai jugak..tu yang ada wujud lagi nafsu2 untuk beli semi d satu lagi. Now kena plan bila masa yang sesuai untuk stop maybe by 40 kot... cukuplah dengan segala yang ada...alhamdulillah. But ingat aku ni manusia biasa aje...selalu nafsu mengatasi segalanya...

pesan ustazah bila kita teringin sesuatu perkara terus saja minta dengan ALLAH tanpa rasa segan silu...jgn reservekan permintaan kita tu mana tahu waktu kita berdoa itu lagi2 mcm hari Jumaat ni mungkin detik itu detik doa kita hijab..amin...amin...mudah-mudahan doa-doaku dimakbulkan ALLAH.

Thursday, August 05, 2010

I'm happy but....I need to plan :(



I've a mixed feeling rite now. Prosetia baru aje call saying that bank had released the payment for Rambai sutera house. I'm the happiest person on earth at this moment *wink* rasa mcm diawang-awangan sekarang...my third house is ready..alhamdulillah. everything settled within 3 months..no hanky panky at all....PS said they will post my letter next monday and I've to collect the key within 14 days ...huarghh that's where the mix feeling come....coz they are not working on saturday.



This monday I'll be in Muar for my training....kalau lah training tu habis cepat kan bagus so I can straight to PS office in Melaka raya to collect my key...tapi rasa mcm tak sempat. I'm sure the training will last at least by 4 or by 5pm.




Need to plan for another balik kg trip. have to take leave for at least 2 days to settle for TNB and water connection. Then nak kena check rumah and lodge the complaint kalau ada...but I'm sure ada..coz last week kami singgah rumah...lalang dah naik dah kat pagar....nampak ada juga 2-3 family kat terrace house dah move in... Nak ambik cuti is another issue sebab kakak sekolah...must plan well this time..tak kan cik kak nak cuti sekolah 2 hari lagi coz this monday pun aku dah buat surat nak bg kat cikgu sebab deena nak cuti.



Time to think berapa banyak yang nak kena spend untuk rambai sutera. I was thinking not to install grill to my house but not sure how safe is that area. Plannya just nak installl security alarm mcm putrajaya punya style...Hmm worst come to worst ambik kunci dulu..then setllekan benda lain after raya le nampaknya..rasa mcm rushing sgt nak buat semua benda serentak dah le dalam bulan puasa....

what say you???

Wednesday, August 04, 2010

Thank you yang

For this I should give big thank to my hunny bunny...Aku perasan sejak dua menjak ni cik hunny bunny memang banyak sangat berkorban membantu aku dengan kerja-kerja rumah. Thanks so much yang. Kalau dulu balik kerja mesti dia akan kejar helicopter dulu..samada main kat padang atau terperap dalam bilik mengadap heli-helinya. Tapi kini dah sangat jarang. Aku tahu tu pengorbanan yang sgt besar sebab hobi dia tu memang tiada tukar gantinya....ibarat makan heli minum heli tido heli. Aku memang sangat menghargai pengorbanan masa untuk hobi cik hunny bunny ni pasal memang sangat memudahkan urusan harian aku kat rumah.

Sekarang balik kerja mesti kena mengadap jugak but this time kena mengadap yusuf..maknanya the moment aku melangkah masuk umah, terus aku pass yusuf pada cik abe...pastu aku dah tak tahu apa tentang yusuf, the next urusan tentang yusuf memang lah cik hunny bunny buat sampai le dia akan tidokan baby dan almost every night dia yang akan bawak baby tido dalam bilik...so aku boleh lah focus uruskan rumah dan budak yang berdua tu pulak.

Pastu pagi-pagi plak cik hunny bunny tolong uruskan deena. Tunggu deena naik bas memang tugas dia. Kekadang bila aku terlambat bangun tu tahu2 anak dara aku dah siap dan dah pergi sekolah. Dialah yang dok kejutkan and kerah anak dara tu mandi dan bersiap.Besar pengorbanan awak yang, memang saya hargai sangat. Thank you so much. Semoga ALLAH membalas jasa dan pengorbanan awak. Amin

Kalau tengok pada urusan kerja yang cik hunny bunny kena buat tak de le banyak mana...tapi tugas-tugas camni kalau bagi orang lelaki buat memang task yang agak sukar. Memang sudah cukup bagus bila suami ingin membantu, jadi memang wajiblah kita sebagi isteri menghargai bantuan yang cik abe kita berikan pada kita...walaupun sedikit sebenarnya sangat membantu dan meringankan beban kerja kita.

For me..apa lagi lah yang aku nak kan..ini pun dah sangat-sangat baik dan bagus buat kehidupan aku.
alhamdulillah.

Tuesday, August 03, 2010

Budak telinga capang in action






Geramkan dengan budak telinga capang ni...hari-hari mau gigit sama dia...dia suka plak tu bila aku gigit kaki ngan tangan dia...siap gelak-gelak lagi..heheh heheh



Ni lah Muhammad yusuf thaqif yang dah pun 8 bulan....sekejap aje maaa ni pun dah lasak banget memanjat2..tangga kat umah pun dia dah start nak panjat...ntah2 bulan depan dah nak berjalan agaknya..



sangat manja yang amatsss and sgt mengada-ngada...cikgu kata kat sekolah memang behave well nangis biasa-biasa aje..cuba tengok bila kat umah...kalau addy dukung bila nak letak mulalah menjerit beria...pastu kalau susu lambat sikit mulalah meroyan macam kesakitan....yusuf yang sangat bijak...amin..



semoga membesar menjadi anak yang cerdik dan beriman ye Yusuf Thaqif. Semoga anak-anakku membesar dengan selamat dan menjadi anak-anak yang cerdik, bijak beriman serta selamat di dunia dan di akahirat....amin.

Monday, August 02, 2010

Balik kg muo

Dua hari aku tak access internet rasa cam meroyan semacam. Dua hari jugak aku tutup kedai. Kami balik kg muo jumaat malam pasal turn cik hunny bunny ambik kelapa sawit minggu ni. Aku cam biasa sebelum balik kampung kena basuh baju sekolah dulu kena make sure rumah in order pasal aku takmo bila aku balik nanti aku yang kepenatan. Kena kerah deena ngan ilman buat homework dulu...kena basuh kasut sekolah...listing mmg panjang. Bila balik kg memang kerja2 umah jadi pending pasal weekend ajelah masa untuk aku mengemas. Tu pun kain baju seminggu sudah menggunung tinggi...sudah menjerit sih minta dilipat aduh...aduh...bila mau lipat.

Minggu ni kebetulan hanya kami aje yang balik...pastu kebetulan MIL plak nak masak hantar lauk ke rumah jiran2...jadi aku le kena jadi chef of the day....dari pagi berdiri memasak sampai le ke petang...banyak benda nak kena buat...MIL tolonglah jugak plus Hazirah (anak sedara) ada tolong kupas bawang.

aku patah kaki sikit pasal hunny bunny ambik kelapa so sambil masak sambil nak mengulit yusuf jadi lambat le kerjanya.. tengah masak nak mandikan baby..pastu tidokan dia....sambung masak lagi...baby bangun nak bagi makan lagi...peh..tapi aku memang penat tul haritu sebab berdiri lama banget (ke aku yang dah kekurangan tenaga sebab dah tua)..sampai rasa krem kaki and sakit tapak kaki. kalau kita diri lama2 sgt atas tiles yang sejuk tapak kaki jadi bisa sungguh...kalu kat umah selalu aku pakai selipar kat dapur.

Menunya tak ada apa-apa sgt..lunch aku masak tomyam, sup ayam, MIL masak pajeri nenas. Pastu yang nak ngantor ke umah jiran2 tu aku masak ayam masak merah, sambal goreng jawa,tahu goreng ngan juah kacang tak susah mana pun tapi sebab kejap2 nak ngulit si kecik, tu yg kerja jadi lambat. By 3 baru siap masak and kemas sumer...aku dah tak tahan dah ckp kat MIL aku nak landing sat..peh harus nak luruskan pinggang.

By that time aku lelap kak faridah pun tiba so dialah tolong MIL pack2 kan sumer..

Malam aku call cik ya tukang urut..lepas maghrib dia datang urut sampai pukul 10.00 malam peh lega giller...tu aku kata kat cik yah nanti bila saya balik kg saya call cik yeh lagi yek...kalau aku dok lama kat kg kompom aku panggil cik yah urut hari2..memang best banget....ringan sungguh badan jadinyer.
Cik yah ni buat aku ingat kat ayu...pasal dia pandai tekan belakang sampai bunyik tap2 kat tulang belakang bessttttt...