Saturday, October 30, 2004

Mugkin naik lagi...

Mata kiri aku bengkak dan merah, tekak aku perit dan badan aku rasa dedau but aku masih kat opis pagi ni. Itu antara sintom-sintom yang aku di serang sinus. Geram betul lah ntah kenapa malam tadi tiba-tiba aku bersin berpuluh-puluh kali lepas tu mata pun mulalah gatal dengan tak tertahan tekak dan langit-langit pun mula lah gatal tak menentu...rasa mcm nak garu2 aje lelangit tu. Akhirnya pagi ini dengan hidung tersumbat mata yang bengkak tekak yag perit aku gagahi juga untuk ke opis. Malas nak ambik mc sebab lepas ni kan nak cuti panjang. Tapi seksa sebab hidung tersumbat dan tak boleh nak bernafas.


Hunny plan after opis nak ajak tengok aerobatic yang sedang berlangsung kat Subang pagi ni. Pertunjukan kapal terbang dari Prancis dan Jerman kalau tak silap. Dia biasalah kalau bab-bab kapal terbang, heli, boat laju semuanya pakat nak pergi.. Aku ni larat ke. rasa mcm malas nak jalan-jalan lah sekarang. Dah tak larat dah pun. Kalau boleh nak dok rumah nak baring aje kerja nya. Actually aku dah risau ni cuti raya dah dekat tapi barang2 banyak yang tak kemas lagi..plan nak kemas rumah habis-habisan sebelum balik cuti raya sebab lepas tu kan dah cuti panjang tapi kudratnya sedikit aje. Baru kemas sikit kejap aje dah terabur dikerja oleh deena dengan daddy macam mana lah nak maintain sampai balik cuti. Sekarang ni aku tengah dok pilih baju2 yang nak kena bawak balik kampung. Buat le slow slow dalam keadaan macam ni kan.


Gaji dah masuk agaknya. Semalam adalah terdengar berita yang agak menceriakan sedikit pasal interim tapi tak pastilah sahih atau tidak sebab CA belum keluar lagi. Kalau berita tu sahih ok lah..at least duit raya yang aku risaukan selama ini boleh di cover juga dengan bayaran interim 0.75% gaji yang akan di bayar mulai minggu depan. Sikitkan. Alhamdulillah lebih baik ada sedikit dari tak ada langsung. Terasa mcm kronik sangat ke company aku ni...


Terkini dan sensasi dari email yang ni pun tak pasti kebenarannya tapi aku ni lebih suka ambil langkah berhati-hati dari buat tak tahu tentang segala romurs atau gosip atau berita yang aku terima so that bila depa umumkan sesuatu tak de le melenting atau terperanjat beruk.. Harga minyak dijangka akan naik lagi pada bulan hadapan. Hmm naik jangan tak naik...tapi semalam tengok KLSE IC naik sebab diorang kata harga minyak dah start turun. Hmm tak logik kalau harga minyak antarabangsa dan turun but G still nak naikkan harga minyak dalam negara. Camno tu...apa pulak perancangan G kalau harga minyak terus menerus turun lepas ni. Adakah kerajaan akan turunkan juga harga minyak dalam negara tungggguuuuu...


Isu harga minyak memang agak kecoh kat situ sampai satu tahap ada yang sanggup nak cari rumah sewa kat area KL sebab cost minyak yang ditanggung terlalu tinggi sebab rumah sekarang jauh dari opis. Kebanyakan member kat opis ni beli rumah kat Area Sungai Buluh, Puncak ALAM, Kundang, rawang...even Sungai Buaya pun ada. Memang jauh gila...aku yang sekarang duduk balakong pun dah terasa jauh apatah lagi diorang yang terpakasa travel setiap hari pergi balik more then 100km....fehh tak leh bayangkan....lagi yang pakai kereta cc 1.8 ke atas isi minyak full tank RM70-90 tapi minyak bertahan 3-4 hari sahaja...sakit beb


Hmm aku pun rasa gak bebanannya...duit minyak kereta aku sebulan min RM200 itu paling sikit itu kalau hanya berulang alik dari rumah ke opis sahaja...kadang-kadang tu bila campur masa balik kampung keluar jalan sana sini mahu mencecah RM400 sebulan memang tinggi dan macam tak berbaloi sebab duit tu hangus begitu sahaja. Tahun depan jarak rumah makin jauh tambah dalam 5-7km lagi tapi kereta dah cc rendah so aku rasa balance la dengan perbelanjaan yang dah sedia ada. Itu baru minyak kan..lepas ni kalau tariff TNB naik kesihan le kat hunny nak bayo banyak bil elektrik.lepas tu bil PUAS le pulak. Sekarang ni bil air kami sebulan RM5 sahaja tapi rasanya tahun depan kat rumah baru mesti bil api air banyak gila....semua tu ialah kos-kos yang nak difikirkan bersama.


2 comments:

Anonymous said...

ciput je bonus. but syukur ada org lagi x dpt apa2. may be due to company beso byk nak bayo kat staff. ina ada tulis kat blog aku. dia ada blog gak ke? URL? -dzirhans-

Kopi Suam said...

nak buat macam mana...rezeki banyak tu...alhamdulillah syukur aje...better than nothing..ciput2 pun ada juga at least boleh cover duit raya tahun ni..
blog ina
http://www.livejournal.com/users/delinn/