Thursday, October 28, 2004

Target 10 tahun

Semalam seharian dok monitor harga saham yang macam choc fudge sebab kejap turun kejap naik sampai tak ada masa dan tak sempat nak tulis blog. Aku belum let go lagi esos tapi dah park pada harga RM11.00 untuk 3 lot, itu pun kalau harga boleh naik takat tu. Tunggu petang ni mcm mana kalau tutup 10.90 tunggu lagi sampai Isnin. 2 lot lagi masih float tak tahu nak let go atau nak q. Mana tahu aku berubah hati petang nanti...

Berita terbaru dan terkini dari Toyota. Mulanya aku dapat berita yang harga Avanza turun RM150 sebab ada sedikit kesilapan pada bahagian duti apa ntah so aku gembiralah......then dua hari lepas somebody email me dan mengatakan harga Avanza naik lagi 2.5k untuk kedua-dua model Manual dan Auto. Terus called si jack SA aku kat Toyota tu dan memang confirm dan sah dan sahih harga avanza naik bagi mereka yang beli selepas 26 Okt 2004. Syukur alhamdulllah sebab kami yang dah booking awal tidak akan terima kesan kenaikan harga tersebut. Wah kereta belum dapat terus dah dapat untung 2.5k ini satu pelaburan yang bijak kan. So now harga baru Avanza ialah Manual RM59k dan Auto RM62k...one thing insyaALLAH aku akan dapat kereta aku pada birthday aku yang ke 30....haahhh ya ALLAH next year aku dah masuk 30 tahun....uishhh kejapnya masa berlalu...rasa mcm masih sekolah2 lagi...

Masa berjalan memang cepat sedar tak sedar tahun ni adalah tahun akhir usia ku pada angka 2..rasa sesuatu yang lain bila nak masuk 30 ni...rasanya mungkin sekarang adalah masa yang sesuai nak review balik status kehidupan aku. Lepas ni lebih banyak cabaran hidup yang akan menanti, keluarga makin besar tanggungjawab dan peranan pun makin besar. Lepas ni anak-anak nak sekolah pula. May be this is the time yang sesuai untuk kaji balik matlamat hidup aku kat bumi ALLAH ni. At the same time mungkin dah tiba masa untuk rancang semula matlamat yang nak kena capai dalam masa 10 thn akan datang.

So far target yang aku buat sebelum umur 30 semua dah tercapai ( kerja, kereta, kahwin, rumah dan anak ). Itu target dan matlamat sejak bujang tapi since dah berumahtangga ni kenalah discuss dan kongsi segalanya dengan hunny tentang matlamat kami dalam masa 10 tahun dari sekarang. One of that insyaALLAH...nak mengerjakan haji before 40 nak selesaikan dahulu hutang kepada ALLAH. Dulu target aku kalau tak berkahwin selepas 30 tahun aku akan menunaikan haji tapi alhamdulillah target tercapai pada usia 27 tahun jadi kena kumpul duit semula untuk pergi haji selepas itu. So far rezeki murah alhamdulilah...insyaALLAH kalau ada rezeki lebih cita-cita aku akan tercapai juga.

Dulu masa sekolah mana sangka kita boleh berapa pada tahap hari ini. Mungkin dah masa juga untuk kita kenang-kenangkan semula zaman kanak-kanak kita, zaman remaja kita dan jangan lupa pengorbanan  mak dan ayah kita yang bersusah payah nak jadikan kita seperti hari ini. Mak dan ayah mungkin dah berjaya mendidik kami 4 beradik  (actually 6 dua masih sekolah) sehingga berjaya dalam pelajaran karier dan kehidupan...sekarang tanggungjawab itu terpikul pula dibahu aku dan kita semua yang dah bergelar ibu bapa. Sekarang peranan aku dan hunny pula untuk mendidik anak-anak kami deena dan adik supaya boleh berjaya dan lebih berjaya dari kami hari ini. Dan semestinya itu bukan satu tanggungjawab yang mudah dan bukan kerja senang. And as usual please bare in mind, kalau nak menghasilkan anak yang berkualiti amat memerlukan perancangan  yang rapi dan teliti dari segi fizikal, mental, financial dan sebagainya. Dan di situlah pengorbanan kita akan bermula. Adakala rasa takut dan teruja untuk menghadapi masa akan datang kerana tak sabar ingin melihat anak hasil didikan kita sendiri. Semoga ALLAH sentiasa memberi petunjuk kepada keluargaku amin...

No comments: