Thursday, July 28, 2005

Madam King In Memory :)

Boss baik hati hari ni dia belanja the whole team breakfast kat Mahbob. Boss aku ni baik betul lah dah le cun setiap kali gaji mesti dia ada agenda dengan anak-anak buah dia. Syok juga. So tadi punya mission 100% completed. Sambil meyelam sambil minum air. Mulanya boss email pada semua tanya nak breakfast kat mana hmm boringlah kat office aku yang memang ada hidden agenda suggest mahbob. Sugesstion accepted. Sambil nyelam sambil minum air sebabnya aku kan dah dah dapat cek 7.5K tu…best best (jadi orang kaya kejap walaupun tak boleh sentuh duit tu satu sen pun ) dan aku dengan agenda yang nak gi bank in cek kat BCB bangsar yang betul-betul sebelah mahbob. Tapi diorang yang lain suka sebab kat mahbob semua pakat makan nasi lemak ayam sedap pulak tu. Lepas breakfast menyimpang kejap ke EON bank bayar duit kereta ayah.


Another mission was pergi tukar sinki kat OKR also was completed. Lunchtime was fully utilized. Mesti uncle tu kata amoi ni tak habis2 salah beli barang…kuiii kuiii nasib baik le uncle tu sporting. So lepas ni kalau gi kat situ aku nak beli cat. Aku nak jugak cat living area tu dengan teknik duette yang dicadangkan. Hmm selepas mendapat nasihat dari pakar (jgn main-main pakar) akhirnya aku setuju nak cat feature wall. Kena cat sebelum kitchen cabinet digantung . Uishhh poning2. Pastu dengan masa 45 minit yang baki tu sempat jugak menyimpang ke Parkson OUG..jangan marah nyaris membeli T-shirt Renoma untuk hunny pastu dah pegang-pegang dah belek-belek letak balik…aku ada duit sebenarnya kan dah gaji tapi bila fikir mmm tak nak jolly so letak balik walaupun baju tu ada less 50%. Usihh uishh pastu berlalu dengan gumbira sebab berjaya tak membeli satu benda pun kecuali sebungkus cendol yang memang glamer kat jalan mega mendung tu.


Renoma dan Pierre Cardin mengingatkan aku pada Madam King. Suatu masa dulu kalau sesiapa pernah ke melaka atau ke madam king kat melaka T-shirt2 branded macam Renoma, Pierre Cardin, Polo, Crocodile, Hush Puppies boleh dibeli dengan harga yang sangat murah. Hmm boleh dapat t-shirt round neck pada harga RM10…aku pun masih ada beberapa helai T-shirts Pierre cardin yang dibeli dengan harga RM9.90, dan slack hunny pada harga 29.90, even my Pierre Cardin Jeans I bought at only RM29.90. uisshh I missed that time very much. It was 3-4 years back masa aku tengah bertunang but now rasanya dah tak dapat dah harga mcm tu. Lagipun bila balik kampung tak sempat nak kesana. Iskhh tetiba kau teringat kat shopping complex tu. (Kat mega sales sekarang ni) Nanti kalau balik kampung lagi harus aku singgah sana.


Apalah cerita bibik aku ni risau jugak aku minah ni. Semalam dia buat D&C sebab tu aku cuti tapi dia tu boleh tahan ke. Dia dok mengadu takut sakit abis nak buat mcm mana. Aku boleh imagine sakitnya D&C ni kan mcm sakit bersalin. Iskhh risau ada yang maid aku ni bentan. Hopefully dia buat kerja tak kuat2 sangat lah. Aku tak kisah pun kalau dia tak kemas rumah tak buat apa-apa sampai dia ok as long as Ilman ok. Kesian lah dia kan…harap-harap Ilman tak meragam lah hari ni. Sebab semalam seharian Ilman meragam tetiba anak aku kena CB. Pastu kelengkang dah merah-merah pedih tu yang asyik mengamuk aje. Aku pulak yang ngeri fikir pasal bibik Ilman ni.


Esok agenda aku and the geng is SOGO. Diorang nak pergi beli hadiah untuk Ustazah yang ajar diorang ngaji. Aku pulak diajak teman sebagai escort. Alamak kali ni tak tahulah sejauh mana aku dapat menahan nafsu untuk membeli belah. Uishhh uishhh kena budget kalau nak belanja jugak tak boleh lebih RM100…kena letak siap2 cash money dlm wallet dan tinggalkan CC dalam kereta. May be that’s a very good solution for me…fehhhhh

2 comments:

Anonymous said...

credit card dlm kereta? Tak merbahaya ke? Tinggal kat ofis lah, dan kunci :-) or better not to disclosed kat mana letak credit card, kang kalau ada yg stalk bahaya jugak tu.

Tahniah kerana telah dpt mengawal perbelanjaan... :-)

Anonymous said...

Zira, 'suspek' la bole control nafsu.... Ari ni aku dah ter'sambar' SKII Essence + Mask <> RM 3++. La ni rasa 'bedosa' jek. Tapikan... mende tu dah bebulan aimed... Yusmi