Monday, August 22, 2005

Ala..sedapnya..

Mail is very slow today. Diorang ni cuti ke atau sistem memang slow atau down. Since pagi lepas baca paper dan baca blog Juan internet terus down. Harini aku try email pada Juan file yang Mawi nyanyi lagu Jawa tu tapi malangnya tak boleh hantar. Aku rasa the whole jaring corrupted sebab geng Fujitsu pun tak boleh access internet waktu ni (Berdasarkan sumber yang sahih ni). Aku agak keletihan hari ni mungkin gara-gara bersantai petang di Putrajaya semalam. Dengan email yang masuk ala segan mati tak mahu lagilah longlai. Called ina tak angkat, called leen tak angkat. Oh ya mungkin juga letih sebab aku puasa hari ni itu yang rasa tak larat dan layu semacam.


Kerja-kerja untuk upload data ke production masih belum bermula. B masih tengah siapkan portionnya. K pulak sibuk dengan modul Disiplin dan cuti. Aku just prepare data yang nak di dowload untuk custom. Part aku waktu ni belum banyak lagi. After this nak kena prepare current and dev attendances pulak. Tak de email lagi lah mandom hidupku ini. Semua orang seem likes tak terima email yang berkoyan2 aku hantar pagi tadi.


Semalam our neighbor kat Taman Sutera buat makan-makan. Neighbor yang pertama pindah masuk ke Taman Sutera, rumah yang pertama kita jumpa bila masuk dalam taman (corner lot ) dan yang pertama buat makan-makan. Wah yang pertama semuanya dia grab dulu…bravo…We went there after zohor selepas balik dari umah Balakong (hantar barang sebab dah ada penyewa sekarang). So kat sana dapat lah berkenal-kenalan dengan jiran2 lain yang selama ni hanya nampak dari jauh dan pandang-pandang aje tak sempat bersembang. Masing-masing pun sibuk bekerja kuo rumah saawal pagi balik kerja matahari pun dah terbenam. Bukan setakat neighbor setaman, jiran sebelah rumah pun jarang sekali dapat bersembang betul dak Mas. Jiran aku namanya Mas dan bekerja kat Muzium Negara. Kalau nak masuk Muzium free boleh la nanti. Hehhh pandai aje promote aku ni.


Petang-petang balik kerja kalau rajin aku masak. Selalunya aku rajin masak (kadang-kdang aku beli lauk siap2 dari kedai Pak yob – Hari ni beli lauk 2 jenis kena RM5.80 Pak Yob salah kira ke. Hmm nak tanya segan.) Bila dah dok dapur tu bila masanya pulak nak bertekek kat luar iye dak. Time tak masak tu lah selalunya aku melepak dengan Rozi kat luar. Itu pun tak lama..sampai umah dah 6.10 pastu nak solat lagi….so setengah jam bersembang. Rozi pun belum kerja lagi so dia lah yang dok rumah dan tengok-tengok keadaan sekeliling. Kalau tak pun kami berempat naik motor hunny dan ronda2 sekeliling taman. Itulah petang Sabtu tu Rozi kata ada lori besar depan rumah aku lori IKANO. (Aku mcm terkejut sebab aku tak beli perabot kat IKANO) Dia takut lah kot2 ada orang nak angkat barang kat umah aku. Sekarang ni bukan boleh percaya sangat kan. Masa tu yang ada kat umah bibik dengan Ilman aje aku dan hunny kerja. Then dia nampak basikal eko dia lega lah. Rupanya lori yang datang nak tukar dressing table aku. Aku sendiri tak tahu yang datang nak angkat dressing table tu sebesar2 lori.Itulah bagusnya kalau kta berjiran. Jiran pun boleh jugak tengok-tengokkan rumah kita.


Topik hangat yang aku dok sembang ngan kak A lunch time tadi ialah makan. Dia dengan aku dah lah puasa kecur air liur. Sembang punya sembang ntah mcm mana boleh terkeluar cerita pasal belacan melaka. NI Z punya cerita lah ni. Dia dengan aku dengan A kat situ emang orang melaka. Hmm belacan melaka memang la sedap. Tu lah aku kata kat kak A aku kalau masak sambal letak belacan melaka…hari2 makan sambal pun tak apa. Pastu mula le meleret cerita masak sambal goreng. Dia dok kata nak belajar sambal goreng aku tu. Aku dah ajar yang paling simple…pastu keluarlah pulak cerita sambal goreng ikan bilis tu makan dengan pucuk ubi masak lemak atau ikan gelama masak lemak fehhh sehingga menjilat jari . Tak pun sambal goreng makan dnegan masak tumis air, letak soo hoon kentang telur..aduh laparnya. Kak A plak tak kenal ikan gelama sampai le Z buat lawak..alal yang Siakap, senphong gelama ikan duri tu…heeh hehhh sedapnya…rindu 'masak lada ikan duri' mak kat kampung. Memang tiada tandingannya. Kalau makan mau berminyak2 mulut myedut ikan...wah sedapnya

2 comments:

Anonymous said...

zira....ishh dok bercerita pasal sambal ikan bilis je. resepinya mana, aku tau le masak sambal ikan bilis, tp yg mcm nasi lemak nye syle jel le....tu sampai 3 jam tu..camno...api kena kecik le...okaylah, den tumbuk ikan bilis tu. kasi methods to coooookkkk.
Ani

Anonymous said...

guoweigang If you're still not convinced pandora charms 2010 with what the footage tell you, ask an objective opinion from your friend or from a member of buy pandora charm your family. Encourage them to go to your booth and ask them for some feedback or suggestions. In this way, you'll be able to procure fresh and Pandora beads unbiased criticisms from your display that you haven't spotted all the while. Think of the possible ways to get fresh ideas which will help you update your jewelry displays more effectively to draw in Pandora beads 2010 more patrons. Think about your layout, are all of your jewelry designs just put on the table, try separate each different style so that the stand out more . Having your cameos mixed pandora beads charms up with your teenage jewelry designs wont highlight either of them and you might lose sales. Grab the chance to take some ideas on eye-catching displays from other craft booths however be pandora beads sale certain to ask for authorization first. Know the reason why other booths attract more purchasers. Study all the photos you have taken and try to determine the interesting features of each booth cheap pandora beads that yours does not have.