Monday, August 15, 2005

Aqiqah Untuk Muhammad Ilman Abqaary

InsyaALLAH 26 Ogos nanti kami akan buat majlis Aqiqah untuk Ilman. Sebenarnya kalau ikut hunny memang nak buat awal dulu tapi MIL suruh tunggu buat sekali masa cik sipul kawin. So petang Jumaat tu sebelum cik Sipul nikah (nikah sebelah malam kat Yong Peng) kami buat majlis Aqiqah untuk Muhammad Ilman Abqaary. Dulu masa aqiqah Deena MIL beli kambing yang beratnya almost 63kg tak tahu le berapa harganya sebab hunny bagi 450 aje mesti MIL tambah sikit sebab kambing tu besar (Terima kasih mak sebab masa tu nak bayar yang balance mak kata tak payah abah dah bayarkan). Tapi masa tu kami tak balik sebab ada urusan yang tak dapat dielakkan. Kali ni kami akan berada bersama kambing tersebut semasa disembelih dan dimasak. Mudah-mudahan mama dan daddy mendapat syafaat dari anak-anak mama di akhirat nanti.


Hukum melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad ( menghampiri wajib ). Perlu diingatkan, dengan perlaksanaan aqiqah ini akan menjadikan anak dapat memberikan pembelaan ( syafaat ) kepada orang tuanya pada hari kiamat. Sabda Rasullah S.A.W bermaksud; " Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama " Riwayat Ahmad dan Tarmizi.


Pagi ni aku memang betul-betul letih. Semalam kami sampai kajang hampir 9.30 malam. Lepas mandi dan kemas barang sikit-sikit aku terus tidur. Deena pulak tak berapa sihat so aku terpaksa berjaga dua tiga kali sebab nak make sure panas badannya tak kuat sangat. Beberapa kali jugak terjaga bila dia mula merengek. Lepas letakkan tuala basah di dahi aku tido. Ingat nak bangun sahur sebab dah niat nak puasa tapi tak terjaga. Bila alarm bunyi jam 6.00 pagi aku tak boleh buka mata. Kalau boleh nak aje aku pekakkan telinga dan sambung tidur. Dalam kepayahan aku bangun juga, masak air, mandi dan siapkan beg sekolah anak aku. Lepas solat aku terus iron tudung. Nak buat malam tadi memang tak larat. Nasib baik kami guna washing machine auto so tekan sana tekan sini letak sabun tinggal. Tahu-tahu esok pagi baju dah kering siap untuk disidai. Balik kerja tahu-tahu baju dah siap lipat dan dah siap susun dalam almari. Fehh lega.


Mak called she was excited menjahit langsir2 yang aku kirimkan tempohari. Aku rasa mak ada banyak masa sebab dia dah tak jahit baju. Si kembar berdua tu dah balik AG, Aqilah pun dah balik Bukit Katil jadi mak cam rileks sikit sebab cucu2nya tak ada. Tadi mak call saja nak confirm langsir kat dapur tu nak buat mcm mana.. Rumah aku frame2 masih membeku disudut sofa belum bergantung. Nampaknya kena mintak tolong EKO hujung mingu ni. Aku jugak lah yang macam dah geram pulak dengan contractor KC aku ni. Nak buat ke tak nak ni..projek dah delay almost 2 weeks…kalau tak nak aku panggil orang lain aje. Iskhh sampai ke sudah le jawaya Kc aku ni..

1 comment:

Anonymous said...

guoweigang If you're still not convinced pandora charms 2010 with what the footage tell you, ask an objective opinion from your friend or from a member of buy pandora charm your family. Encourage them to go to your booth and ask them for some feedback or suggestions. In this way, you'll be able to procure fresh and Pandora beads unbiased criticisms from your display that you haven't spotted all the while. Think of the possible ways to get fresh ideas which will help you update your jewelry displays more effectively to draw in Pandora beads 2010 more patrons. Think about your layout, are all of your jewelry designs just put on the table, try separate each different style so that the stand out more . Having your cameos mixed pandora beads charms up with your teenage jewelry designs wont highlight either of them and you might lose sales. Grab the chance to take some ideas on eye-catching displays from other craft booths however be pandora beads sale certain to ask for authorization first. Know the reason why other booths attract more purchasers. Study all the photos you have taken and try to determine the interesting features of each booth cheap pandora beads that yours does not have.