Sampai Melaka petang tu mak pun macam terkejut aiikk dah petang baru balik. Malam tu aku dah berbelah bagi. Rasa mcm nak balik KL malam tu jugak lepas Isyak. Kerja banyak giller kat opis nak cuti rasa serba salah. Hunny memang selalu mcm ni suka buat last minute decision. Lain betul dengan cara aku yang suka plan sebelum buat apa-apa. Last week masa ambik cuti dia tak inform pun yang ambik cuti direct sampai hari merdeka. Sesuka hati aje dan dia dah memang siap-siap ambik cuti direct sampai merdeka. Hangin aje aku mendengarnya.
So takmo kecoh-kecoh oklah aku plan nak balik KL 4.30 pagi tadi. Badan memang penat sangat so tidur sesedap rasa. 4.30pagi alarm bunyik. Aku hanya mampu bukak mata aje. Badan memang takleh bangun akhirnya aku terlelap semula. Sedar-sedar dekat pukul 7.00. Nak balik KL pun mana sempat nak masuk opis. SMS boss dalam keadaan serba salah. Nak tak nak terpaksalah aku ambik EL. Tapi dalam hati memang aku terfikir kan kerja-kerja kat opis yang banyak tu.
Kesempatan cuti mengejut aku guna untuk pergi service kereta. Kebetulan kereta dah 10K KM so memang nak kena service. Hantar kereta aku balik semula rumah dan ajak adik aku ke Masjid Tanah untuk belikan mak dapur masak yang baru. Kesian pulak tengok dah tak de dapur. Terpaksa guna dapur besar yang mak guna time kenduri kendara. Dapur lama yang aku belikan dulu dah bocor. Mulanya mcm saja nak bagi surprise kat mak pasal dapur tu tapi bila kata nak gi Masjid Tanah mak dengan mak we plak nak ikut. Mak pun memang kebetulan nak beli dapur tu yang dia nak ikut. So kami pergi dengan kereta adik aku yang kebetulan ambik cuti gak Isnin tu.
Sampai masjid Tanah terus masuk kedai elektrik. Tak banyak cerita terus aje aku pilih Zanussi yang 3 burners dengan electric oven tu. Beli jenis yang mcm ni tentu tahan lama. Siap sekali dnegan oven nanti mak nak buat kuih raya senang boleh buatkan untuk aku sekali. Selamat duit aku RM1205 dapur beserta iron steam panasonic. tapi pakai kredit kad la. Maklum le kredit kad dah tak de hutang. Asalkan mak suka dan gembira. Aku tumpang gembira dan bahagia mudah-mudahan mak sentiasa dokan aku sekeluarga sentiasa murah rezeki. Kalau mak tak doa korang ingat rezeki aku murah sangat-sangat ke macam hari ni.. Kan aku kata aku kerja nak tolong keluarga dan kaum kerabat aku. Bab duit biar aku uruskan. Kalau rasa tak mampu tentu aku tak berani belikan. Aku tak kisah pun susah sikit sebab bayarkan hutang untuk bagi kemudahan mak dnegan ayah. Besar ganjarannya bukan sahaja di dunia malah diakhirat nanti. Membuatkan mak dan ayah gembira dan senang memang menjadi tanggungjawab aku. Sebab tu lah bila ada benda yang kurang kat rumah tu aku tak senang duduk dibuatnya.
Balik dari masjid Tanah kereta dah siap di service di Toyota. Balik dari ambil kereta terus singgah kedai guunting. Potong rambut sebab dah panjang sangat rambut ni rasanya. Aku ni mana boleh tahan simpan rambut pajang-panjang. Rambut pendek ala-ala GI Jane since aku study lagi. Biasalah style askar. Aku kan askar suatu ketika dahulu. Petangnya pulak membawa Ilman Abqaary ke kedai gunting. Mawi Junior in the making. Mintak hunny botak rambut cam mawi dia tak nak akhirnya Ilman yang jadi mangsa. Tak lah rambut bujang aku tu memang dah panjang. Bagi potong supaya keluar rambut yang lebih kasar dan lebih banyak.
Latest picture dalam fotopages kami http://deenasarah.fotopages.com

No comments:
Post a Comment