Monday, August 01, 2005

Kapal Terbang Yang Dah Terbang :(

Aku memang lupa sangat yang harini aku ada ISO awareness sampai le pagi tadi masa nak gosok baju baru ingat. Aduh aku risau sebab kerja ada yang tak siap dan ingatkan nak selesaikan pagi tadi. So this morning aku sampai opis awal dah lah mulai hari ini kami kena parking luar. Aku malas nak parking kat LG4 atau PP sebab jauh lagipun malas nak claim-claim tahu ajelah opis aku ni claim mesti lambat. End up Parking yang tempat selalu aku park masa pass kerja aku rosak. Rush to the office then run script untuk attendances data. Dalam keadaan tergesa-gesa kebetulan Kak R pun kena attend course yang sama jadi aku tumpang dia sahaja. Bosan juga biasalah when it’s come to ISO memang lah rasa burden and the presentation was boring. Suara cikgu pun monotonous aje. Abis training 5 minit sebelum pukul 1.00 minta kak R hentikan aku kat kereta then aku rush ke OKR sebab nak beli cat.



Kesian kat hubby kapal terbang dia hilang. Baru main dua kali pulak tu. Aku pun tak perasan kewujudan kapal terbang tu sampai le aku nak ambik benda dalam store dan ternampak. Biasalah aku mula2 tu bising gak pastu hmm suka hati lah yang. Saturday tu punyalah happy dok main kapal terbang kat area taman dengan Deena. Aku kat belakang rumah tengah dok cabut rumput so nampak le that earoplane berlegar2 di udara. That was his latest plane yang dia beli but this one yang harga hundred over aje, So semalam since pagi dok main benda tu pastu dalam pukul 11.00 masuk rumah tangan kosong. Aku tanya mana kapal terbang dia kata ntah dah hilang becoz masa dia main deena kacau dan rampas the remote from him..kapal terbang tu dah out of control…so kalau dah terlalu tinggi dah tak boleh terima signal then akan terbang di bawa angin. (The best part is I know he loves his daughter very much siap boleh gelak2 senyum lagi walaupun Deena dah hilangkan kapal terbang tu tapi tahu dia sedih jugak) Puas jugak kami merayau cari kot2 lah jatuh kat kawasan berhampiran tapi tak de rezeki nampaknya. Aku rasa ni dah kapal terbang ke 3 atau ke 4 yang hilang. Kalau kira2 semua dah hilang banyak ratus jugak tapi sebab itulah hobby dia aku biarkan sahaja asalkan my lovely husband gumbira. I know it was his dream to become a pilot tapi apakan daya. Ok lah yang kalau macam tu kita train aje lah Ilman untuk jadi pilot at least walaupun daddy tak jadi pilot anak jadi pun kira okey jugak kan. Mama pun tumpang bangga.



So semalam I was so excited to make donut…heehh but then all plan was gone like a wind bila sampai kat pekan singgah metro pergi mydin masuk kedai sana masuk kedai sini end up dekat dua jam aku meronda pekan kajang. Syok le aku duduk Taman Sutera ni nak gi Pekan tak sampai 4KM…bila-bila teringin boleh start kereta then terus aje broom cam nak gi kedai runcit. .yang best tu macam-macam kedai ada Giant, Parkson, Reject Shop…you name it…heehh heeehh jangan jeles. At last dah petang baru aku ke econsave beli gak barang nak buat kuih donut tu..tapi ak tahu bila nak buatnya….may be hujung minggu ni masa mak datang nanti. So petang semalam instead of having donut for tea kami makan buah melaka…aku buat gak…kuih paling simple dan aku paling suka…Bagi kaki ronda cam aku my weekend will be full of activities. So jangan pelik le kalau tiap kali call aku mesti aku aje kar bando…banyak lagi kedai yang aku belum survey dan belum ronda. Weekend ni nak belanja mak ngan ayah makan satay kajang. Haritu mak dok tolong jaga Ilman seminggu kan.

No comments: