Tuesday, August 09, 2005

Laaa lagi-lagi Mawi

Wah-wah tetiba aje budak mawi tu jadi glamer seantero dunia. Sana-sini orang dok cerita pasal dia sampai masa time breakfast pun dok hangat cerita pasal Mawi. Best lah ko mawi besar harapan peminat terhadap pemuda harapan bangsa dan agama ni. Petang semalam aku dihiburkan lagi dalam kereta oleh si Mawi ni. Aku memang setiap petang Isnin dok tunggu segmen yang dihostkan oleh Linda Onn bersama pelajar-pelajar AF yang terkeluar pada minggu sebelumnya. So semalam giliran si juara AF3, dapat aku dengar suara lunak lemak merdu budak Mawi tu lagi memnyanyikan serangkap dua Aduh Salihah. Apasal lah aku minat sangat pada mamat ni mungkin aku jatuh cinta dengan perwatakan dia yang very humble and sincere. Iskhh boleh tak kalau aku nak dengar dia mengaji Quran atau pun Azan teringin la. Boleh aku bayangkan mesti suara dia Azan sesedap suara Lan (Azan masa raya Qurban suatu ketika dahulu). Usihh mesti kalau aku dengar dia ngaji mahu meremang bulu roma dengan bulu tengkuk atau mungkin jugak akan mengalir airmata kalau dengar dia mengaji dengan suara yang lunak-lunak merdu tu. Iskhh memang dah jatuh cinta pada suara mamat ni…suara aje ‘yang’ tak lebih dari itu. Dengan awak saya jatuh cinta segalanya dari hujung rambut sampai hujung kaki (ayat memujuk).


1994 Masa tu kami kat Kem Wataniah 504 Kepala Batas, Alor Setar. Walaupun masa tu cuti raya haji aku tak balik kempung sebab kami kena masuk hutan dan menembak. Malam tu ketika azan Isyak berkumandang di surau aku terpegun. Dalam keadaan bertelekung aku cuba mengamati suara lunak merdu jelas dan sedap di dengar berkumandang memuji kebesaran Ilahi. Aku cuba berkira-kira siapakah pemilik suara itu. Aku memang cepat cair bila dengar orang azan atau ngaji dengan suara yang sedap (boleh jatuh cinta dibuatnya). Aku mesti nak dengar betul-betul dan teliti. Boleh menangis dibuatnya. Abis sembahyang lepas bertakbir aku pun merisik. Rupanya suara Lan. Itulah antara suara tersedap aku pernah dengar ketika melaungkan azan. Sekarang ni aku tak sabar sangat nak dengar suara Mawi melaungkan azan atau melagukan ayat-ayat suci Al-Quran. Wah Mawi kau jadi Muazzin kat masjid mana bulan puasa ni. Aku nak datang berterawih kat sana, Itukan lebih baik Mawi. Macam ibumu pernah berkata ngaji…ngaji… hmm.. menyanyilah mawi semoga nyanyianmu itu bisa membawa anak bangsa mendekati diri mereka kepada ALLAH. Jangan tersilap langkah sudah. Kalau mawi berubah lepas ni..aku rasa aku antara insan yang paling keciwa dalam dunia ni (Siapa aku ni nak kecewa pulak kalau mawi berubah)..apatah lagi mak dengan abah dia. Aku nak ketulenan yang ada pada diri dia di kekalkan (sebagai anak kampung) walaupun dia dah bergelar bintang. Kalau tak payah sign kontrak mgan maestro tak boleh ke. Cukup le kisah mawi walaupun aku kat opis ni berulang-ulang memutarkan MP3 Adu hSalihah dan lagu-lagu lain yang Mawi nyanyikan.


Mak suruh aku beli ayat seribu dinar. Sebenarnya aku dah shopping frame-frame untuk hiasan dinding rumah aku minggu lepas cumanya masih belum sempat nak gantung benda-benda tu semua. Aku beli frame ayat kerusi dan ALLAH Muhammad (nak letak kat family hall), beberapa pasang frame bunga (untuk bilik aku dan juga dining), cermin (untuk living) lagi satu tapi ntah apasal lah taste aku berubah. Kebanyakan frame yang aku beli bingkainya berwarna gelap. Dining set yang baru tu pun kayunya agak gelap sikit. So kalau nak sedondon nampaknya KC pun aku kena pilih colour yang agak rustic sikit baru le cantik. Kisah frame belum habis (sebenarnya aku belum betul2 habis shopping banyak lagi benda yang aku nak borong) sebab aku belum jumpa lagi frame bunga yang cukup besar dan sesuai untuk dining. Frame bunga yang aku cadang nak letakkan kat living mungkin aku akan ganti dengan ayat seribu dinar. Susun atur benda tu masih blur aku belum sempat merujuk kitab aku sebab sekarang ni balik rasa letih. Nasib lah sampai rumah keadaan rumah teratur bersih dan kemas. So hilanglah sedikit kepenatan bila tengok rumah cantik macam tu.

No comments: