Dah 9.30 tapi mood kerja aku masih pada gear 1. Aku kesian pada kak Ju. I wish I had a lot of money so that I can help her to settle the 25K payment. But bila aku called tadi dia kata dah settle dan dah ada yang boleh dulukan duit aku rasa lega sangat. Nasib baik ada kaum keluarga yang nak tolong alhamdulillah. The scenerio is…ada masa kita dalam kesusahan orang lain kita nampak orang lebih susah dari kita rasa mcm nak tolong tapi tak termampu. Hanya mampu mendoakan agar kepayahan orang tu dapat diselesaikan dan juga segala kesusahan kita dipermudahkan. Aku lahir dalam keluarga mak yang pertalian adik beradik diorang sangat rapat. Antara aku dan sepupu semuanya very close. Memang sejak kecik membesar dalam suasana kampung then membesar bersama sepupu jadi pertalian tu sampai sekarang sangat kuat. Lagipun aku tak nafikan..I’m at this stage because of them selain dari mak dan ayah. They all are very supportive in everything. I was the first in the family went to boarding school. I was the first menjejakkan kaki kat U and the first yang grade from the family hierarchy. So I was the first yang make them proud. Lepas tu baru lah diikuti oleh my brother and sisters then cousin2 yang bawah-bawah. Alhamdulillah. Bila aku start kerja I always bare in my mind yang aku kerja to help my family not only my parent but the whole family. For that reason, I will do the best untuk bagi kemewahan to my family dan akan tolong kalau mereka dalam kesusahan. I knew, history told me that without them I will not be here today.
Hidup kat kampung masa zaman aku dulu adalah sesuatu yang amat menyeronokkan dan sampai harini aku rasa rindu dengan keadaan dan suasana kat kampung. (Deena dan Ilman mungkin rugi kerana tak merasai suasana kehidupan kampung yang indah ) Sekarang kebanyakan tempat yang menjadi kawasan permainan aku dah berubah. Dah tak banyak semak samun untuk aku menyorok bermain letup-letup (pokok cenderai ubat letup2 pun payah nak cari) tak de lagi pokok sentul untuk kami baling2 tak de lagi pokok kemunting, malah sawah tempat carik ikan pelaga pun dah kering kontang dan giat dengan pembangunan. Pokok jambu mawar belakang rumah moyang pun dah kena tebang. Padang tempat kami bermain baling tin juga dan jadi tapak rumah. Apa lagi yang tinggal kecuali kenangan dan nostalgia. Kenangan kutip binjai di sawah. Kenangan bermain layang-layang di kubur cina, main tarzan kat ladang kelapa main pondok-pondok lalu terjumpa sekotak rokok. Kononnya masing2 nak cuba hisap ntah habis kelima-lima kami muntah sebab pahitnya rasa rokok tersebut. (Sampai hari ini aku musykil mcm manalah orang boleh hisap rokok).
Yang ada sebagai nostalgia dan tempat aku mengenang kembali saat kegemilangan di zaman kanak-kanak ialah pantai laut yang juga sudah berubah panoramanya juga namanya. Tiada lagi batang kayu besar tempat aku dan kawan-kawan bermandi laut lalu dihambat oleh pakcik dengan pelepah kelapa. Saat tu berlari ketakutan macam kena kejar anjing. Pokok-pokok kelapa tempat aku dating masih ada sampai hari ini tapi kawasan itu telah dipagar. Sekadar menimbas memori indah di zaman kegemilangan cinta. Jiwang karat aku. Sebenarnya aku nak cerita aku ni dah rindu gila nak balik kampung tapi nasib baik le mak nak datang esok..so terubat lah segalanya.

5 comments:
Naper dgn kak ju? Kim salam dia.
Ingat dak ex-pakwe ko, abg mus yg ensem ittew?? hehehe
Tak de apa-apa just per;ukan cash money secara urgent tapi dah settle dah pun...
Kamu Ina sajalah pepagi buta ni buat aku teringat pada mamat tu...hmm apa cerita dia ek...nanti le raya tahun ni memang harus aku pergi rumah dia..mak aku kata dia maintain hensem gitteww...tapi husband aku masih yang paling terhensem dihatiku.. :)
dia bujang lagi dak? ekekkekeke, i pun bujang yewww
aku tu tadi
Udah kawin le...anak pun dah sua sama cam aku.. sori le kamu lambat sikit...
Post a Comment