Tuesday, September 27, 2005

Hari ni aku pakai baju pink

Harini Ilman masuk 10 bulan - Happy birthday bobot mama luv you. Lagi dua bulan Ilman akan setahun. Masa berlalu begitu pantas sehingga kita tak mampu mengejarnya. Waktu yang pergi tak kan berulang kembali kan. Rasanya mcm baru lagi aku bertarung dengan kesakitan melahirkan anak bujang ku itu.

Pernah tak tiba-tiba aje kau rasa tak sedap hati dan buntu dengan keadaan sekeliling. Beberapa harini aku memang tension. Tanpa punca tanpa sebab tahu-tahu aku asyik nak marah dan bengang tak tentu pasal. Aku cuba cari jalan penyelesaian sendiri. Penyelesaian yang aku ada. Biasanya kalau aku tak sedap hati kecewa depress tension selain dari meluahkan rasa hati dan ketidak puasan kepada hunny (kalau cakap dengan hubby 50% aje yang dia dengar yang lain akan gone with the wind. Sometime dia akan buat dek bila aku mengadu tapi aku tahu he cares about me- thank you darling I know how much you love me. It just the matter you don’t know how to express that feeling tak pe itulah kelebihannya) . Most of the time bila perasaan gundah melanda aku hanya berserah kepada ALLAH. Aku jarang kongsi penderitaan yang aku tangung dengan orang lain even with my mom apa lagi dengan sahabat baik. Juga aku tak kongsi rasa gundah melampau dengan blog kesayanganku ini. Wah now I miss Sera. Hmm rindu kemanisan menangis didalam solat. Tahun baru ni aku belum lagi dapat menangis dalam solat. Kengkawan nangis dalam solat bukan hanya waktu kita susah sahaja. Kekadang kena muhasabah diri bila kita mendapat kesenangan (takut juga kalau kesenangan itu adalah ujian dari ALLAH semata-mata) sebab aku tahu aku ni memang jahil tak berilmu dan jauh sangat dari ALLAH.


Aku macam pelik apa yang aku tensionkan. I’ve nothing yang boleh buatkan aku tension. Aku dengan hubby ok..tak de perang dingin (perang dingin biasalah bila dah kawin ni bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, sedangkan bibir pun pernah tergigit apatah lagi suami isteri iye dak) or what. My kids buah hati pengarang jantung memang buat aku gembira bahagia. So what else? semalam lepas maghrib aku just lepak bertelekung kat bilik bawah. Sementara tunggu Isyak aku mengaji dapat juga habis satu juzuk. I just want to find out apa yang membuatkan hatiku gelisah dan terbuku bersarang tak keruan. Oklah mood nak tengok TV tak de. Then naik atas siap-siapkan barang2 budak berdua tu thermose, susu, botol air then baru masuk tido. Then sejam kemudian aku menemui apa yang aku cari…heehh heeehh suspen aje. Rupa-rupanya best friend datang di tengah malam..aku siap boleh lupa bila last time aku bejot. Alhamdulillah patut le tension tak menentu. And alhamdulillah harap-harap tahun ni aku dapat puasa penuh. (Alhamdulillah banyak makna tu – risau jugak kalau ter accident ke)


Pak Long pergi umrah last weekend (Umrah yang ke 7 kali – pertama kali umrah dalam bulan puasa). Aku memang lah jeles sangat bila diorang pergi umrah tu lagi-lagi bila diorang pergi ramai-ramai satu family. Aku ni dah lama sangat terpanggil nak pergi umrah atau haji. Tak sabar rasanya nak berteleku depan Kaabah tu. Dulu dah pernah pujuk hunny untuk pergi but dia macam belum ready. Semoga ramadhan ni nanti dia terbuka hati dan dapat ilham dan petunjuk dari ALLAH. Aku pulak kena banyak minta ALLAH buka kan hati hunny untuk buat umrah dan murahkan rezeki kami sentiasa supaya dapat apa yang kami hajati. At least buat umrah dulu. Kalau ikutkan target aku dulu memang nak buat haji pada usia yang muda. Waktu kita sihat waktu hati masih senang nak terima ilmu dan waktu ada kelapangan dan ada duit. Memang sesuai sangat untuk terima perubahan dalam hidup dan dalam diri. Itulah orang kata kalau hendak seribu daya kalau tak nak seribu dalih.


Kalau aku ada rezeki lebih:
· Nak buat haji masa muda-muda ni
· Umrah di bulan puasa
· Umrah di hari raya Aidil Fitri
· Umrah di hari raya Qurban
Selamat tahun baru semoga tahun ini buku aku lebih baik dari tahun lepas.
Lupa plak

semalam dah berjaya tanam satu pasu lagi bunga (bunga apa ek..hmm halus2 dengan bunga jarum2 tu)...harap-harap tangan aku ni sejuk la. Orang kata kalau tangan orang sejuk yang tanam bunga boleh hidup cepat. heeh heehh so now dah dua pasu yang ada pokok. Ada 3 pasu masih kosong. Pastu ada orang tu nak dermakan pasu kat umah SA dia. Ok gak tapi bila nak pi sana amik.

No comments: