Aku ni sentiasa percaya kepada takdir dan ketentuan ALLAH. Sebab hanya ALLAH satu-satunya tempat aku meminta pertolongan, tempat aku meminta rezeki, yang mentukan buruk baik dan segala ketentuan yang akan berlaku dalam hidup aku. Kalau dah namanya manusia manalah pernah puas hati suka atau ada sahaja yang tak kena di mata mereka. Hahh blog aku pun dia boleh dengki apalah punya manusia ni. Tak payahlah menyibuk kat sini sebab kau pun tak penah diundang untuk baca blog ni kan. Cuma mungkin jenis muka tak malu sibuk nak ambik tahu hal orang tu pasal lah sibuk-sibuk nak baca cerita nak tinggal komen dan jaga tepi kain orang lain..Apa yang kau kata tu aku ucapkan ribuan terima kasih dan amin alhamdulillah. Asalkan duit gaji aku halal alhamdulillah. Aku sedikit pun tak terkesan dengan apa yang kau kata. Cuma soalan aku bila kau nak minta maaf dengan aku dan untuk pengetahuan kau buat masa sekarang ni aku memang tak berniat langsung nak maafkan apa yang kau kata terhadap aku, yang kau umpat aku dengan suami/isteri kau dan menghina aku selama ini. Kalau rasa diri tu bagus sangat bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan pada kita bukannya menghina orang lain sebab aku memang tahu siapa kau ni. Tak senang perut kau yek hati busuk. Engkau period ke sebab komen kau tu bunyiknya macam sakit hati dan ada unsur-unsur dengki aje nampaknya. * end *
Hunny suruh bibik datang rumah esok untuk jaga Ilman. Katanya dia penat nak jaga anak. Lagipun esok aku ada projek nak bersihkan lagi rumput2 kat tanah setoet tu depan dan belakang rumah. Aku nak tanam rumput karpet kat situ. Alah kesian pulak aku dengar bila dia cakap cenggitu. Oklah yang tak apa esok saya baby sit budak berdua tu. Awak rehat aje lah. Dah penat sangat agaknya darling aku tu. Suara pun macam mendayu aje kat dalam phone. Bila aku tanya demam ke yang dia kata tak de.
Malam tadi sambil mengemas-ngemas bilik bawah aku nyanyi-nyanyi. Lepas satu lagu ke satu lagu dan tak terkecuali lagu May “Cintamu Mekar Di Hati’ lagu cinta aku zaman dulu-dulu. Deena pulak sibuk dengan kerja-kerjanya. Suasana malam tadi terasa mcm masa aku dok kemas-kemas surat Abg M yang berkotak-kotak dalam simpanan sejak aku sekolah menengah sampai aku kat Uni. Sambil kemas sambil baca sikit-sikit (Yang aku perasan dalam setiap surat tu ada magic word). Surat-surat tu memang barang berharga untuk aku. Aku masih simpan semuanya kat dalam stor rumah melaka. Kalau tak silap ada 3 kotak kasut penuh. Uishhh best..sekali-sekala baca mau tangkap syahdu dibuatnya.
Peristiwa tu dah berkurun lama maknanya sekarang ni aku makin dewasa (read as T.U.A). Hmm usia pun dah meningkat pemikiran kena lebih matang. Anak? Baru dua aje. Sejauh mana persediaan aku untuk menghadapi dunia dengan usia yang makin matang? Sekarang ni hidup aku bukan setakat berkisar dengan kerja di opis, anak-anak keluarga, rumahtangga. Wah besar skop kalau difikirkan (menulis pun dah ala-ala style Mak Andeh aje aku ni * wink *). Ke aku sorang aje yang terasa macam ni sedangkan geng-geng yang sebaya tak fikir lagi pun.. Aduh tak terjangkau akal nak mebayangkan 10 tahun akan datang. Bla anak-anak mula meningkat dewasa. Dah nak kena jadi makcik-makcik le pulak. Itulah hidup ni hanya sementara sedangkan 70tahun yang ALLAH berikan ku rasa terlalu singkat untuk merencana haluan hidup ini. Mudah-mudahan ALLAH panjangkan umur kami sekeluarga, kedua ibu bapaku kaum keluargaku dan rakan-rakan ku. Amin. Ya ALLAH aku bersyukur dengan segala rezeki dan limpah kurnia yang kau berikan kepadaku Amin. Kenapa ALLAH benci pada orang yang suka mengadu domba sesama manusia?
Note: Apa lagu cinta korang ek?

5 comments:
zira,
mmg pun ppl ni bila baca blog orang kalau tak ngutuk tak sah. Ko ignore kan jer ataupon ko balas gak ngan kata2 laser ko hehehe.
lagu cinta aku bykk seirama dgn org yg aku sayang tuh. kalau at present (ngan husband aku la tu) lagu 'Untukmu Sayang' by Febians. :)Kalau ngan eker dulu lagu 'Heaven' by ntah sape.
aku tak ingat tajuk tp tu lagu yg first payed bagi...lagu Man Bai.he he he....tp payed sure buat muka kalo aku tetiba be reminded on someone else whenever lagu creep and the rest of gun'N Roses aku dengar...that's so much of a history
- riza -
Kepada tuan punya blog,
Sesuatu yang bodoh yang dikatakan sebenarnya mencerminkan kebodohan orang yang berkata tu sendiri. Pest macam ni adalah gangguan yang kita boleh ditepis je. Mungkin dia juga bodoh untuk menyedari...life can be a vicious circle, what goes around comes around. Kalau tak kena balik pada diri dia sendiri, mungkin kena pada anak-anak dia.
Mungkin juga tuan punya blog ini sendiri pernah buat sesuatu yg sekarang ni dah berbalik pada dirinya sendiri... Renungkan sendiri adakah kita pernah lakukan kesilapan itu sebelum menyalahkan orang lain...
My dua sen..
Aku tak pernah pun nak minta simpati sesiapa kat dalam ni. Anyway thanks for korang punya komen..aku tulis tu sebab itu apa yang aku rasa. Besar kuman nawaitu aku tak terdetik untuk mintak simpati seiapa. Even you may skip that paragraph sebab tajuk entry aku pun "Lagu cinta Kita"
The things is for me yang lepas was history..ingat satu jangan kita ada rasa hasad degki pada orang lain. Sentiasa bersihkan hati. Kesilapan kita/orang di masa silam sama-sama kita perbaiki bukan untuk dicemuhi atau dihina atu bukan untuk menjadi bahan umpat dan cela.
Alhamdulillah buat masa ni aku tak ada rasa dengki sakit hati dsbnya kepada orang lain sebab hidup kat dunia ni hanya sementara. Apa saja yang boleh dibanggakan pun.Banyak mana kemewahan kesenangan pangkat dan harta yang kita boleh bawa.Walaupun ada rahsia besar yang mencemar maruah aku simpan tentang penghantar mesej tu tapi untuk apa semua itu. Biarkan ia menjadi rahisa. Menghina, mengumpat, mengata saudara sesama Islam ibaratnya memakan daging saudara sendiri. Fikrikan lah bersama-sama.
Kalau pun benda tu berbalik pada diri aku (aku terima alhamdulillah - Itu ujian ALLAH membuktikan ALLAH memang sayang pada aku) tapi bukanlah dalam bentuk perkataan yang cela, celi, menghina dari manusia yang cuba mempertontonkan kecetakan akal fikirannya.
Kalau pun aku mungkin pernah buat silap suatu ketika dulu ujiannya ALLAH yang tentukan, musibahnya juga datang dari ALLAH kan. Dan aku terima dengan redha hati. Amin.
Dah tak payah komen apa-apa lagi dalam entry ni ok. Aku pun tak minta simpati tapi seharusnya kita saling ingat mengingati.
* Tuan Punya Blog *
Post a Comment