Thursday, September 08, 2005

Tak De Mood La

Entah macam tak de mood aje aku nak menulis hari ni. Malam tadi sambil bermalas-malas atas katil aku dok baca anjung seri. Teringat pada Ayu..kamu le ayu siapa lagi aku tak ghamei kawan nama Ayu dalam dunia ni . Teringat bestnya dulu-dulu time lepas penat2 buat study group aku nak lurus-luruskan badan ada orang yang rajin tolong urutkan..pastu aku ngan ayu ni suka aje nak mengkruk krap kan tulang belakang kitaorang. Caranya meniarap pastu suruh kawan kita tu tekan kat bahagian tulang belakang then tolak ke atas dengan kuat. Bunyiknya kruk krap tulang tu berletup dan kita akan rasa feh lega giler. Kalau yang tak biasa buat sure rasa sakit tapi bagi yang dah biasa cam aku ni rasa ketagih lagi ada. Hmmm dah kawin ni tak de siapa le nak urutkan dan nak krup krap kan tulang belakang aku ni. Dah pernah suruh hunny buat cenggitu hampeh tak jadi pun. Dia kena memang orang yang teroro dan mahir aje boleh boleh bunyik cenggitu.


Ini semua penangan adik yang dok sibuk cerita pasal mesin urut kaki yang ayah dia beli. Hmm kat umah melaka ada jugak mesin urut badan tu. Aku kalau dah dok tersandar kat kerusi urut tu alamat tak bangun lah jawabnya. Memang sedap sebab fungsinya banyak, urut kepala, urut tengkuk, urut tulang belakang urut peha. Mode dia plak ada yang jenis tumbuk, karate dan vibration. Pastu kalau dah berurut dalam setengah jam gerenti nak tido pastu tak boleh bangun sebab rasa sakit-sakit badan.

Malam tadi rasa boring yang teramat so aku pun bukak TV2. Tak tahu le Akak Chomb tahu ke tak malam tadi ada The Patriots kat TV2 yang dibintangi oleh lelaki idaman hang kak Chomb siapa lagi kalau bukan Mel Gibson. Kak Chomb ni pun satu aku sampai la ni teringat kata-kata dia pasal jantan (read as jejaka hebat) ni kat dalam Brave Heart. Ada ka hang suka time dia lompat pastu nampak pungkok dia..dah le mamat tu tak pakai sepentot….heehh sabar aje lah aku. Hang kata begitu kan kak chomb kalau tak silap aku la…kalau silap hang jangan marah no. Aku tau hang memang minat giller kat jantan tu. Iye la one of this world's finest and most attractive actors le katakan. Tapi awat aku tak minat dengan jantan tu aku pun tak tau.


Oh ya sebelum lupa. Happy birthday to Chombie. Aku dengaq hang dah ada boifren la ni. Kalau dah berkenan tu hang tak payah la tunggu lama-lama no hang tu memilih sikit. Kalau dah suka tu on aje cepat-cepat umoq kita ni sume bukannya masih muda.Bak kata orang dah senja dah pun..hehh senja ka…henanya bunyik ayat aku tu. Hena tu bahasa pini. Udah le tu tak semena-mena kome sume glamer kat blog aku hari ni. Sat gi cakap lebih-lebih pasal boifren pasai umoq nanti jadik isu sensetip la pulak kan. Adalah pulak nanti Ina takmo jualkan maruku aku tu. Hehh hehhh heehhh jangan marah Ina.


Udah tak de mood pun aku tulis panjang berjela jugak kalau ada mood mahu jadi buku cerita. Tengok The Patriot sampai pukul 1.00.am. Bila nak tido adik man plak le mengamok tak tantu hal. Kejap2 terjaga pastu nangis. Tidur balik jaga lagi nangis. Adalah dalam 7-8 kali aku terjaga sebab anak aku nangis. Dah le tido lambat…pastu asyik terjaga plak sampai kepala jadi pening last-last pagi tadi terjaga dah 6.45am. Uishh ni pun ada rasa pening-pening lagi ni.

No comments: