**Gambar Ehsan dari fotopages Ina. Akunyer lom download lagi**
Sat lagi nak kena mengajar so ada setengah jam untuk aku update cerita weekend yang havoc, penat, enjoy seronok sakan dan yang paling best hari ahad aku dapat tidur sampai pukul 10.00 pagi. Ceritanya bermula sejak hari Jumaat. Lunch time aku tak tunggu 12.15 aku chow (sorry elin next time kita ke MV ok) pergi Chow Kit. Huaahhh jualan hari raya dah bermula kat sana. Main agenda aku nak tukar jam kat suria sebab masa beli tu tak check rupanya jam tu dah retak. Then nak pegi pasar beli sayur barang basah, buah-buahan untuk buka puasa hari sabtu.Sampai terus dapat parking tapi aku terus gi jualan hari raya. Tudung murah-murah, brooch. Aku memang nak kena ambik half day purposely untuk membeli belah tudung brooch dan perkara yang sewaktu dengannya. Raya nak dekat ni Tahun-tahun sebelum ni memang tak pernah pun nak teroka sampai ke chow kit tapi sejak masuk rumah memang ulang alik ke sana sebab nak beli barang perhiasan kat suria itu yang bila sempat explore ke sana ke mari. Hmm lebih syok gi chow kit compared to Jln TAR sebab tak jam dan parking senang dapat.
Aku kat bilik training tengah rehat sebekum sambung kelas seterusnya. Dapat lah beli barang barang basah yang aku rancangkan. Sabtu tu tak kerja jadi aku habiskan masa kemas rumah dan tidur letih beb, Usihh kena kemas gak kalau tak nanti naya aje…heeh..sebelah petang dalam jam 3.00 aku kuo gi econsave tinggalkan anak dengan hunny. Membeli belah lagi barang yang kurang. Balik tu terus menyinsing lengan bertarung sendirian di dapur. T Seronok sakan sebab masak kat dapur dengan KC baru.Thank you darling sebab budak berdua tu memang tak turun langsung sejak aku keluar. Beli barang sampai le aku habis masak.
Dekat 6.30 baru siap masak. Masa tu rombongan pertama sampai ialah Pini, Pian dan 3 anak depa dengan Yusmi dan Addie dengan ahli keluarga masing-masing (2 anak). Thank you to yusmi and Addie yang datang jauh tu dari Penag dan singgah umah aku.Tapi sian kat depa pasai datang jauh-jauh pastu kena tolong buat air plak. Pastu ayu dengan anak-anak dara pinggitan bertiga tu dengan adik sepupunya. Patu shima and pakcik dengan 3 anak depa yang dah besar. Jelles betul untung depa kawin awal. Dan yang terakhir sekali bujang berdua yang sesat dan sempat tawaf highway 4 kali kot sebelum jumpa umah aku.
Buka was blast..happy dah lama tak jumpa sembang sakan, siap sempat main bunga api pastu tengok telatah anak-anak masing-masing. Hehh anak shima memang lasak..dah jatuh dari whale kepala dan benjol pastu panjat lagi tak serik. Deena as usual…kena control cun. Overall memang seronok sangat dan insyaALLAH kalau sempat plus rajin plus mendapat bantua ina, ayu chombie ngan norm raya nanti boleh la aku buat open house. Malam berlalu dengan kepulangan 3 dara pinggitan menaiki Aveo biru yang baru bersama dua bujang idaman. Hmm dengonya mereka menyamseng dengan the tarek kat kajang.Huarghh memang lah jeles..mau aje aku mengikutnya. Tapi bila mengenangkan statusku ini yang sudah bertukar bawak--bawak bertenang aje lah kan. Nak buat macam mana kan.Uishh rindu zaman-zaman nyamseng the tarik supper…mana nak dapek lagi sekarang. Kalau nak kuo malam harus balik awal itu beg tangan berdua mana mahu letak.
So malam tu aku siap-siap kemas basuh pinggan mangku semua selesai 12.30 malam. Lepas tu aku terus tutup mata sampai hunny kejut sahur aku tak sedar. Hmmm rugi le tak bangun sahur lauk sedap-sedap plak tu. Sebenarnya aku dah makan ½ roti john yang shima bawak masa tengah ulang alik kemas cuci pinggan tu. Tu yang rasa kenyang dan mata memang definitely kelat untuk dibuka. After subuh aku sambung tidur dan sedar2 bila aku dikejutkan oleh anak dara dan bujangku yang dah siap mandi dan bersih. Tengok jam masyaALLAH 10.30 pagi. Tu dia..tak sedar bila masa depa bangun. Aku turn…wahh dah siap mandi kolam rupanya…muaahh sayang hunny. Awak ni memang rajin lah yang bertuah saya dalam saat2 kepenatan ni ada orang membantu emmang sgt2 saya hargai.
So begitulah ceritanya majlis berbuka puasa kat umah aku. Dan ahad tu aku menghabiskan masa mengemas pinggan mangkuk. Pastu tidur lagi..banyaknye aku tidur ahad tu sampai huny ajak pergi SCP pun aku tak larat. Dok umah tidur ngan bobot. Sedar2 deena cite dia pergi Couth Citi pazza dengan addy naik motor. Aku haram tak sedo bila depa kuo..dan bila depa balik…sabar aje la…
Pada yang datang buka puasa tempohari time kasih…kalau tak de jemputan kot tersesat ke kajang singgah aje umah aku tu.
Penaja makanan malam tu
Satay – Pini and Pian
Ayam percik and roti john – Shima and Kordi
Murtabak – Yusmi/Addie and Kamil (2 jenis ni)
Ayam masak merah world – ayu
Ikan sembilang sambal susah2 aje –chombie
Sup ayam power – Ina
Udang sambal petai yummy –norma
Buah tembikai dan kuih tepung pelita – Cik Li
Cousin ayu – air gas
Tuan rumah taja nasi, ikan, bakar sambal goring yang hampir licin malam tu gak, sayur campur dan tahu jepun dan jugak air blackcurrent
Conclusion: memang happening umah aku macam nak terbalik dek jerit pikuk anak-anak kami. Sib baik stok mainan banyak so tak de le bebudak tu boring dan sib baik ada penjaga kanak-kanak yang bertauliah kak chomb yang rajin melayan keletah anak-anak ni. Harus hang kawin ceoat kak chomb
No comments:
Post a Comment