Wednesday, October 26, 2005

Cerita basi dan shopping lagi

Ni nak upadate cerita yang hampir basi. Lupa nak cerita yang last Friday masa Nuzul Quran En. Madi's wife pass away. Al-fatihah dan takziah diucapkan pada En. madi seekluarga. En. Madi ni lah orang yang dok interview aku masa nak dapat scholar kat company ni. Dia jugaklah yang meluluskan kenaikan pangkat kami kat sini. Petang tu we had meeting with perjawatan. I was a little bit late sebab maklum le hari Jumaat terkocoh-kocoh shopping but I managed to get there before 3.00. Sampai kat sana Sal dengan En. M dah sampai tapi opis tu nampak mcm pelik. Semua orang dok berkumpul dengan sorang lagi tgh on line. Aku ke meeting room aikk mana orang-orang yang nak meeting ni. Sebagai orang yang prihatin aku tanyalah jugak apahal tu…so dapatlah berita tentang kematian arwah. Memang kelam kabut perjawatan haritu. So mula-mulah dengar mcm-mcm versi mcm mana arwah meninggal.



Esoknya we had another meeting with bahagain gaji. After that meeting dengan menaiki unser boss dengan Z dengan FBI semua…8 orang kami gi melawat umah Cik Madi. Sedihlah tengok dia menangis. Aku un menangis bila cik Madi menagis. Kesain pada anak-anak dia yang masih kecik. From there dari apa yang En. Madi sendiri cerita barulah kami dapat tahu puncanya. Alhamdulillah wife dia pergi memang d alam keadaan yang sudah lengkap dan bersedia. Arwah dah berwuduk dalam telekung nak solat Zohor then terdengar bunyi benda jatuh dengan kuat. Bila jenguk nampak anak yang kecik dah kena hempap dengan TV 29’. (rumah tengah renovate so TV kletak atas coffee tablekat family area atas). From there arwah cuba nak angkat TV dan terus collape. Acvcording fron En. M withd ia memang ada masalah jantung dan memang meninggal sebab terkejyt dan jantung problem bukan terkena kejutan elektrik seperti yang orang dok sebabr2kan. Tak dapat bayangkan mcm mana nak handle anak-anak tanpa isteri. Yang paling sedih anak yang kecik (dekat 2 tahun) tu asyik panggil mama dan tak nak kat orang lain kecuali neng dia sebab masih menyusu badan. Sedih betul.



Ok shopping raya almost 80% done. Wah ada lagi saki baki lagi 20% untuk kuih raya . Malam tadi I went to kajang town. I love kajang very much sebab dekat dengan umah tapi jam boleh giller dibuatnya. So malam tadi belikan ayah dan abah baju melayu sorang sehelai. Pak Imam berdua tu tak pakai baju sepasang. Selalunya ayah kalau pagi raya memang pakai jubah sebab terus ke masjid dan sembahynag. Cuma abah kalau raya pakai baju melayu johor mungkin trend orang Jawa. Ahahh lah dua-dua ayah dan abah adalah imam di Qariah / masjid masing-masing. Then lepas dapat baju depa aku apa lagi masuk parkson…aku merayau kat metro. Tengah cuti-cuti puasa ni meamng syok gi shopping. Masuk RS grab 3 helai baju untuk deena. Asyik-asyik baju diorang aje. So far yang aku banyak beli memang baju diorang bertiga sampsi budget baju raya aku pun dapat kat depa semua. Tak boleh jadi mcm ni.Maka berakhirlah lagi satu episod 2 hari sebelum balik raya….yahoo..mood raya memang belum ada tapi mood nak balik kampung u sebenarnya.



Dalam tak de mood nak raya duit raya yang dah siap masuk pek RM700 itu pun masih belum cukup memandangkan tahun ni kouta duit 50 dan bertambah lagi 4 orang. Hmm tahun ni kategori duit raya aku RM100, RM50, RM30, RM20, RM5, RM2 dan RM1. Hehh Is gelar aku OKD…bukan OKB…D tu stand for Dekut (perkataan ringkas untuk kedekut)….hmmm dekut ke Is..tengok le hari raya mesti duit raya yang aku nak prepare dekat-dekat 1K. setiap tahun mcm ni….itulah bila kita ramai saudara-mara ramai pulak anak saudara rapat-rapat pulak dengan sepupu, lepas tu ada pulak bapa saudara yang dah uzur dan dah tergolong dalam kategori warga emas, memanglah kena masuk senarai diorang tu semua. Tak pe mudah-mudahan murah lagi rezeki aku lepas ni. Lagipun kecik-kecik dulu depa jugak yang banyak tabur duit kat aku ni.



Ok aku nak pergi meeting. Minggu ni memang straight all the way dari Isnin sampai Sabtu ada meeting. Bila ntah nak buat kerja kalau mcm ni. Adios. Oklah in case kalau aku tak sempat update blog lepas ni, so dikesempatan ini aku sekeluarga mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir batin buat korang semua. Norizan kau raya melaka kan..calling2 aku dan jemput datang rumah mak aku. Tipot kau balik kundang calling2 aku jugak. Plan raya aku masih belum final lagi ni…tahu aje lah cik abang aku tu kalau buat decision memang tak pernah firm. So sabtu ni tengoklah dia drive balik ke mana dahulu. Kalau dia drive balik Muo maknanya this year kami raya Melaka. Kalau balik Melaka dulu , maknanya raya Muo la. Kalau raya Melaka aku ada 4 hari free untuk raya sakan kat umah kawan-kawan kat Muar,. Boleh gi umah June, umah leen ngan umah tipot. Nanti bila aku samapi Bandar Muo aku calling-calling korang sebab BIL aku nye umah kat Bandar Muar…huarhghhh tetiba aje rindu kat Sains Muar.

2 comments:

Anonymous said...

Innalillahi wainnailaihi raajiun. Mcm mana nak sampaikan salam takziah pada En Madi yeak? I still remember clearly ruper dia, masa dia gi visit college, masa interview scholarship, masa interview lepas degree.

I wonder if the first batch of YTN ada alumni... mcm best je blh je kawan2 lama.

Semoga selamat sampai ke destinasi dgn selamat. Jgn bawak lebih dari had laju yg sepatutnyer... yea...

Anonymous said...

salam...first batch YTN mesti super senior la ni...anyway salam perkenalan..boleh email direct pada En. Madi but I think dia masih bercuti lagi sampai raya

madim@tnb.com.my

*Tuan Punya Blog*