Friday, October 28, 2005

Hadiah untuk diri sendiri *wink* - sah jadi raya

Harini memang lah aku tersenyum lebar sampai ke telinga. Kira mcm hadiah untuk diri sendiri aje lah. Kalau nak harap hunny bab-bab mcm ni dia kureng lah sikit tapi tak tahu lah sebab aku tak pernah cuba pujuk dia suruh belikan aku barang kemas. Harini memang tak de dalam plan pun tapi aku dah berjaya menghabiskan duit tanpa perancangan. Tu lah sebabnya aku kata aku memang tak suka pergi kedai emas sebab kalau aku dah suka kat satu benda tu sesedap rasa aje aku grab. Aku pergi jalan TAR tujuan aku satu aje, nak belikan deena gelang kaki, nak betulkan gelang tangan deena, pastu nak tukar cangkuk gelang kaki aku dan betulkan gelang loceng aku. Lain-lain perkara memang tak termasuk dalam agenda hari ini.


Hint yang pertama aku dah hot-hot dalam kereta, jalan jam pastu tak dapat parking terpaksa tawaf ikut jalan gereja dan masa habis dekat 1 jam dalam kereta. Kalau sebab tak janji dengan deena mungkin aku dah balik ke opis semula. Tapi aku dah janji dengan anak dara tu so kata mesti dikota walaupun dengan budak-budak. (mama deena nak pakai cantik macam mama tu sambil tunjuk-tunjuk gelang dan rantai aku). Kecik-kecik lagi dah pandai nak melawa anak dara ru. Kalau pilih baju pun mesti nak pakai baju cantik aje lah. Parking kereta kat parking seberang SSF 1 jam 4.00 then terus aku gi kedai emas yang terletak seberang jalan. Memang kat situlah tempat aku membeli barang sejak azali. Sejak dari anak dara, bertunang, berkawin dan sampai hari ni. Aku memang loyal customer. Sebabnya kedai tu kita memang boleh nego dan tokeynya memang baik sangat. Special price sokmo.


Sampai sana kena tunggu another 20 minutes. That mamat yang aku selalu deal tengah dok layan regular customernya yang lain. Tak pe tunggu dengan sabar. Mula-mula pass aje rantai pintal yang aku memang dah lama tak pakai. Daripada simpan so aku fikir tolak ajelah belikan barang untuk deena. Aku pun bawak cash RM500 aje mana tahu kot kena top up ke nanti. Pastu nak bagi gelang untuk betul mulalah amoi tu jerk sikit. ‘Tukarla kak old fashion ni’. Dia pun keluarkan gelang rantai kapal yang gedabak. Aku tengok 64 grm. Harga emas sekarang RM63/g. Peh memang cun aku memang dah berkenan sanagt dah tu. Letak tepi dulu buat mcm tak nampak. Settlekan gelang tangan deena (instead of betul aku belikan dia gelang baru) pastu ambik gelang kaki untuk anak dara tu.


Kuokan gelang loceng aku tu ingat nak betul aje sebab loceng tu dah tercabut sebiji. ‘Tukar lah kak’.Amoi tu kata lagi..huarghh memang dah suka lah gelang beso tu tapi dalam masa yang sama memang sayang sgt gelang lama tu dgn gelang loceng (gelang lama tu beli dengan duit first gaji, gelang loceng tu beli dengan duit yang mak bagi sebagai hadiah kawin). So aku ambik gelang aku yang lama tu, gelang loceng, gelang deena dan rantai pintal. Tolak pada dia semua. So dia culcalate semua sekali 4000 – hmm actual value lagi tinggi tapi deduc 20%.. Dah malas nak fikir lagi aku ambik aje gelang beso tu. Pastu dok fikir hmm tak sesuai bawak gi opis, so aku ambik lagi satu gelang loceng (aku memang suka gelang loceng-loceng ni). Jumlah 4 barang tu semua RM6k. Total dengan harga barang aku 4000, so aku bayar another 2000 tapi pakai CC la... Hmm sekelip mata padahal memang tak de masuk dalam plan langsung. Ok lepas ni aku haramkan kaki aku untuk gi kedai emas selama setahun kecuali kalau hunny bermurah hati read as termakan pujuk rayuan palsu aku…heehh hehhh hehhh. Itupun sekirtanya berjaya mencucuk jarum. Balik opis dengan wajah berseri-seri dengan satu kepuasan di dalam hati. Penat aku kerja ni lah kredit dan budget untuk diri sendiri sempena hari raya ini. Harap-harap suatu hari nanti dapat credit yang lebih besar dari hunny pulak.


Tokey yang baik hati bagi aku air laichee sekotak (mcm tahu aje kita tak puasa) dan juga duit RM8 untuk bayar parking. Thank you tokey sebab dia tengok aku dok tunggu punyalah sabar. Hmm pastu terus balik opis, ingat nak pi Mydin beli kunci untuk pagar belakang tapi tak sempat. So malam ni kenalah heret hunny ke mydin kat kajang. Hmm sakan raya tahun ni. Kata aje mood raya tak de tapi lepas beli barang kemas tadi terus mood raya datang berkobar-kobar. OKD harini hilang pertimbangan sikit dalam berbelanja. Jadi raya ni aku dah terover budget sebanyak RM2K. Bulan depan sakit sikitlah nak bayar CC. Tapi tak pe berita gembira bulan 12 tu dah boleh cover 2K tu nanti kan. Banyak rezeki bulan 12 dan bulan 1 nanti. Amin

1 comment:

Anonymous said...

mmg sah raya sakan akak...

selamat hari raya to aka, hunny akak, deena and iman...

maaf zahir batin..........

-kaezrin-