Saturday, October 08, 2005

Mimpi Dia Lagi

Last night he was in my dream again. It’s look weird because I was not thinking or talking about him recently. Ntah apasal aku mimpi pasal dia lagi. Tak tahu kat mana kami masa tu but definitely ramai orang even my family were around too. I just thought about him in the dream yang dah lamanya tak jumpa, then he also thought the same way. Then out of sudden I saw him and just give him a smile. Kami jalan seiring tapi tidak bercakap. Lepas tu dia pas pada aku 3 benda. Duit bernilai RM25, kad jemputan kahwin (lagi sekali?) dan juga sepucuk surat. Aku masukkan semua benda dalam handbag then proceed ke dalam bas. Lepas tu aku buka sampul jemputan kahwin dan tak pasti dia nak berkahwin dengan siapa Tak nampak namanya. Hmm dia jemput aku masa dia nak kawin pelik (dalam mimpi tu aku teringat jugak. Kalau tak silap mak pernah cerita yang dia dah kawin dan ada seorang anak perempuan sebaya dengan Deena). Real life aku rasa memang dia tak de intention untuk jemput aku kalau dia kawin and aku hantar kad kawin masa aku nak kawin dan dia memang tak muncul pada majlis aku dulu (mungkin tak tergamak nak melihat aku bersanding). Then aku hanya perhatikan sahaja sepucuk surat putih yang diberikan kepada aku. Tak sempat nak baca pun surat tu tiba-tiba alarm kat HP aku berbunyi untuk mengejutkan aku bangun sahur. Aku terjaga dalam keadaan mimpi yang masih segar diingatan. Dalam hati aku mcm tertanya-tanya kenapalah aku tak baca surat yang dia bagi tadi kan. I still can picture him walaupun almost 10 years berjumpa. He is still the same yang aku jumpa dalam mimpi dengan dia waktu kami dating-dating dulu., atau waktu dia nak hantar aku naik bas untuk balik UUM – maintain handsome foreveri. Mungkin sekarang dia dah berubah agaknya sebab dia dah kawin. This is base from my true story. Kekadang memang benda2 mcm ni akan berlaku dalam hidup sesiapa pun. Pasti akan berlaku mungkin sebab kita rasa ikatan kita dengan orang yang kita mimpi tu memang teguh.



Benda yang sama berlaku jugak pada salah seorang kawan aku. Kawan masa kat sekolah Sri Tanjung sebelum aku masuk Sains Muar. Kawan aku Aisyah sejak lepas form 3 dia memang dah tak lalu depan jalan umah aku (sebab aku dah pindah sekolah dan dia pun tak ada geng kat area tu), dan juga jalan yang sama untuk ke rumah ex boyfren dia. Recently (masa dia jumpa aku tu la) dia kata banyak kali dia mimpi mamat tu suruh datang lalu depan rumah kami. So kebetulan masa tu memang dia nak pergi rumah kakak dia, then instead guna jalan biasa dia guna jalan depan rumah aku. Stop jumpa aku dan tanya pasal boifren dia. “Zira aku selalu mimpi mamat tu, dia selalu suruh aku datang tengok dia’. Aku diam saja time dia cerita. Bila dia dah reda baru aku sampaikan yang ex boy dia tu dah meninggal dunia. Dia memang terkejut dan menitiskan air mata. Ok Abg M..kat mana pun Abg M berada saya(read as Zira) dokan abang selamat dan sihat sejahtera bersama keluarga abang. Wah serious tulis camni pun aku rasa sedih beb.Hopefully tak ada apa-apa yang tak elok berlaku pada dia.


Aku mimpi tentang dia bukan sekali bukan dua, malah banyak kali, adakalanya sampai menitiskan airmata kat dalam mimpi tu., ada kala tu aikk bangun tidur sedar2 mata berair. Tu yang aku pelik sangat dengan diri aku ni., bukan sebab aku memikirkan tentang dia (kami sudah ada haluan masing-masing), bercerita tentang dia (dengan siapa aku nak bercerita- I never told hunny about him) terdetik tentang dia(tak pernah lagi terdetik sebab tahu berdosa), tapi dia sendiri yang nak hadir dalam mimpi aku. But masa cintan cintun dulu memang lah relation tu very strong. Feeling communication tu boleh sampai to each other melalui angin.Tu yang bila teringat kami call serentak last2 both side engage. The day yang dia accident aku demam tetiba. Another accident dengan darah-daranh dan luka-luka terus datang kat rumah aku. I feel like dying masa tengok dia dengan darah2 datang cari kita( bertuah betul mamat tu). Tahulah kita kerja kat klinik time tu (after SPM) Kalau aku gi Bandar, then I had a feeling that he was around (kami tak janji nak jumpa) then tengok-tengok memang betul dia ada. Benda-benda yang nampak bodoh cenggitulah. Bodoh ke..huwahhh I’m so sad coz aku yang mintak putus malam raya ketiga di rumah aku. Kesian Abg M sedih dan nangis bila aku cakap cenggitu. Zalim jugak aku ni…hhee but I have a very strong reason kenapa kami kena berhenti setakat disitu. Walaupun kita tak bercintan cintun lagi but kitakan dah janji kita akan tetap jadi kawan sampai bila-bilakan. Tak ingat ke?

3 comments:

Anonymous said...

wei
abg M yg cute tu dah kawen ke lom? Aku dah lupa le naper ko clash ngan dia. tapi dia mmg cute kan! :D

Anonymous said...

Kawin oredi maa..anak dia baya deena kalau tak silap.

Aku putus ngan dia..ada le sebabnya..nanti sesenang aku citer le..bukan senang nak ingat2 balik kisah silam..lagi2 kalau ingat sedih dan sayu..huarghh (tetiba aku teringat suasana tempat kami selalu makan kalu pi dating)

Anonymous said...

zirap....
ko nih menambahkan mood sedey aku arinih laaaaaaa :(