Friday, October 21, 2005

Persiapan Raya

Sakit tekak masih tak ok lagi. Ubat sakit tekak yang depsenseri bagi tu aku tak makan pun tapi ubat batuknya aku dah telan almost setengah botol. Batuk camtu gak. Deena pun batuk, hunny also batuk, cakap suara pun tak keluar. Ilman pun sama. Mungkin sebab keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Semalam meeting kat G denagn perjawatan and division. Start 8.30 and meeting selesai jam 11.45. Wah baru tahu langit tingg rendah. Since that was my first meeting with BPO perjawatan and Divisions, aku jadi pemerhati dari jauh. Habis meeting terus gi opis perjawatan sebab ada big issue tentang Org yang nak ke perbetulkan. Sebelum tu sempat pas borang cuti pada boss. Heehh aku half day. Mission banyak yang masih tak complete.



First mission first. Since Bank Rakyat dah call haritu so semalam aku gi RHB keluarkan duit dari ASB (ciput balik ASB aku), pastu gi bank rakyat plak then bank in the money. Prosesnya memang senang bukan mcm yang aku selalu buat. Kali ni ambik nombor bagi IC siap-siap. Tunggu nombor dipanggil pass the money then dah itu aje. Dapat resit simpan sebagai bukti takut that saham tak approve (nanti daia kan pulangkan semula duit).. From there I went to KL. Aku berbelah bagi samada nak gi KL dulu atau nak pi PJ dulu. Finally aku drove to KL dalam keadaan hujan renyai-renyai. Oh ya sebelum at about 8.15 Z got smsm from Rozy. Dia yang informed tentang kematioan Datin Sri Endon Mahmod. Al-fatihah. Aku memang rasa terkejut sanagt. Cuaca semalam pun memang mendung seakan bersedih dengan pemergiana Allahyaharmah. So aku gi KL. Do my first round shopping. My retailes theraphy actually. My tudung, baju hunny, baju raya Deena and also baju raya Ilman. Terasa mcm dah lama nya tak shopping banyak2 mcm ni. Itu pun rasa tak cukup masa.



Balik kerja I did my second round shopping at SCP. Dapat lagi baju deena and Ilman. Baju aku aje yang tak ada. Then malamnya kami gi ambik duit sewa rumah and we did our third round shopping kat The mines but kali ni memang nasib baik sebab tak beli apa-apa.. Macam pelik aje bunyiknye kan. Sebenarnya I reserve that manoey untuk membeli belah kat PJ pulak. Satgi kang main beli ada yang terlebih budget payah. Lagipun dah janji kena sederhana aje semuanya kan.



Persediaan raya tahun ni selain dari tak berapa bersemangat tapi membeli belah jugak lah sikit-sikit. Yang lain-lain masih belum buat lagi. Rasanya lagu raya pun tak sanggup lagi nak dengar ni. Duit belum tukar, sampul duit dalam dok pening-pening fikir mana nak dapat ni….sebab bukan sikit at least aku kena ada 60 keping sampul. Itu kebiasaaan untuk sepupu sepapat dan anak-anak saudara. Tak masuk saudara mara yang dah jauh2 sikit. Biasanya aku memang spare dalam 100 angpau dengan 2.00 kat dalamnya. Alah RM2 baru berapakan RM200. Yang angpau special mcm mak we, mak, ayah, MIL, FIL tu aku bagi lain. Pastu angpau untuk adik2 aku yang berdua masih sekolah tu pun lain. Anak saudara yang 3 tu pun lain. Uishh banyak kategori bila raya ni. Selalu kontek lela bila nak angpau tapi nak kontek lela sekarang dia dah bukan kat KL. Dia dah dok RHB kat Bangi. (Hampeh aku ni contact Lela setahun sekali bila nak dekat hari raya aje sebab nak sampul duit..heehh ) Jangan marah yek Lel..So dalam dok pening tadi mulut ni terajin plak nak tanya mat dispatch kat opis ni. Memang target mengena. So sampul dah settle.Kuih oh kuih aduh kuih raya tak beli lagi..semalam memang banyak dah kuih raya yang dijual. Tapi biasalah aku ni suka beli last minut. Beli masa dah nak dekat2 balik kampung nanti la.. Lagipun cuti ni balik kundang dulu so buah tangan yang nak bawa tu kena lah tak muat tangan…baru le kelas gitu.heeh heehh



Selamat hari raya maaf zahir batin buat semua sahabat dan rakan-rakan diluar sana. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Mana yang termakan terminum tu harap halalkan.Raya nanti kalau sudi jemputlah datang ke rumah agar persahabatan anatar kita semua menjadi bertambah erat.



Al-Fatihah juga untuk Marina. Marina salah seorang kawan baik Is, jhott, Iz, Azneal and geng2 UK telah meninggal dunia semalam selepas pengsan di opis jam 3 pretang. Sebabnya memang tak diketahui tapi she was two months preganant. Takziah pada husband anak dan family dia. Aku sempat kenal marina dan melawat semasa beliau melahirkan anak pertama 4 tahun lepas then berjumpa bebrapa kali semasa raya and gathering. Terkejut juga mendapat berita dari Is semalam.

No comments: