Wahhh cuti panjang itu pun masih rasa malasnye nak balik KL. Kalau ikutkan pada mood kerja memang lah sifar lagi ni tapi aku heretkan juga kakiku ini melangkah gagah ke opis. Petang semalam saja aje buat-buat lambat kemas barang. At last pukul 6.25 baru bertolak dari Melaka dan selamat sampai ke rumah kajang pada pukul 8.00. Hmm rindu gak tinggalkan rumah seminggu. Biarpun rumahnya tak seberapa pastu bersepah plak tu heeh hehhh (tak pe bibik ada boleh tolong kemas) tapi rumahku tetap rumahku jua. Balik-balik check umah depan belakang, rumput dah naik panjang. Hmm kat belakang pun dah naik rumput padahal sebelum balik raya tu dah cabut bagi terang. Ni yang buat aku lagi nak cepatkan projek simen belakang dan pasang tiles kat depan ni. Pokok rose dalam pasu kelayuan, daunnya pulak habis rosak kena makan kumbang. Memang durjana kumbang dua ekor tu dan seekor dah selamat aku bunuh malam tadi jugak. Biarkan kumbang sekor lagi tu cari awek/balak lain. Habis pokok rose aku dikerjakan.
Pagi raya memakai baju merah..4 beranak sedondon ceria. tahun ni tema rayakan merah. Dr Su sekeluarga plak berbaju biru. Abang Jali sekeluarga plak berbaju pink. Tapi aku suka betul kaler baju abang jali dan kak faridah sekeluraga. Hmm mungkin boleh ubah citarasa sikit beli baju2 yang kaler soft cenggitu. Raya tahun ni belum habis tapi aku punya plan dah menjangkau sampai raya tahun depan. Ni semua gara-gara selepas menonton Casa Impian raya baru ni. Sabar aje la.
Raya cam biasa tahun ni aku ubah sikit tradisi depa. Lepas subuh tu aku dah terus siap2 pakai baju raya pakai tudung sampai depa tanya”akak nak beraya ke mana ni?” heehh dah terbiasa kalau kat melaka pepagi sebelum sembahyang dah jalan umah makwe. Makngah makcik. Kat Muo tengahari pun depa dok rileks lagi. Pagi dah siapkan Ilman dan Deena lepas addy balik sembahyang kami tak jalan mana pun tapi belah petang beraya ke hospital. Bila semua orang dah berkumpul umah nenek jadi meriah. Kereta kat depan rumah nenek ada banyak..bila semua balik kereta kat depan umah ada lebih dari 10 bijik memang meriah..hmm kereta terkini Toyota Estima Abang Halim..Mama perhati aje dengan keazaman yang tinggi kalau ada rezeki kami pun nak jugakkkkkk kan addy kan kan kan. Kalau raya kat muo umah yang kami pergi adalah dalam 5-6 bijik aje. Rumah Bik Sam, Bik Sayati, umah kak senah. Rumah Abg Jaman Tapi raya tahun ni bik sam masuk hospital jadi kami 4 kereta melawat bik sam kat Hospital Muo pastu terus beraya umah abang Jali. Itu sahaja cerita hari raya kat Muo.
Raya kedua balik Melaka. Lekas-lekas packing sebab ingat nak bertolak pukul 10.00 tapi hunny mcm aku gak bila nak balik dari umah dia mulalah liat sana-sini. Lambat-lambatkan masa ada aje benda-benda yang nak dibuatnya. Akhirnmya 11.45 bertolak balik. Mungkin dia lupa kot haritu Jumaat. Sampai Melaka ngam2 pukul 1.00. Baru leh terkocoh-kocoh nak pi sembahyang Jumaat. Sampai2 tu terus menyingsing lengan tolong mak masak-masak untuk gathering kelurga malam nanti. Tapi sebelum tu addy balik sembahyang kami jalan raya dulu umah mak we, umah mak ngah dengan umah makcik
Keseluruhan raya sangat seronok walaupun sederhana sahaja. Anak-anak dapat duit raya mama yang gumbira dah selamat pun dimasukkan ke dalam tabung haji mereka berdua. Alhamdulillah mudah-mudahan yang memberi akan lebih dimurahkan rezeki.. Dan time cuti tu lah jugak mak suruh kemas almari dalam bilik aku tu sebab takut ada anai-anai. Bila dah kemas berhabuk2 tu tau ajelah. Manalah aku yang asma ni boleh tahan. Akhirnya kena attack tak semena2 dan masa tu pulak inhaler memang dah habis sungguh. Rasa memang dah nak collapse sangat time tu. Pecut ke klinik nasib baik le 5km aje…pam dulu dan ambik ubat itu pun masih tak reda lagi sampai hari ni. Balik dari klinik tengok katil dan almari dah siap alih. Raya sakan sampai lah Isnin malam selasa walaupun keadaan kesihatan yang tak berapa ok. Ubat yang doc bagi tu memang bagus tapi kalau makan memang nak tidur sepanjang masa. Hmm imagine masa jalan raya Isnin malam seleasa siap boleh tidur lagi 10 minit kat umah sedara tu sebab tak tahan sangat kesan ubat tu.
Apa-apa pun selamat hari raya maaf zahir batin. Raya sebulan, kuih raya pulak bawak balik berkotak jugak. Tempat kuih raya masa kat umah balakong dah MIA ni masih tak sempat2 nak pegi beli. Weekend ni pulak ada lagi rumah adik beradik ayah yang kami akan pergi dan dalam mas ayang sama menunggu kehadiran saudara mara ke rumah aku dan juga kawan2.
sebelum raya sempat buat tart nenas, lidah buaya, coklat cake dan juga menggoreng kerepek pisang setandan. Fehh kematu duduk lelama goreng kepek tu tau tak . Pisang ambik kat kebun sendiri. Untung gak beli tanah tu hasil memang sentiasa ada. Tuannye yang dulu tu memang rajin menanam. Kalau setakat pucuk ubi tu memang le pok de ke makwe ke pakcik ke mak ngah ke semua ambik dari kebun tu. Pokok pisang, mangga, durian, rambutan, jering, petai langsat dan adalah beberapa batang pokok lain termasuk pokok nangka, cempedak dan kelapa dan terbaru yang mak tolong tanamkan pokok pulasan.. Kalau musim buah tu alhamdulillah puas rasanya. Kat muo buat pulak cornflake madu..bila dah ada anak-anak ni kemeriahan raya tu memang lah jauh bezanya

No comments:
Post a Comment