Friday, December 23, 2005

Sebenarnya...

Hari ni dari pagi sampai petang aku takde kat opis. 9.00 pagi ada sesi taklimat tender oleh geng perolehan sampai lunch. Hari ni Jumaat tak tahu lagi nak bershopping kemana. Semalam dah selamat bershopping di SOGO sempat le membeli belah baju budak berdua tu sampai terlupa nak beli barang sendiri. SOGO sales biasalah boleh tahan

Harini rehat ingat nak pi MV beli swimming cap dengan goggle.Kelas swimming aku akan start fist week of Januari. Hehh ok lah lagi pun nak touch up balik skill yang dah berlapuk tu. Dulu-dulu zaman bujang duduk kondo tetiap malam kami gi swimming. Aku, Is, Ina, Linda syok gak. Sekarang dah kawin ni manalah sempat nak pi swimming. Swimming dengan peluh kat rumah aje lah. Nak swimming kat tasik kat umah tu airnyer pun mcm air teh susu. Tu yang aku dok proposed kat pemaju buat kompleks sukan siap sekali swimming pool kat taman tu. Hehh besar hajat kami penduduk kat taman tu. Semua sokong cadangan aku tu.

Kelas renang tu nanti aku, ayu dengan Rozi. Hehh kaum ibu dari taman aku tu lah memang aktif2 belaka depa ni. Kelas renang le kelas jahitan le kelas langsir la. Haritu ramai gak nak join tapi memandangkan ramai yang belum pindah lagi so depa hold dulu. Tapi kami bertiga dah confirm. Tak sabar nak kecebur balik dalam kolam renang. Salah satu hidden agenda nyer…apalagi nak bagi le fit dan fix balik mana-mana yang dah terkeluar dari angle. Itu motif sebenarnya.

Petang ni ada meeting pukul 3.00 sure meeting drag sampai balik. Pastu yahoo aku nak balik kampung. Rasa mcm lama sangat dah tak balik ke kampung. Padahal mak ngan ayah baru aje datang sini weekend baru ni.

Tapi hari ni aku nak tulis yang aku ni tension tahap gaban sebenarnya. Aku pun tak tahu apasal aku nak baran dan hot2 tak tentu pasal. Aku suspect pembawakan orang pregnant telah menempias kepada aku. Apa yang aku tulis kat atas tu hanyalah sekadar nak mengaburi apa yang aku rasa tika dan saat ini. Kalau aku diberi peluang nak aje aku baring ditepi pantai sambil melihat langit dan bintang2 bertaburan dialuni suara ombak yang menghempas pantai. Memang aku rindukan suasana aman damai dan ketenangan seperti itu. Rasa macam nak lari jauah2 dari dunia ini.

1 comment:

Anonymous said...

Bila baca balik baru le aku tahu...ayat mabuk orang yang nak bejot...hee heehh

hmmm I miss kartina...

*tuan punya blog*