Monday, December 05, 2005

Weekend bersama Halim Othman

Belakang rumah yang nak disimen

Bahagian depan yang nak dipasang tiles


Jumaat malam lepas Isyak aku gi rumah Adnan sebab dia ketua majlis silaturahim dan muhibbah taman kami. Lagipun mak dengan abah dia volunteer masakkan untuk majlis esok. Sampai sana aku tolong kupas kentang. Yang dah ada Kak Suri sorang dan mak Adnan serta kaum kerabat dia. Lepas tu Kak Wan plak muncul. Habis kupas kentang tak de kerja lagi. Nak goreng ayam orang lelaki dah rebut kerja tu. Then nak siang daging kaum lelaki gak dah conquer. Last-last Kak Suri ajak jalan raya umah kak Salwa yang kebetulan malam tu memang dia buat open house pun. So kami ke sana makan-makan sambil berkenalan. First time aku berjumpa mereka. Basically penduduk kat Taman aku ni memang very friedly dan peramah. Seronok juga bila dah kenal ramai orang ni.



Weekend semua yang dirancang tak menjadi. Bibik tak datang tapi aku tak call pun sebab bukannya urgent pun. So aku bermalas ngan anak-anak di rumah sementara menanti hunny balik kerja. Pagi tu aku masak nasi lemak so sempatlah hunny bawak bekal nasi lemak gi opis. Since harini ada makan-makan kat taman jadi aku pun tak masak untuk lunch.



Hunny balik kerja kami bersiap-siap selepas Zohor dan ke majlis silaturahim. Ada kejutan masa kami tengah makan-makan. First announcement Datuk Jamal salah seorang penghuni taman sutera kata dia bawa Halim Othman. Aku cam iskhh betul ke ni. Bila mamat tu pegang mic aku masih tak percaya. Dalam hati berdetik memang sebijik macam HO. Pastu bila dia dah start bercakap memang sah mamat tu HO. HO kata dia kena kidnap dgn Datuk Jamal. Hehh keseluruhan majlis memang meriah dan tak sangka banyak lagi muka-muka kat Taman yang aku belum sempat berkenalan. Yang paling tak sangka teammate volleyball masa kat UUM pun beli rumah kat situ jugak tapi dia phase B. Dia pun terkejut tengok aku. Uishh tambah lagi kroni UUM kat Taman Sutera. Tapi yang tak best aku tak menang pun cabutan bertuah pada hari itu.



Habis makan kami meneruskan perjalanan bershopping tiles. Hahh baru leh dapat shopping sakan lagi plak hunny ada boleh le aku mintak idea dan pendapat tentang tiles pilihan aku nanti. 3 kedai kami pergi dan kedai terakhir di jalan Reko. Actually aku dah lama aim tiles ni yang ada corak-corak siput, ikan dan hidupan laut. Ada dua jenis sama ada bentuk daun daun dan siput2 last-last aku pilih tiles yanga da corak siput. Beli tiles 500 keping dan memang ngam2 duit 1K.
Petang tu kami balik umah mamat indon berdua tu dah start meratakan simen kat umah tu. Tengah buat kerja pasir pulak tak cukup jadi terhenti disitu ajelah projek ratakan simen. Esoknya aku beli lagi pasir satu lori besar siap sekali untuk simenkan kat belakang rumah tu nanti. Harap2 by hujung minggu ni siaplah simen dan pasang tiles kat umah tu. Selagi tak siap semak aje mata aku memandang.

No comments: