Saturday, January 14, 2006

Kisah Gajah Deena

Gajah berkaki empat ( gelek gelek)

Hidung gajah panjang (gelek gelek)

Gading bercabang dua



Kalau adik ingin tahu

Apa makanan gajah

La la la la la la la la la

(Gajah makan tebu)



Ini lagu baru yang deena belajar kat sekolah dan aku memang berulang-ulang kali suruh dia nyanyikan lagu tersebut sebab part gading bercabang dua tu asalnya dia nyanyi macam ni. “Tapi berjalan jua”. Puas aku perah otak fikir apalah word akhir lagu tu. Dan beberapa hari lepas masa aku ambik deena kat taska aku tanya penjaga dia pasal lirik tu. Hmm sekarang baru betul dan sekarang dia nyanyi pun dah betul cuma part apa makanan gajah tu aje dia masih sedikit pelat. Makanan = makan aan


Tak apa nanti lama-lama wording dia akan makin jelas dan terang. Dari segi komunikasi deena ni kira boleh bertutur dalam ayat lengkap dan panjang. Macam mana cara aku bercakap itu yang reflex pada dia. Sampaikan Lailahaillah muhammd ya Rasullulah pun dia dapat sebut dengan betul. Subhanallah pun dia dapat sebut dengan habis. Aku masih berhati-hati mengeluarkan perkataan yang korang sopan specially bila kami berdua aje dalam kereta. Ini untuk kes2 kalau aku bengang dengan pemandu2 bangang macam pagi tadi. Uish selalu gakk terlepas cakap tapi lepas tu aku lekas2 cakap perkataan lain.


Kadang-kadang keletah Deena buat aku tersenyum sendiri. Hmm mungkin deena budak bijak. Hobinya menyanyi mencipta lagu baru macam malam tadi sambil kami melepak tengok TV deena nyanyi. “daddy, I love you uh uh uh”. Lepas tu aku tanya siapa ajar deena lagu tu. Spontan dia kata kakak ;ah ajar. Kakak dia bahasakan diri dia. So aku tanya lagu mama tak de ke. Dia jawab tak de pun. Hmm ok lah aku kata kalau deena nyanyi lagu tu kena duduk depan addy nyanyi betul2. But she refused to go so dia remains meleser sebelah aku. Selalunya bila aku marah2 kat hunny deena akan kata. Mama tak sayang addy ke? Sabar aje lah…heeh heehh


Antara deena dengan Ilman deena lebih suka meleser dan bermanja dengan aku berbanding adik man yang lamost 24 hour bertekek/bercabang dengan addynya. Deena kalau minum susu nak baring atas pangku,. Nak tidur atas perut paling tidak pun mesti nak tarik bantal sebelah aku dan kakinya mesti nak sentuh mama. For me deena masih budak kecil lagi dia memang perlukan perhatian macam kanak-kanak kecil yang sebaya dengannya. Bila kak Zie kata “aik kakak dah ada adik pun nak tidur atas pangku mama”. Hmm aku tak agreed macam tu. For me as long as dia masih kecik dah ada adik atau belum dia memang wajib aku manjakan seperti sekarang. So memang le kami tido peluk2 berdua…dan adik man as usual bila tido bantalya perut addy yang boroi sikit tu heehh hehh.Muahhh sayang deena dan Ilman dan juga addy.

No comments: