Tuesday, January 17, 2006

Pelajaran 1 - Disiplin

Dalam entry sebelum ni aku ada mentioned pasal KOHAWA (bukan KOHEWA) Koperasi Wanita so maklumat berkaitan KOOP berkenaan korang boleh rujuk Puan Anita. transkl69@yahoo.com atau TEL/SMS 012-3962186 Nasihat aku sebelum korang melabur cuba dapatkan sebanyak maklumat yang mungkin. Since KOOP ni baru jadi prestasinya aku tak tahu (5 Okt 2005). To play save aku rasa kalau nak invest, invest dalam portion yang sedikit dahulu RM1K ok kot. Tengok bonus dan dividen untuk tahun pertama. Kalau ok then boleh tambah lagi jumlah pelaburan. Cerita tentang KOOP ni kebanyakan syarikat besar dan berdaftar selalunya memang ada KOOP mereka sendiri. So korang boleh check kat tempat kerja masing2 kewujudan KOOP korang. KOOP company aku dividen 7% ke atas without fail. But this year tak tahu lagi berapa sebab belum sign form.

Ceh cewah sejak bila le pulak aku jadi penasihat kewangan korang ni kan…tak pe terasa nak share plak ilmu yang cikai dan tak seberapa ni dengan korang. Aku ni tak tahu juga ilmu pasal duit ni tapi ntah semacam dapat ilham plak benda-benda ni semua sejak aku mula-mula masuk kerja dulu. Ramai jugak geng bujang yang baca blog aku ni. Anyway untuk korang yang gaji sama level ngan aku tu may be korang boleh start saving 500-1000/month. Kalau nak enjoy sampai bila kita nak enjoy kan. Tapi kalau kita tak mula dari sekarang nanti makin lambat pulak kita nak capai kebebasan kewangan kita.. Frankly speak kalau ikut pada gaji berapa banyaklah sangat yang aku dapat simpan setiap bulan. Semua simpanan aku buat secara potongan gaji. So tak boleh nak mengelat. Tabung haji (aku dan anak-anak), insurans (melalui biro angkasa) dan KOOP. Potongan gaji memang kita tak akan terasa tapi tahu2 aje duit kita dah banyak dalam simpanan. Itu yang best bila setiap kali penyata datang

Untuk dapatkan kebebasan kewangan kita kena ada modal yang besar. Like our case at least kita kena ada 100K cash flow dalam simpanan barulah boleh dapat passive income around 15K-20K/year. Kami masih belum lagi dapat capai kebebasan kewangan kerana perbelanjaan kami sebulan adalah sebanyak RM2K. Jadi kami kena simpan sampai passive income kami mencecah RM24K/year barulah boleh tersenyum sikit. So long way to go…and it will never stop
Beberapa perkara yang boleh dipraktikkan.Jangan biarkan hutang lapuk yang terlalu lama dalam credit card masing-masing. Aku berbelanja mcam korang jugak. Biasalah aku orang perempuan keinginan nafsu aku sama mcm wanita-wanita lain. Baru-baru ni masa dapat bonus aku beli set perabot yang harganya hampir RM5K. Aku guna kredit kad tapi seminggu lepas tu aku bayar penuh. Kalau boleh gunakan kredit kad untuk dapatkan point. Dan berbelanja ikut budget dan kemampuan. Important note : kalau nak berbelanja jangan count berapa simpanan yang kita ada. Simpanan yang sedia ada tu kita kena tutup mata kecuali kes2 kecemasan dan sebagainya. Moral of the story semuanya bermula dengan Disiplin. Jangan banyak duit simpanan makin galak pulak kita berbelanja (wrong concept).
miss concept yang kita selalu praktik : penat-penat aje aku bekerja sekali sekala apa salahnya berbelanja. Memang tak salah tapi setiap kali masuk shopping complex mesti nak berbelanja itu yang salah. Aku pun hadiahkan diri aku sendiri dengan seutas gelang yang mahal harganya. Kena appriciate jugak diri sendiri. Beli sesuatu yang boleh memberi nilai pulangan.

Every year dapat bonus. Kalau tak ada apa-apa keperluan korang simpanlah semua bonus yang ada. But this year aku ada keperluan sebab baru pindah rumah jadi aku gunakan 50% bonus aku untuk beli perabot dan mencantikkan rumah aku lagi 50% aku simpan dan tgh Q untuk Bank Rakyat. Sebenarnya mencantikkan rumah pun satu pelaburan. Kalau keluar duit sebab nak upgrade rumah adalah satu pelaburan jangka panjang sebab dalam masa yang sama boleh meningkatkan nilai harga rumah kita. Ooo aku belanjakan juga simpanan aku untuk upgrade rumah. Basically sejak masuk rumah aku dah berbelanja lebih dari 30K. Jadi pandai-pandai menguruskan wang anda. Yang penting put first thing first.Dan t perlu buat semuanya secara serentak.

Scenerio kecemasan yang aku maksudkan kat sini.Awal tahun 2005 saving aku hampir menjangkau jumlah simpanan hubby konon2 by end of 2005 kami memang nak berlawan simpanan. Tapi nampaknya keperluan mebuatkan aku terpaksa let go 80% saving aku sebab sebidang tanah. Jadi aku beli tanah tu secara cash kerana valuenya tinggi. Dan balik kg baru ni ada yang sanggup nak beli tanah tu dengan harga 80K wah sekelip mata dah untung 30%. Oppss nanti dulu sebab aku masih mencari-cari projek yang sesuai untuk tanah sekangkang kera tu. Ada idea boleh kongsi dengan aku. Kalau boleh aku nak projek yang modalnya tak sampai 10K tapi boleh bagi pulangan dalam masa 3 bulan. To pinky, eton dan kawan2 yang dah bergelar usahawan tahniah lah buat korang, cuba praktik kan petua aku mcm mana nak manage duit ni..lepas ni kawan2 aku sure pakai Merc pulak. bravo korang..aku memang support anak2 melayu yang bergelar usahawan macam korang.

No comments: