Selamat tahun baru 2006. Hari ni hari ketiga tahun baru dan harini juga aku menulis blog di tahun baru dan dari cubicalku yang baru. Suasana kat opis ni aman damai tenang senyap dan sunyi. Agak jauh beza dengan projek lama yang lebih hangat dan meriah. Kebanyakan tempat masih sunyi dan sepi tanpa penghuni. Mungkin masing-masing sibuk menguruskan kemasukan anak-anak ke sekolah.
Aku pun sama pagi tadi pukul 6.00pagi kami 4 beranak dah terjaga. Malam semalam aku dah siap-siapkan baju Deena dan Ilman di dalam beg masing-masing. Masukkan towel, susu, diapers baju, mandian dan losyen. Dan pagi ni dua-dua dah nak masuk ke taska semula. Mula-mula kami hantar si bujang kecik ke sekolah baru. Register dan bayar yuran bulanan sebanyak RM265. Ilman pun nampak macam terpinga-pinga jugak sebab tengok orang lain yang dukung dia. Masa nak kiss good bye dia hulur tangan nak ikut aku. Alamak sayunya hati tengok bujang aku tu tapi takde lah sampai mengalirkan airmata. Sedih tengok muka Ilman yang nak ikut mama. Dan addy terpaksa lari keluar cepat-cepat menyorokkan diri takut Ilman nampak dan nak ikut. Alhamdulillah adik man tak menangis dan melambai tangan bila aku kata ‘bye adik Man, mama love you’. Aku risau aje Ilman bila menangis. Kalau merajuk orang lain memang dah tak boleh pujuk. Addy sorang aje yang dia nak. Bermulalah episod hari baru untuk Ilman Abqaary. Harap-harap Ilman boleh adapt dirinya dengan situasi baru di taska barunya.
Pergi ke opis hantar pula Irdeena Maisarah ke taskanya. Dah seronok cuti seminggu cik kak tu. Hmm hari ni Deena masuk rumah baru tapi dia ok sahaja sebab kawan-kawan rumah lama pun ramai huga yang berpindah ke rumah yang sama. Rumah No 5 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Deena belum 3 tahun lagi tapi tak apa mama suka sebab kalau kawan dengan orang yang lebih matang Irdeena akan cepat matang. Lepas hantar deena mama bayar yuran dan pendaftaran tahunan sebanyak RM155. Maka bermulalah lagi episod baru dalam hidup Irdeena Maisarah pula.
Episod hidup mama di tahun baru 2006, selain dari bertukar opis baru, mama juga kena biasakan hidup di tahun baru tanpa bantuan Bibik. Tapi nampak gayanya baru seminggu bibik tak de umah kami dah tunggang terbalik mcm tongkang pecah. Kain baju berlambak atas sofa. Uishhh camner tu. Yang dah berlipat, yang belum berlipat, yang diampaian bulat. Nampaknya kena cari weekend helper untuk tolong settlekan hal2 kain baju ni. Kan dari dulu mama dah kata, bagi lah mama masak ke kemas rumah ke seharian mama lebih rela berbanding nak menguruskan kain baju huargghhh. Itulah bermulanya hari baru mama di tahun baru.
Addy pula tak de pun nak cerita pada mama apa perancangan dia di tahun baru. Yang pasti addy sekarang ni lebih kewl dan lebih memahami berbanding addy yang mama kenal 4 tahun dahulu. Alhamdulillah mungkin sebab anak dah dua, semakin besar dan bijak pulak tu. Addy pun tentu boleh berfikir tugas dan tanggungjawab dia sebagai seorang daddy dan suami serta anak lelaki bukan harapan. Yahuuu part yang bukan harapan tu yang mama paling suka.

1 comment:
me,
Memang idea yang bernas tapi kalau hanger pun baju diorang still nak kena lipat juga bila nak masukkan ke dalam beg sekolah masing-masing.
I know that tempat sangkut baju tu - you mean ampaian beroda tu ke. Heehh semak le rumah ada benda tu sebab benda tu besar dan susah nak disorokkan bila tak diguna. So kalau terbiar kat porch tu nampak mcm semak le pulak bila tetamu bertandang ke ruamh.
What I did I gantung tali tak permenant kat pagar. Bila nak sidai baju I ikat, kalau tak I buka dan simpan. Permenant ampaian I kat pagar belakang rumah.
:)
*Tuan Punya Blog*
Post a Comment