Btw semalam aku cuti so pepagi lagi lepas hantar anak ke sekolah terus ke pekan kajang berurusan di bank. Gi kuo duit then buat bank draft. Gi cuci kete...gi snap gambo umah yang aku nak bid. Jam 12.00 aku terus ke Ampang. Destinasi aku ialah Megan Avenue 11 untuk membida sebuah apartment di Cheras Prima.
Kira ni pengalaman pertama aku masuk bid untuk umah lelong. Berpandukan pada nasihat dan panduan fara (pembida aktif) dengan penuh yakin aku ke tempat yang ditetapkan bersendirian..aku nak cari first hand experience. Sampai sana register dulu sambil orang sebelah jeling2 kot2 kami register untuk bid umah yang sama. Aku dapat number 165 bid untuk lot 7, pastu lepak2 sendirian sambil menunggu jam 2.30. Ada beberapa agent yang datang menegur, nungkin sebab first time tengok aku dan cuba2 dapatkan contact number. And aku maintain as if dah biasa masuk bid ni..heeh heh padahal dalam hati tertanya2 jugak apa nak buat ni..
Tetiba sorang agent Chinese tegur aku. Rupa2nya mamat ni adalah agent yang aku pernah called dulu pasal rumah cheras prima tu. Dan dia pun nak bid rumah yang sama untuk customer dia. Aku pun mulalah rasa tak best sebab ada dua bidder nak beli umah yang sama. Proses membida rumah lelong ni tak susah sebenarnya dan beruntung jika berjaya dapat umah yang tak banyak problem mcm umah yang aku nak bida tu.
Apartment yang aku nak bid tu ditingkat 1 condition rumah ok sebab sejak bagi kunci tak pernah ada orang duduk. Luasnya 750 kaki persegi reserved price RM45927 harga belian masa dulu ialah 78K. Aku memang dah 3-4 kali check umah tu infact dah buat study and research la pasal umah tu pun. Lagi pun 2 pintu tingkat 1 tu dah ada orang sewa RM350/sebulan. Rumah tu sebelah aje ngan Taman Sutera.
Semalam sebelum masuk bid aku kautim dengan cina tu. Dalam nak membida ni kena cerdik jugak. Kalau kita tahu ada agent yang nak bid umah yang sama kita boleh kautim dengan dia. Pertama sebab agent kenakan charge RM1000 kepada orang yang minta dia bidakan rumah lelong tu dengan syarat 100% rumah itu akan jadi milik kita. Tu lah sebabnya aku nak pergi bid sendiri. Tak pasal2 nak bagi RM1000 kat diorang padahal senang aje benda yang nak kena buat. Pastu kalau kita register pada agent yang berdaftar dengan bank yang buat auction dan jika kita menang bid tu maka bank akan bayar agent tu 2% lagi dari harga rumah. Kiri kanan dia sapukan easy money for them.
So cina tu tanya aku you mahu lawan ke? Aku kata mestilah mahu lawan rumah tu value for money. Tapi sebenarnya kalau boleh aku nak beli pada harga reserved tu.Selepas bincang dan kautim, is either aku bayar certain amount pada dia dan aku menang rumah tu tanpa bid atau dia bayar certain amount pada aku dan dia menang. Aku kata ok aku setuju tak angkat tangan dengan syarat dia bayar certain amount kat aku dan dia bersetuju iyelah daripada dua2 rugi ribu2. Sebab kalau aku lawan dia still kena bayar 2000 atau 3000 extra dari harga rumah which is aku rasa kalau dia tanya customer dia may be customer dia tak happy kot sedangkan dia dah janji dengan customer dia 100% confirm dapat reserved price (ni memang standard janji diorang).. Kira rugi ribu2 jugak sebab setiap kali kita lawan harga rumah akan dinaikkan RM1000 sampai le orang yang bid pada harga yang paling tinggi.
Masuk dalam bilik untuk membida. Mula2 dia akan projectkan senarai rumah dan panggil nama pembida bagi setiap rumah. Semalam punya bid hanya rumah yang aku nak tu aje yang ada dua bidder. Selainnya sorang aje so kira diorang tu beruntung sebab terus dapat beli pada harga reserved. Bila turn auction untuk lot 7 harga rumah dibulatkan pada RM46000. Oleh kerana ada dua bidders maka terus naik jadi RM47000 and chinese tu angkat tangan. Pastu tukang auction tu tanya aku nak bid tak...aku kata tak nak sebab aku nak beli pada harga reserved. Jadi mamat tu dapatlah rumah tu pada harga RM47000 (customer tu rugi 1000 kat sini, and rugi 1000 bayar duit kat agent lagi) dan seperti yang dijanjikan aku dapat my compensation as easy as that. Lagi dua minggu ada satu lagi apartment tingkat 1 yang akan dilelong...may be aku nak cuba lagi.
walaupun tak dapat rumah tu aku tak kisah aku bukan nak urgent pun and ada banyak lagi rumah yang kena lelong cuma kita kena berusaha dan rajin sikitlah buat study and research.. At least I've learned something yang sangat berguna. Something yang meningkatkan my financial IQ in auction asset.
Btw kalau korang teringin nak terlibat dalam membeli rumah lelong ni kena ada cukup liquidity dalam akaun masing2. nak bid kena sediakan bank draft 5% atau 10% bergantung kepada bank. Kalau dah menang bid kena apply loan plak kecuali nak beli cash. Selalunya loan rumah hanya 90% aje yang akan diberikan..ni pun ikut bank jugak. Then bayar duit lawyer untuk tukar nama ribu jugak bergantung pada harga rumah. Bila dah dapat rumah kena ada duit untuk baiki rumah bayar tunggakan yang mana bank tak cover dan juga cost2 sampingan yang lain.
Begitulah serba sedikit ilmu membida rumah lelong..aku pun baru belajarkan itu aje lah yang aku dapat kongsikan dengan korang.
9 comments:
wah..info yg sgt berguna neh.. bagus la kau ni zira. anyway tq for sharing with us :-)
bagusnya info ni.. rajin lah KS pi bid rumah ek..
cina tu bagi hang berapa? RM250 kah? free-free jer hang dapat duit. aku pun teringin nak feel camno auction cuma tak sempat. Nak gi auction jugak rumah yg aku familiar locationnya and senang nak dpt penyewa jer. Sebab kalo nak jual terus mahu kene tax 35%. But aku dgr first rumah jual ada tax exempted.
ada juga rasa macam nak cuba tapi tak tau bagaimana.. bagus juga tip KS ni hehe
ed,
berguna untuk orang2 yang berminat heehh heeh..
kak zar,
saya budak baru belajar..
En. Dzirhan,
RM250 sikit sgt tu..ngan agent ni kalau nak ketuk kena ketuk RM500 ke atas baru le berbaloi..kalau kau nak join jom laa next auction aku inform kau..masuk saja2 pun boleh.
Uncle,
DBKL pun banyak jugak kan umah lelong..tak susah lah uncle..untuk permulaan better start dengan umah yang harga below 50K dulu...
Salam ziarah...wah tak sangka dapat info yang berguna disini pasal bida membida. very informative entry..thanks for sharing it here.
zira,
wahh aku syok tul baca entry yg melibatkan financial ni.
oh mcm tu ya nak membid ni.aku slalu tertanya2 gak napa la ada org yg bergiat dlm dunia bida membida ni.rupanya bnyk untungnya.
bagus la ko nih.kagum aku
azwa,
sharing is caring...benda yang baik tak salah dikongsi bersama..
yaya,
kagum apanya haah haah umah pun lom dapat beli lagi..tapi yang penting usaha tu kan...heehh heeh
salam,akak, umah my FIL nak di lelong, around 50k sumthing kalau x silap, area pandan, umah tu ada org sewa, n mmg sentiasa ada org nak sewa, tgkt 2, umah dah agak lama but still ok, as for now org tu sewa around 450...
Post a Comment