Monday, November 24, 2008

Azazil live on TV

It was scary when you know that was real Azazil yang telah merasuk seorang wanita. Azazil adalah iblis pertama yang dicampak keluar dari syurga dan dijanjikan ALLAH neraka kerana keengganannya untuk tunduk kepada Nabi Adam Alaisalam. Iblis ini telah meludah perut nabi Adam hingga meninggalkan bekas sehingga hari ini..iaitu pusat kita. Jadi jangan le sesuka hati nak dedah2kan pusat sebab setiap kali iblis nampak dia akan tersenyum riang melihat hasil kerjanya. Azazil Dicampakkan oleh ALLAH ke dunia ini dan dipercayai telah jatuh di Viginia USA seperti yang diceritakan oleh Ustaz Tengku Fouzi semasa kami di Jabal Rahmah. Sedangkan Siti Hawa pulak dikatakan diturunkan dibumi Sri Lanka dan bertemu Nabi Adam Alaisalam di Jabal Rahmah setelah beratus tahun terpisah.

Kalau korang berkesempatan menonton expose mistik weekend baru ni....korang tentu faham apa yang aku ceritakan. Aku terpampan bila Azazil bersuara. Jahat sekali perwatakannya tegas untuk dia menukarkan agama wanita yang dirasuknya supaya menjadi Kristian..Sambil dengan selamba Azazil menghina ALLAH..melagukan subhanallah, bertahmid dan bertasbih dengan suara yang sangat mendayu-dayu sangat merdu jahattt. Iskhh geram betul aku waktu ni sumpah seranah aku kepada iblis tu sakit hati tau tengok kelakuan iblis ni. Dengan nada tak puas hati dia berkata..kau orang-orang Islam sangat beruntung kerana ALLAH janjikan syurga..cuba kau letakkan diri kau ditempat aku...tentu kau sedih bila kau tahu neraka adalah tempatmu. Jadi aku mahu mencari ramai lagi pengikut-pengikutku supaya kami sama-sama dapat menyejukkan api neraka...” suaranya memang sangat tegas dan masih terngiang-ngiang ditelinga aku.

Sepanjang rancangan tu aku memang tak berganjak langsung dan memang fokus sangat pada butir bicara Iblis dengan Ustaz yang melakukan rawatan iaitu Ayah Su.

”Aku tak akan lepaskan wanita ini. Aku tetap akan kristiankan dia. Kau cubalah lepaskan wanita ini dengan kepandaian ilmumu. Aku berkawan dengan bomoh dari sabah yang beragama kristian. Bomoh itulah yang telah menghantar aku kepada wanita ini. Aku mahu dia masuk kristian kerana dalam agama kristian tidak ada neraka. Semua orang boleh masuk syurga”. Adegan cabar mencabar antara Iblis dan ustaz berterusan. Azazil memperlekehkan agama Islam. Kalau korang berkesempatan tengoklah..aku rasa mungkin akan ada ulangan lagi.

Ya ALLAH kau lindungilah aku, ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku, sahabat2ku, serta semua umat Islam didunia ini baik yang hidup mahupun yang telah mati dari gangguan iblis yang jahat ini...amin. Syukur alhamdulillah kerana kita hari ni masih seorang muslim...tapi janganlah kita hanya menjadi umat Islam pada adat dan keturunan sahaja. Wajib untuk menuntut ilmu..

Kebetulan lepas kelas haritu aku berbincang dengan ustazah tentang orang kita yang suka sangat merujuk kepada bomoh. Sakit sikit bomoh anak demam sikit bomoh..Dalam kes expose mistik ni..wanita yang dirasuk ni memang jenis yang suka berubat dengan bomoh sejak bujang lagi. Hal itu telah diaibkan sendiri oleh si Iblis dalam rancangan tu...nauzubillah...tentu tercengang2 suami dia yang ada kat situ. Kesian pun ada.

Apa-apa pun berpesan-pesanlah sesama kita...janganlah meminta pertolongan selain dari ALLAH. Jumpa bomoh tu hukumnya syirik...dan syirik itu adalah dosa yang terbesar diantara dosa2 besar dan dilaknati ALLAH. Nauzubillah
till then

4 comments:

Zareda Norman said...

KS

sometimes kata kata iblis ni tak boleh dipercayai.. dia nak pesongkan akidah kita

Wallahulam

rudy bluehikari said...

simpulnya, kena hati2 kalu berubat dgn pengamal tradisi. better jumpa mereka yang warak dan hanya menggunakan alquran.

Norae said...

zira..

aku tengok gak siri tu.. sampai dua kali ulang tayang aku tengok.. Suara dia betul2 berubah.. insaf rasanya menengok macamana iblis mahu menyesatkan manusia...

Mak Su said...

tak tgk expose mistik yg baru-baru ni, rasa mcm malas plaks, ter-miss tentang ni...tq for sharing.