Haritu masa aku sembang2 ngan sorang mamat yang kebetulan orang Melaka banyaklah perkataan dan bahasa2 Melaka yang kami gunakan. Tapi lepas tu bila aku nak recall semula dah lupa..patut masa aku sembang tu bila keluau aje perkataan melaka harus aku kena tulis.
So untuk segmen hari ini...mari belajar bahasa melaka part 11. Cuba teka makna bagi setiap perkataan-perkataan berikut:
***Dan jawapannya....jeng-jeng jeng...sila check kamus melaka masing2 okay.
1. Kain sal (mcm soalan yaya) - towel/tuala mandi (ramai yang betul :) )
2. piuh - putar/pulas (kak sya betul)
3. lengit - kalah teruk (semua yang teka betul) - lagu lengit yang dinyanyikan kalau satu team tu dah kalah.."ngit ngit tali gasing siapa lengit hisap puting"
4. kebatang - makan terlalu kekenyangan sampai tak boleh bangun.
5. centong - senduk/sudip besar (rudy betul) selalunya centong kita guna untuk kacau dodol atau wajik yang kita masak dengan kuali yang besar.
7. baruh -belah sawah (anon betul, jawapan kak sya boleh diterima) lawan darat
Sebarang bantahan kepada jawapan diatas tiak akan dilayan..keputusan hakim adalah muktamad.
Orang melaka sangat terkenal dengan nama-nama gelaran dikampung lagi-lagi bila ada dua nama yang sama kat kg. Antara nama-nama yang masih terngiang (well known) kat kawasan kampung aku seperti dibawah ni. Ada antara insan2 ini yang telah meninggal dunia tetapi nama mereka tetap diingati.
Seman dodol
chekmat beguang (pronounation untuk perkataan beruang)
Jantan Sajan (sarjan)
Mat pajau (Fajar)
Amin loghot (lurut)
Besah kalok
mahat jawa
Usop Katak
Lampam Jawa
Rahim mobel (mobil)
Tijah dumpam
Tijah Terakai (nama nenenk ni dapat dari kisah belian masa ngaji ayat Alam Tarakai)
Man Tokai
Man cikung
Man cengkul
Dan banyak lagi sebenarnya...ohh uniknya Melaka negeri bersejarah ini...
Teka jangan tak teka
13 comments:
tak sangka plengkes tuh betul huhuhu
cuba tengok orang johor jawab dulu ek
lengit : kalo main2 tu, bile kalah kiter merajuk ar dan diejek "yeay yeay sipolan lengit"
mentedarah : makan ngan pelahap nyer dan banyak sekali
sepen : suar spender ke? hikhikhik
debik : "nak kena debik?" ala2 tumbuk ar lebih kurang
hihihi siap ngan ayat la pulak
orang johor ke...patut le mcm tahu...heeh maklum le hmm negeri sebelah mesti selalu dengau orang melaka cakap ni....hehh heehh
lengit : kalo main2 tu, bile kalah kiter merajuk ar dan diejek "yeay yeay sipolan lengit" - betul
mentedarah : makan ngan pelahap nyer dan banyak sekali - betul
sepen : suar spender ke? hikhikhik -salah
debik : "nak kena debik?" ala2 tumbuk ar lebih kurang - itu debuk
so kira salah lah yek..
hai..salam ziarah..
saye bersuamikan org melaka.
mentedarah ngn debik jer saye tau sbb org kedah pon ada guna pkataan mentedarah=makan dgn lahap skali
kain sal = tuala mandi
baruh = seberang kampung
leh cuba ek.. ha ha ha .
1. Kain sal - towel
2. piuh - pusing cam pusing kepala paip atau piat telinga
3. lengit - kalah teruk
4. kebatang
5. centong - gayung yg digunakan cedok air
6. mentedarah - makan kelahap
7. baruh - berlawanan ngan darat
8. sepen
9. tampin - setau kak sya tempat
10. debik - pukul menggunakan penumbuk
Yg lain tak sure.. nama datok kak sya mat uban sbb dia banyak uban dan ada yg panggil mat tebang sbb dia suka tebang poko
macam2 jawapan...heeh ada yang betul ada yang salah....tunggu..
saya bagi jawapan :)
1. Kain sal- towel mandi...ni nenek saya pun guna sama.
5. centong - sudip
ada word yg hampir serupa jawa. jawa melaka pun ada..
aku pun nak try jawab yg aku tau jer la hiks..
1. Kain sal - towel
6. mentedarah - makan
7. baruh - sawah?
10. debik - pukul atas belakang
zira,
lawak la ko nih..tpi bgus entry ni sbb dia mempromotekan melaka.mana tau satu hari nanti CM melaka bagi ko datuk pulak.haha
aku malu nk teka suma soalan2 hang tu.nanti menjatuhkan imej aku sebagai anak melaka.(sebenonya x reti)
melaka best oii..jom la visit melaka.
ada lagik.
mael lahabau...hehehe....
kami pun ada jugak
Mael Kerbau...hweeh heehh
wahh.. melaka nie kaya gak ngan bahasa dialek yeaa.. bagus nie.. boleh improve dialek melaka lakkk
suka baca posting ni -- belajar bahasa melaka.
yang ganas-ganas banyak lagi tu, tapi tak dimasukkan...(macam lahabau. dan depa bila cakap macam ada lagu/intonasi jugak tu sebenarnya...)
Post a Comment