Thursday, December 04, 2008

Jawapan bahasa melaka - Part 3

Badan dah rasa ok sikit sebab dok kongsi makan ubat yang cik abang dapat kat klinik semalam..so datang jugak lah kerja..walaupun iskhh harini mak stress tahap gaban pasal kerja..tapi senonya stress kat org bukan stress pasal nak kena buat kerja tu...

Kita masuk part 111 mari belajar bahasa melaka...kita tengok siapa yang kena....jom cuba

Ok maka jawapan bagi bahasa Melaka adalah seperti berikut :

1. mengkal - hampir masak (merujuk kepada buah-buahan)
2. komeng - kelapa yang tak menjadi tak de isi/muka kecik tu boleh terima jugak
3. capteh -permainan timbang bulu ayam/bunga kemboja
4. balun -pukul
5. makwe -nenek
6. kapau -bersepah
7. lebang -pemalas
8. potek -putik buah/pucuk muda
9. inci - pewarna
10. antan - alu lesung bahagian untuk menumbuk

Tahniah pada yaya, kak sya dan ayu yang telah meneka dengan betul..

cuba jangan tak cuba...

7 comments:

ya2 said...

aku cuba jawab yg aku tau ek :

1.mengkal - mekar
2. komeng - kelapa yg ringan, xde isi dlm@org yg comot
3. capteh - permainan bulu ayam tu
4. balun - pukul, hambat
5. makwe - nenek (ni aku pon guna)
6. kapau - x tau
7. lebang - x tau
8. potek - ntah
9. inci - inci la
10. antan - lesung batu yg beso -lesung padi tu

betul x?

visit melaka means visit malaysia.

Sya said...

Biar ku cuba ha ha ha

1. mengkal - keras, buah yg dah masak mengkal, buah yg dah cukup tua utk dipetik sebab lepas mengkal dia jadi masak dan seterusnya lembik

2. komeng - cam kelapa komen, kecik aje.. so orang yg muka nya kecik aje orang kata budak ni muka dia komen aje.. atau dpt gelaran mat komen sebab kepalanya kecik

3. capteh - pemain bulu ayam dengan menggunakan bunga kemboja yg diikat ngan getah

4. balun - pukul atau kalau bab makan.. tak peduli orang dah aku balun secukup2nya

5. makwe - org tua/nenek

6. kapau - bersepah.. "bilik kau berkapau" atau boleh jugak dijadikan cam "terkapar" .. lepas makan tu aku terkapau sebab kenyang sangat

7. lebang - tak sure
8. potek - putik atau daun muda pokok

9. inci - esen pewarna.. kalau sirap kita guna inci merah, kalau nak warna oren kita guna inci oren

10. antan - alu kepada lesung yg besau yg digunakan utk menumbuk padi

Kopi Suam said...

wah-wah memang hebat betul le orang melaka berdua ni.....

iskh iskh tiada rahisa lagi...tunggu nanti saya bagi jawapannya

AyunasiA said...

capteh = ya2 nyer jawapan
inci = kaksya nyer jawapan

lelain tak tau...

cikdinz said...

aduh, berpoluh nak jawab...

Kopi Suam said...

heehh tu la....melaka yang tercinta sangat unik....

harus aku dapat anugerah datuk sebab promote melaka camni...heehh heehh

hayad said...

balun tu perak guna jugak. sm makna :)