Cuti raya qurban memang sokmo di Muo la kan...sempatlah aku bertandang ke umah mak leen di parit samsu sempena majlis perkahwinan diana...the rest lepak2 makan2 ternak body..iskhh kalau balik kampung memang fail untuk berdiet...semua yang MIL masak datangkan sedap aje aku menelannya walaupun hanyalah nasi goreng jawa style ada beza dengan melayu style... Boleh dikatakan hari2 makan daging qurban...orang jawa kan masakan dia berbeza ngan orang melayu...tapi kalau yang masaknya tu orang tua simple mcm mana pun tetap sodappp.
pagi raya tu MIL masak kerutub..aku rasa masakan paling senang...tapi belum kutip resepi lagi dari MIL..mana2 resepi yang aku tak tahu masak aku jadi tukang makan aje termasuklah serunding jawa yang berbeza sgt2 dengan serunding melayu..and also sambal goreng jawa...mana ada pakai cili boh/cili kering yang mcm orang melayu buat.
Selasa berangkut balik melaka...pagi2 tu MIL dah rebus tulang masak sup..dapat le cik abang merasa sikit....sup tulang jawa main campak2 aje mcm masak sup ayam...memang lain le dari sup tulang istimewa mak yang ada rempah biji istimiewa satu2 mak tumbuk...and rasanya pehhh terangkat yummmy...
kami sampai melaka rupanya mak pun masak sup tulang jugak..aku apa lagi yessza...hirup memang tak hengat time ni otak tak berfungsi untuk ingat pasal diet pun pulun semacam. Hunny bunny pun sama memang kalau makan sup tulang mak masak tak toleh dah kiri dan kanan...nikmat sangat..
Perancangan nak bawak anak2 meronda dan melepak di melaka tercapai jugak...aku ajak mak dan ayah sekali sebab mak ayah pun belum sempat naik benda2 ni semua...nama aje orang melaka kalau sendiri tak try tarikan yang disediakan rugilah kan...kami start with Eye On Melaka..walalupun dah pernah naik Eye on Malaysia di KL tapi anak2 tetap teruja...dah turun siap nak lagi...
harga tiket adalah seperti berikut:
Eye on Melaka - RM10 for warganegara / RM5 kanak2 / RM8 warga emas
Menara Taming Sari - sama mcm EOM
Double Decker Bus - RM5/head pusing keliling bandar melaka
River Cruise - RM5 dewasa/ RM2 kanak2.
Itulah tempat2 yang sempat kami teroka sempena cuti baru2 ni..tapi memang seronok sgt..lagi2 river cruise..next time aku nak naik lagi.
6 comments:
Zira, baca awak describe pasal makanan ni meleleh air liur.. tetiba je....kenapa tah..
kak zira
tak gayat ke naik OEM tu.? saya yg dok melaka pon lom naik lagi..hehe
best aaa .. nanti nak gak lah bawa budak2 ni jenjalan naik cruise.. dia orang kalau balik melaka ngadap YV and komputer je
KS...akak tak pernah lagi naik cruise...cik abang takmo...macam akak kata di tak suka laut atau sungai...heheheh
Seronok baca aktiviti2 KS masa kat Melaka...akak ni Dataran Pahlawan pun tak sampai lagik...hehehe
zira,
gambo ko lambat no nk kuar ler.aku x sabau nk tgk.
melaka mmg best, cuma sayang xde sultan je.
macam2 ada kat melaka tu...zino pun ingat nak ke melaka bercuti walaupun dekat dari kampong hehe
Post a Comment