Kita sudah cukup dewasa untuk buat penilaian baik dan buruk sesuatu perkara. Kita sudah cukup dewasa untuk menentukan yang terbaik untuk diri kita. Seharusnya keputusan yang ingin kita ambil itu mestilah sebuah keputusan yang matang dan mengambil kira semua aspek kehidupan. Kadang-kadang kita tersedar. Dah lama aku ingin lari jauh sangat-sangat dengan rutin yang membengangkan kepala. Tapi lari kemana siapa yang akan lari bersama aku. Apakah yang menanti aku dihujung sana. Persoalan demi persoalan menerpa minda. Kadang-kadang kita berkata, lantaklah apa nak jadi selepas ini janji aku dah keluar dari belenggu ini aku dah tak perlu fikirkan perkara itu lagi. Lepas tu kita terfikir semula banyak sekali benda yang menerpa-nerpa kotak fikiran kita. Mampu kah aku jika aku keluar ke sana sendirian. Adakah ini ketentuan ALLAH atau kita sendiri yang cuba menentukan hala tuju hidup kita.
Aku tak sihat mungkin sebab itu fikiran aku meracau dan merapu.
Nasib baik ada kamu blog...sekurang-kurangnya boleh aku mengadu.
Nasib baik ada kamu blog...sekurang-kurangnya boleh aku mengadu.
1 comment:
zira, so la ni kau kejer mana lak?
Post a Comment