Aku tengok muka abah, muka mak muka kakak berulang-ulang kali. Aku mencari kepastian yang aku tahu jawapannya dan aku sangat pasti . Sanggupkah aku. Aku perhati hutan yang terbentang dihadapan rumah mak. Pasti aku akan rindu suasana kampung yang sangat indah ini. Sanggupkah aku. Dan aku tahu jawapan aku adalah tidak sanggup. Aku tidak sanggup untuk hilang segalanya demi satu perkara. Aku juga mahu itu tapi aku juga tidak mahu hilang ini yang sangat berharga.
Tidak semua benda yang kita inginkan di dalam dunia ini akan kita perolehi. Melepaskan perkara yang terlalu kita inginkan dalam hidup dan yang kita cari selama ini demi mengekalkan sesuatu benda yang memang kita telah sedia perolehi adalah satu pengorbanan yang sangat besar dan indah mungkin atau menyakitkan. Adakah aku yang tidak bersyukur.
Perjalanan hidup aku agak berliku...inilah ujian yang lebih mematangkan diri. Yang penting jangan melenting, jangan mengikut hati dan jangan mengikut nafsu. InsyaALLAH segalanya akan kembali tenang setenang airmata yang menistis dikala kerinduan.

No comments:
Post a Comment