Wednesday, February 11, 2009

Al-Fatihah - En.Jo



Janji ALLAH itu pasti ke atas kematian setiap hambanya. Rasa bagai masih terdengar suara arwah dan terbayang kelibatnya sedang kali terakhir aku melihat beliau adalah Jumaat lepas di opis ni ceria seperti selalu. Al-Fatihah untuk Tn Hj Mohd Johari Maaros. Semoga rohnya bersemadi dengan aman dan dirahmati ALLAH.


Aku tiba rumah tepat jam 11 malam. Perjalanan yang jauh melawat dan memberi penghormatan terakhir buat En. Jo. Anak2 yang waktu itu aku rasa dah tidur terus bingkas bangun menyerbu bila terdengar pintu dibuka. ”Kenapa mama balik lambat, adik ingat mama yang mati”. Si bujang petah bercakap. Ya ALLAH terkedu aku. Puas menerangkan keadaan. ”mama ngan aunty muna tengok kawan opis mama meninggal rumah dia jauh” anak-anak apa yang mereka faham. Pertanyaan demi pertanyaan menerjah tapi nasib baik on the way back tadi aku sempat singgah membeli kerepek2 kegemaraan mereka jadi sembang-sembang tak berlarutan sebab dah sibuk mengadap kerepek.


Naik atas hunny bunny sedang membelek helinya. As usual aku tegur cik abang dengan cara aku by touching him with some pujian. Aku just tengok cik abang dengan perspektif yang berbeza lepas melihat kematian En. Jo. Kematian memang menginsafkan dan menyedarkan kita bahawa hidup ini terlalu singkat untuk kita sia-siakan. Memang kita yang selalu terleka. Sembang-sembang sikit pasal kematian dengan hunny bunny. Aku just nak luahkan walaupun aku tahu hanya aku yang berkata-kata ”kesian yang anak2 dia kecik lagi, kesian wife dia..bla..bla...bla..as usual hunny bunny diam membisu. Aku tahu dia dengar walaupun tanpa sepatah kata. Mandi, solat Isyak and mengaji sikit pastu terus tido. Tak hengat dunia sebab kepenatan.
Kematian memang pasti untuk semua insan termasuk diriku. Maka Berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah sebuah kehidupan yang baru.
Al-fatihah.

3 comments:

MOKCIK AZWA said...

Salam ziarah

Al Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

Selepas kematian dan kehilangan barulah kita sedar betapa kerdilnya diri kita, bila2 masa dan dimana2 saja ajal boleh menjemput kita.

edrina said...

Al-Fatihah. Hmm tak tau lah kan camana nak menghadapi saat2 kehilangan yg tersayang.. semua rohnya dicucuri rahmat.

Zira, aku dah tag kau.. check my blog ok!

Sya said...

Al Fatihah utk En Jo... datangnya mati tanpa mengira umur dan melihat org muda meninggal dunia memang mendatangkan keinsafan yg amat sangat