Tuesday, March 03, 2009

Sihat?

One of my neighbour dimasukkan ke hospital Monday last week because of mild stroke. Jiran belakang rumah but memang selalu bersua muka time-time jogging kat tasik TS tu. Aku pun hanya tahu berita masa kat kelas khamis lepas. So the next day after meeting kat HQ aku singgah sekejap untuk melawat beliau di Hospital Pantai. Masa aku sampai beliau memang dalam keadaan sedar so aku panggillah nama beliau urut2 sikit tangan dia tapi beliau memang tidak manyahut memang beliau tak boleh bercakap sepatah pun, hanya memandang wajah aku tanpa berkelip. Aku doakan semoga kak Habsah kembali sembuh seperti sediakala. Amin. Abah ayu juga dimasukkan ke hospital. Ayu aku doakan abah ko kembali pulih dan sihat sentiasa. Amin.

Dalam usia kita yang muda (muda ke) and masih kuat dan gagah and dalam keadaan kesihatan yang sempurna ini kadang-kdang kita selalu lupa (selalu take thing for granted) dengan nikmat kesihatan yang ALLAH kurniakan. Aku just nak cakap sementara sihat ni sama-samalah kita bersyukur dengan nikmat ALLAH. Korang dah bersyukur ke hari ni sebab bangun pagi masih dalam keadaan yang sihat. Kalau belum sama-samalah kita bersyukur dengan nikmat ALLAH ini. Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH.

Btw my dear fren yang tak pergi bandung ada tak antara korang yang nak ikut my ustazah gi umrah bulan 5 ni. This time special sikit sebab ustazah request untuk stay lama kat madinah. Tarikh if I’m not mistaken 6 May 09 – 18 May 09. Cost dalam RM6K lebih salama 13 hari. Tarikhnya bertembung dengan tarikh bandung kita L. As for now ustazah berlima 2 lelaki (anak murid ustazah jugak) and 3 perempuan. Tanya aku of course lah aku rasa melambai-lambainya hatiku untuk bersama lagi-lagi dengan ustazah yang aku boleh refer terus bila ada kemusykilan. Memang rindu nak ke sana lagi masih jelas terbayang masa kat sana sebab kita rasa seronok sangat. Tapi mungkin bukan rezeki aku tahun ni, lagi pun InsyaALLAH cukup duit nak mohon buat cepat rukun Islam yang akhir, nak selesaikan hutang dengan ALLAH yang wajib tu secepat mungkin. Mana tahu tahun-tahun seterusnya ada rezeki lagi amin.

Okies banyak kerja...till then
btw: korang tahu tak minggu ni minggu dakwah peringkat kebangsaan...selama 8 hari kalau tak silap...jom berdakwah sambil kita ingat mengingati. Dulu2 kalau masa kat kampung kalau orang cakap dakwah is refering to tudung labuh....ala kak ina yang pakai dakwah tu....

3 comments:

Sya said...

Semuga jiran KS cepat sembuh. Mahal jugak skrg pegi umrah ek. Kak sya pegi tahun 2003 bulan Ramadhan bayar 5.5 k... agaknya skrg kalau pegi dlm bulan ramadhan lagik mahal dr 6 k

rudy bluehikari said...

ustazah tu dkt dgn umah akak ke?

Kopi Suam said...

ye lah rudy..satu taman..