Tuesday, April 27, 2010

Al-Fatihah

Paling menggemparkan dan paling memeranjatkan.

Minggu lepas aku memang di dalam keadaan rasa tak selesa dengan jiran lelaki belakang umah aku. Dapur rumah kami memang betul-betul bertentang. Memang since minggu lepas nak cerita pasal dia tup-tup kisah lain pulak yang aku terpaksa dicoretkan di sini.

Aku ingat satu pagi cam biasa aku bangun nak buat breakfast anak-anak..selamba2 dengan baju tido jam 5.30 pagi terhegeh2 sengsorang kat dapur. tup-tup bila aku nak basuh tangan kat sinki baru aku perasan jiran aku ni sedang duduk atas kerusi kat pintu dapur umah dia (which direct terus melihat ke dalam umah aku) masa tu memang berderau darah aku terperanjat sungguh. Dalam hati tedetik apahal la mamat ni..pastu lekas2 aku tutup lampu dapur...iyelah terang2 dia boleh nampak aku. terpaksa le aku menyiapkan breakfast dalam keadaan bergelap. Hajat di hati selepas peristiwa tu nak le jumpa kak sal jiran sebelah umah dia nak bertanyakan pasal hal tersebut tapi sampai harini tak terkeluar nak tanya.

So sejak peristiwa tu bila aku bangun pagi aku tak kan bukak lampu dulu aku mesti tinjau dulu kat tingkap tgk pintu dapur umah mamat ni buka ke tak. Kalau tak buka baru le aku start bukak lampu. Tapi tu lah sekali aje aku nampak jiran aku ni pelik camtu. Aku tak kenal dia memang tak cam pun muka dia..cuma aku perasan bila aku kat dapur adalah kelibat2 dia kekadang dia bukak pintu dapur dia tu...in real aku tak pernah pun jumpa dia.

Semalam tgh breakfast mas jiran sebelah umah aku call."Zira tahu tak abang yang kat belakang umah zira tu dah meninggal" ya ALLAH terperanjat giler aku..arwah baru 42 tahun duduk sendirian..meninggal dunia pada hari rabu tapi mayatnya hanya di discover oleh Apai jiran sebelah umah dia pada Jumaat malam. Tu pun selepas apai terbau busuk..dah 3 hari beliau meninggal.Kesian sungguh kat arwah..aku pun rasa bersalah sebab pernah terdetik fikir dia tak betul sebab pepagi duduk depan pintu dapur.Aku rasa the last day yang aku nampak di pelik tu adalah rabu pagi tu..ya ALLAH

Apa-apa pun al-fatihah semoga arwah ditempatkan bersama orang yang beriman amin

3 comments:

Leney said...

Assalamualaikum, Salam ziarah.
Kesiannya dia, meninggal ketika sorang-sorang. Al-Fatihah. Tapi, rasanya tingkap dapur tu kena letak langsir la kot...mana tahu kot-kot nanti terperasan muka dia ada lagi.

Anonymous said...

ye lah....ntah ntah ko nampak dia tu hari khamis :o

NONIE AZIZ said...

Al-Fatihah...terkejut ada nak tergelak pun ada KS...Rasanya elok jugak ko pasang tinted kat tingkap dapo ko tu...