Monday, April 19, 2010

tarbiah diri sendiri

Jangan bagi aku stress sebab bila aku stress aku tend to over spend. Belanja tak hengat dunia. Tapi bila lepas over spend tu aku rasa ya ALLAH memang realease giller...malah bangun pagi terus lebih bertenaga dari biasa ni kuasa wang namanya...semalam dalam masa satu hari aku sudah spend 3k hmm tapi tak pe lah janji hati aku dah tenang. Duit leh carik dengan kerja keras (diulangi kerja keras tak de orang kaya dengan jalan mudah dan singkat) tapi ketenangan tak boleh dibeli dengan wang ringgit...setuju tak..tapi ingat takde wang ringgit pun hidup tak boleh tenang yek hadik-hadik jadi pepandailah mengurus diri sendirik. peringatan..over spend hanya boleh berlaku jika anda mampu...jangan hikut2 orang ye..akhirnya sendirik yang merana nak membayar hutang. Diulangi hidup jangan banyak dibelenggu hutang nanti mati kesian anak-anak dan kaum keluarga terpaksa menanggung untuk selesaikan.

Peringatan ustaz zahazan pagi tadi jangan nak memandai2 pertikai ketentuan ALLAH, kerana itu menghampiri murtad mcm kita tak percaya ALLAH tu berkuasa maha mengetahui dan maha bijaksana..sesungguhnya ALLAH itu maha bijaksana. ALLAH tahu apa yang terbaik buat hambaNYA...ni tazkirah untuk diri sendiri sebenarnya.

Stress aku semalam mungkin disebabkan kifarah ke atas diriku sendiri. Apa-apa pun alhamdulillah semua itu telah berlalu dan memudahkan urusan hidupku. Cuma aku cukup sedihnya dengan "orang kita" yang mungkin asalnya susah bila sudah diberi kesenangan mudah lupa baru memandu Harier itu pun second hand tahun 2000 sudah terasa diri itu sangat kaya. Lagaknya dialah yang paling kaya lupa yang diherdik adalah manusia yang ada hati dan jiwa. Apa dia tidak takut ke dengan ketentuan ALLAH di hari akhir nanti. Wah sama2 lah kita fikirkan nya...harta dan dunia bukan milik kita...tu semua sementara apa kita tak takut ke at anytime bila ALLAH berkata "kun fayakun" kita mungkin tak punya apa malah seurat benang pun bukan milik kita.

Iya harta yang kita dok kumpul berkoyan-koyan ni bukan milik kita...malah sebahagian besarnya milik orang yang susah itulah sebabnya ada sedekah ada zakat supaya kita dapat agih2kan kepada yang lebih berhak supaya harta kita lebih bersih. Bukan kadang2 tapi memang selalunya bila duit kita banyak menimbun dalam bank/asb/saham/rumah/ memang sangat perit sakit liat untuk kita hulurkan pada yang lebih memerlukan as if kita tak percaya rezeki ALLAH tu...iskhh takut kalau sedekah rezeki tu makin kurang...betul tak...

Kadang-kadang harus juga tarbiah diri sendiri lagi-lagi bila tersedar opppss jauhnya aku dah tersasar.

4 comments:

Angah said...

Part harrier tahun 2000 tu tak boleh tahan hahaha..

Dah banyak sangat tengok contoh2 orang kaya baru ni. Majoritinya camtu la. Untung sikit tukar keter, tukar rumah, tukar bini.. bukannya nak rolling modal balik besarkan bisnes. endup hutang keliling pinggang.

Overspent duit sendiri lepassemua tanggungjawab beres kira takpe la hehehe

Norae said...

Zira..

fuh... bawak2 bersabar, kadang2, dugaan datang dari pelbagai segi.. tapi kena tabahkan hati...

sesekali soping utk diri sendiri, tak salah kan.. kadangkala kita perlu reward diri sendiri, setelah penat bekerja...

p/s.. bila geng kurik kendi nak melancong lagi nihh...

LJ said...

lama tak baca luahan kopi suam ni.Sgtlah betul wht u've just shared. Sedekah,sedekah,sedekah.You can feel the difference.

Kopi Suam said...

ye angah sangat lucu kerana baru drive yang second hand tapi berlagak banget...tu lah sebenarnya orang yang betul2 kaya ni ramai yang humble..cuma yang baru nak kaya ni aje yang mcm lupa daratan sikit.

nora,
korang plan kurik kendi 1 mei ni aku nganga aje lah mendengarnya...

LJ@makcik..
betul ke kau ni pot..lama tak dengar cerita yek..