Ya ALLAH ampunkan lah dosa-dosa hambaMu ini..not sure korang dah tahu atau tak kisah puting beliung di Bazaar ramadhan Jasin Jumaat lepas yang mengorbankan 3 nyawa. Aku rasa sedih dengan peristiwa tersebut berulang-ulang aku tgk videonya sampai aku tak mampu melelapkan mata bila memikirkan ujian ALLAH yang dalam seminit mampu meragut nyawa. Sungguh ALLAH maha kuasa dengan bala tentera angin yang tiada tandingan oleh kepintaran akal fikiran manusia. Sejak itu hati aku sangat tak tenteram lagi Melaka itu adalah negeri ku.Ya ALLAH bulan Ramadhan bulan ALLAH memberi rahmat tapi kenapa ia menjadi bulan musibah kepada mereka..
Aku berdoa sangat pemimpin-pemimpin yang terlibat mengambil ikhtibar di atas kejadian yang ALLAH turunkan sebagai peringatan. Tak pasti mungkin ini ada kaitan dengan sekolah mengandung yang dicadangkan untuk dibina di Jasin. Wallahualam. Ya ALLAH tolonglah, sedih dengan idea sekolah mengandung tu sedang masalah buang bayi maksiat dan zina harus ditangani dari akar umbi dari kebersihan jiwa , nurani dan hati manusia itu sendiri. Samalah mcm tazkirah yang disampaikan di surau malam tadi. Jadi sekali lagi aku nak seru korang semua kawan-kawan aku yang ada anak-anak kecik macam aku sama-samalah kita bentuk anak kita dengana acuan yang betul. jangan dari kecik dah didedahkan dengan dunia sosial/mpdern yang melampau dalam masa yang sama penerapan jiwa rohani kita abaikan. Akhirnya kita mampu melahirkan anak yang cerdik bijak pandai tapi bukan anak yang baik yang taat kepada agama.
Aku berdoa sangat pemimpin-pemimpin yang terlibat mengambil ikhtibar di atas kejadian yang ALLAH turunkan sebagai peringatan. Tak pasti mungkin ini ada kaitan dengan sekolah mengandung yang dicadangkan untuk dibina di Jasin. Wallahualam. Ya ALLAH tolonglah, sedih dengan idea sekolah mengandung tu sedang masalah buang bayi maksiat dan zina harus ditangani dari akar umbi dari kebersihan jiwa , nurani dan hati manusia itu sendiri. Samalah mcm tazkirah yang disampaikan di surau malam tadi. Jadi sekali lagi aku nak seru korang semua kawan-kawan aku yang ada anak-anak kecik macam aku sama-samalah kita bentuk anak kita dengana acuan yang betul. jangan dari kecik dah didedahkan dengan dunia sosial/mpdern yang melampau dalam masa yang sama penerapan jiwa rohani kita abaikan. Akhirnya kita mampu melahirkan anak yang cerdik bijak pandai tapi bukan anak yang baik yang taat kepada agama.
Puas aku mengingatkan anak-anak tentang nilai nyawa manusia yang boleh pergi dalam sesaat dimana jua kita berada. Sempat jugak aku berdoa Ya ALLAH janganlah kau uji kami dan kaum keluarga kami dengan musibah2 yang berat sebegitu. Rupanya ketidak tenteraman hatiku ada asasnya. That's why aku sangat takut bila aku risau sedih dan tidak tenteram (my sixth sense) so far belum pernah salah lagi. Mungkin ALLAH juga ingin memberi peringatan kepada diriku yang dah jauh lalai di bulan puasa ini...
Tatkala aku sedang melelapkan mata selepas mendodoikan yusuf..waktu itu jam 11.30 pagi tiba2 lampu chandelier seberat 20kg putus dan menghempap kakiku. Astafirulah..nyaris menghempap aku kalau anak-anak yang kena nauzubillah tak boleh digambarkan. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang berlaku cuma jari telunjuk dan peha aku aje yang bengkak terkena besi lampu tersebut. Nyaris bahagian yang tajam hujung lampu tidak terkena pada diriku mungkin mustajab doa yang aku pinggitkan pagi tadi.alhamduluillah..syukur sangat.
syukur alhamdulillah tak de yang cedera. Terus aku buang aje lampu yang harga beribu tu kalau mcm ni akhirannya tak heran satu sen pun walau masih elok hanya mentolnya saja yang pecah. Aku tak perlukan pun yang mewah2 ni..Pakai lampu kalimantang pun aku tak kisah. Aku lebih takut kepada musibah ALLAH terhadap diriku walaupun aku tahu selalu sgt tewas dgn nafsu.
Terima kasih ya ALLAH dengan peringatan ini.
10 comments:
alhamdullillah...takde apa apapa buruk berlaku.
.
sekolah mengandung tu.. akan dijdikan sebagai pusat mendidik mereka yang terbabit akhlak etc.
Kawan kata ianya mungkin macam pusat di semenyih ke yng murtad di didik dan disedarkan kembali ajaran dan pendidikan moral etc.
Kita kena bersangka baik. Kerana langkah yang akan di buat adalah untuk menghalang anak anak yg terlanjur dari bertindak bodoh membuang dan membunuh bayi hidup hidup, memandangkan ibu bappa dan masayarakat mencemuh. serta budak jantan penderma benih akan hilang tiba tiba.
Jadinyakita perlu melindungi hal pembunuhan ini dari berterusan.
Zira, saya adakenalan mengambil anak angkat dari pelajar uia bertudung labuh ya. Makanya bila anak dilahirkan kawan saya terus mengambil anak ini serta merta dibela dengan penuh kasih sayang macam anak sendiri.
budak yang terlajak tersebut bukan lah calang 2 budak. Berpendidikan agama yang tinggi dan sebagainya.
Tapi lemah didalamnya apabila dunia maha kuat menggoda.
It can happened to anyone.
My friend seorng hajjah muda umur masa itu 26. Menggugurkan kandungan kerana ianya di luar nikah. Dia bukan jahil ugama setiap tahun umrah etc.
Susah.. tapi langkah pihak berkuasa membuat pusat tersebut kerana anak 2 yg terlanjur ini tiada tempat untuk mengadu dan mereflek apa yang mereka lakukan. Apa yang harus dilakukan. Selalunya anak anak ini keseorangan dan kebanyakan mereka dari anak org yang baik baik ibu bapa ada pegangan ugama. budak jantan memang tiba 2 lesap saja.
kalau surh bersumpah dgn quran pun sibudak jantan akan sumpah menafikan.
jika ada pusat ini, anak anak ini akan dapat hidup dengan cara yang baik didunia. Bukan salah mereka dilahirkan didunia. Ibunya tidak tergerak nak membuang didalam lubang tandas, hidup hidup dan ditongsampah hidup hidup.
Maka si ibu tadi juga diberi peluang menereflek dan menginsafi sert di ingatkan jalan untuk bertaubat. Mesti ada bantuan yang diberikan dari segi moral dan bimbingan agama seperti pusat pemulihan aklak.
Rasanya penubuhan pusat seperti tersebut dapat mendidik mereka dari mengulangi silap yang sama.Dan mendidik merekas erta mengajar mereka erti norma sosial dan agama.
Cuma didalam ini budak lelaki yang buntingkan tu lepas gitu aja. patutnya mereka di masukkan kedalam pusat tahanan akhlak kalau emreka tidak mahu mengambil tanggung jawab dan di penjara kan. sebagai hadiah membuntingkan anak orang..
ya allah zira, nasib ko ok. aku kadang membayangkan kipas siling jatuh masa tgh berpusing. takutnya
zirap: aku rasa kalau Allah nak turunkan tak semestinya di kawasan yang membuat maksiat je. Kalau tak, takkan Palestin terancam sedangkan negara2 jahiliyah yg lain ok jek. Ini sebenarnya peringatan utk kite sume. Kembali ke jln Allah sbb kita ni manusia akhir zaman yg sgt lalai.
Pasal chandelier jatuh, alhamdulillah ko takde apa2.. aku dulu syiling jatuh hampir hempap aku kena petir.
salam...
saya org jasin...puting beliung selalu dtg time ramadhan...ada sekali thn 80-an tak ingat bila habis pokok tumbang n atap rumah terbang...ada my fren pokok kelapa hempap bah dapur elok jer pkok tuh jatuh atas dulang yg dah siap terhidang makanan utk berbuka...
thanks for all komen..
komen pasal sekolah mengandung tu..banyak betulnya as komen yang anon berikan.
ina: aku pun selalu membayangkan kalau kipas tu jatuh masa tengah berpusing tak pernah terfikir pasal lampu yang akan jatuh..
cam kata ezzah kita manusia akhir zaman dan memang dah sangat hampir dengan kiamat mungkin ini juga sebahagian dari tanda-tanda ALLAH mengingatkan kita yang lalai.
“Aku dan hari kiamat diutus (berdampingan) seperti ini.” sabda nabi s.a.w sambil merapatkan jari telunjuk dan jari tengah Baginda. Itu 1431 tahun yang lalu..
satu ketika semasa nabi israk mikraj Rasulullah terjumpa seorang tua yang sangat bongkok di mana kepalanya hampir mencecah bumi. lalu baginda bertanya Jibrail siapakah orang tua itu. Lalu malaikat menjawab itulah bumi kita yang sudah terlalu tua.
Itu 1431 tahun yang lalu..kalau hari ini di mana agaknya kedudukan kiamat dan diri kita dan bagaimana keadaan bumi kita..
wallahualam..kita lah sama-sama ingat-mengingati dan bersedia.
alhamdulillah kau & anak2 dilindungi.. takutnya...
iye la ed..aku lagi phobia sekarang...
Salam. Kak Zira salam ramadhan ke7.
1. Saya tak ada emel akak nak bagi no akaun. Ada sy cuba ym tru azira75, takpasti akak dapat ke tak.
2. Kak Zira masih ingat kisah Dik Na dalam entri blog saya awal tahun 2000an? Dik Na yang lahir di luar pernikahan yang saya selamatkan dari ibunya yg tidak mengkehendakinya. Dik Na sudha darjah enam di bawah jagaan mak saya. alhamdulillah, saya bersyukur kerana dpt jumpa Dik Na sebelum terjadi perkara yang buruk ke atas dirinya.
3. Terkejut dgn lampu chandelier yang putus tu. Alhamdulillah akak selamat. Tak jadi nak beli....
Alhamdulillah tak apa2. Malang tak berbau dan kalau Allah berkehandak memang akan terjadi. terpulang pada kita untuk fikir apa hikmah disebalik setiap kejadian..
rudy,
alhamdulillah adik na selamat bersama keluarga rudy...
angah memang pun syukur sangat tak de apa-apa.
Post a Comment