Persiapan raya aku tahun ni ala kadar dan last minute. Dah berapa tahun dah memang takde sesi menepah2 baju ni. Semua satu family ready made. Tu yang tahun ni baju aku ala-ala lari tema sket pasal tak jumpa kaler yang matching. Selalu baju aku yang lari tema sedey betul.
Percutian raya aku bermula pada hari Rabu..kononnya nak bertolak selepas bersahur tapi bila dah dok leka mengemas rumah akhirnya jam 1.00 baru kami bertolak itu pun ada lagi destinasi yang kami singgah. End up sampai umah mak dah petang dan sesiap nak menolong masak untuk berbuka. Petang tu kami berbuka akhbar seluruh keluarga so everybody dalam family adalah. Ayah baca doa penutup sebelum kami berbuka puasa.
Masa aku sampai ketupat dah siap anyam. Kalau tidak dulu memang tender anyam ketupat aku yang ambik sekali tender ketupat umah makwe. So pepagi Khamis tu mak dah rebus ketupat 200 biji...by jam 11.00 ketupat dah masak waktu ni aku dah sibuk tolong potiong2 perut (babat) untuk signature rendang keluarga kami rendang perut.
Kira petang tu siap le semua lauk pauk untuk dijamu tetamu esok. Ada rendang perut, kari ayam, rendang bali, kuah kacang, ketupat. Malamnya lepas berbuka puasa ayah buat takbir kat umah. Semakin lama takbir dari rumah ke rumah ini makin dilupakan. kalau dulu memang meriah sangat kekadang cik hunny bunny balik takbir dekat jam 1.00 malam dengan perut yang kekenyangan pasal setiap umah yang diorang gi takbir mereka dijamu. Kini aktiviti takbir semakin suram.
Raya pertama memang meriah. Pagi sebelum gi sembahyang raya kami gi umah makwe dulu umah mak ngah dan busu. Since mak dan ayah dah kira generasi tua dalam family jadi umah kami memang tak putus diserbu dari siang sampai malam. Ketupat 200 biji tak sampai petang dah licin...tambah lagi rebus nasi impit 5 pek pun habis. Raya pertama memang tak menang tangan dan penat sikit and kami pun cam biasa raya pertama dok umah aje dulu melayan tetamu.
Raya kedua baru turn kami jalan umah adik beradik mak dan ayah di sekitar negeri Melaka. Tahun ni jalan raya pun ala kadar pasal geng konvoi tahun ni tak balik beraya kg...sebab poklong tengah sakit. Lagi pulak kebetulan raya kedua jatuh birthday makwe so busu arrange majlis sikit belah petangnyer. Malam sambung gak jalan raya kat belakng umah belah sepupu ayah and mak sedara belah ayah.
Raya ketiga aku dah bersiap2 untuk balik muo. Kat muo tak banyak sgt aktiviti walau hari raya tapi aku sangat kagumss kalau orang jawa salam memohon maaf di hari raya...sesi ni aku tgk bila ada sedara mara cik unny bunny yang datang...hmmm kami tak buat camtu pun...
Raya keempat kami sekeluarga dengan Dr su satu kereta ke umah abg Jaman dan Abg jali di Muo dan rumah abang wan di Melaka. So raya muo itulah sahaja 3 buah rumah yang kami berkunjung. Selepasnya kat kg melepak aje lah sampai balik....
gitu le kisah raya tahun ni..
No comments:
Post a Comment