Bila dia dalam mood rajin aku yang paling gumbira...pasal kalau dia dalam mood buat sepah aku hangin satu badan lagi-lagi bila sepah lepas punggah semua mainan. So malam tadi mood rajin dia datang...habis semua kain baju yang berlonggok dia lipat. Siap kira berapa helai sebab aku janji sehelai aku bayar seploh sen. Maka dapatlah ia upah lipat baju RM4 selepas diskaun 80 sen sebab baju2 tu sumer dia kira ada 48 helai.
While aku sibuk packing baju2 muslimah yang nak di pos dia pulak sudah sibuk ambik penyapu dan sapu kat tengah rumah. Habis lipat baju sapu dia masuk dalam bilik susun plak lipstik2 aku dnegan segala tok nenek make up tu. Tak habis kat situ pi pulak kemas botol2 atas meja...diorang jugak punya kerja tu semua lepas minum tak gheti nak simpan semula dalam fridge. habis kat meja kemas plak dalam peti ais...iyelah segala tok nenek vitagen, calcium yang dah makan separuh yang tinggal botol semua masuk fridge...payah nak mendisiplinkan anak-anakku ini.
Siap bagi sepatah dua kata kat aku "mama lepas ni mama ambik mop tau mopkan lantai ni, kotorlah mama". Aku terus sambung kerja-kerja packing baju. Sementara dia naik tingkat atas pulak kemas kat atas. Kagumss aku dengan anakku ini.
Bila dia tgk aku tak gerak ambik mop iyelah aku tgh sibuk nak packing baju and kerja mengemop adalah tugas mingguan..memang takde dalam list malam...aku bg dia cadangan...ambik tuala tu basahkan air and lap spot yang kat lantai tu..hmm spot2 tu bukan apa spot susu spot dia minum air tumpah...
Maka dia pun memulakan operasi..sambil lap2 lantai ngan tuala tu dia pun membebel..penat jugak kemas rumah ni yek mama....pastu aku sambung iyelah penat memang penat mcm tu lah yang mama rasa...dia terdiam sambil teruskan kerja-kerja membersihkan lantai...hasilnya memang kemas lah umah aku malam tadi....aku pun kata kalau lah umah kita kemas camni selalukan tenang hati mama...sure mama tak marah-marah.....
gitulah kisahnya dia bila dalam mood rajin.Suprisingly dia yang aku maksudkan ialah yang dalam gambar ni tengah dukung adik kesayangannya.....siap pagi tadi kakak dia kagumsss bila tgk lipstik2 mama tersusun rapi atas dressing table "ko buat ke ni dik"...tanya deena.."ahaha orang kemas dengan lipat baju sekali mama bagi RM4"...at least aku ajar diorang bukan senang nak dapat duit..kena usaha ok sebab duit tak datang secara bergolek.
thanks abang...muahhh mama lap you
5 comments:
kagum!!!
anak jantanku yg sorang tu kalau suh susun baju dia yg aku dh lipat pun kena tinggikan suara baru nak jalan!
whoaa! rajin anak bujang ko tu
alhamdulillah... sejuk perut mak dia.... memang aman damai hati mak2kalau anak nak tolong kan...
**wishing Iman akan ikut jejak langkah Dobot**
Anak dara den kecik2 dulu rajin jugak tolong melipat kain...skg dah kureng..hu.hu.hu..
i love the picture!
Post a Comment