Alamak buat2 baik pulak dengan aku. Aku malas nak layan sebenarnya tapi mengikut kewarasan akal fikiran aku ni kurang ajar kalau orang bercakap kita tak lawan. Tapi apa yang dia buat pada aku memang aku tak akan lupa sampai bila2. Tuhan aje yang tahu perasaan bila ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan kawan yang suka menikam dari belakang.
Kalau ikut kamus dan falsafah hidup aku kena ada gap dengan orang yang macam ni sebab jenis ni memang suka berlagak bagus. Wallahualam. Aku tak nak le komen banyak2 tapi aku serahkan kepada ALLAH. kerana percaya kepada ketentuan Ilahi setiap perbuatan kita didunia ini ada balasannya samada cepat atau lambat. Syukur alhamdulillah dengan segala keji dan caci yang dia lemparkan kepada aku amin amin alhamdulillah semoga dia dan keluarga dia ditempatkan bersama mereka yang sentiasa mendapat petunjuk ALLAH.
Hati sakit biasalah..aku pun dah biasa sangat berdepan dengan kerenah manusia yang tak habis2 berlagak dengan harta duniawi...bangga sangat dengan kebolehan dan kelebihan yang baru sikit sahaja ALLAH kurniakan kepada dia. mungkin tidak pada aku but pleaselah...hinaan dan cacian bukanlah cara menilai kekurangan orang lain..then menyebabkan aku hilang kepercayaan pada dia.
Tak kisahalah dik oii....akak pun tak kuasa nak layan kerenah bangga diri cakap besar dan bongkak kau tu. Kau tahu perjalanan hidup ni masih panjang dik oiii kau tu baru nak merasa asam garam hidup dan belum lagi belayar di lautan gelora. Tunggulah bukan akak mendoakan sebaliknya masanya akan tiba juga suatu hari nanti. Waktu tu kau akan sedar betapa kerdilnya diri kau yang tak seberapa tu. Masa tu jugaklah kau akan sedar pentingnya kawan2 dan orang macam akak dikeliling kau sebagai penguat semangat. malas akak nak layan. baik akak layan kerenah suami dan anak akak yang dah tentunya comel..tapi anak kau belum nampak lagi dik oiiii.....jangan asyik dok nak mengata mencaci rupa anak orang itu ini...tunggu dan lihat ajelah nanti. wallahualam.
Ya ALLAH berikan lah kekuatan kepada diriku ini. Ya ALLAH lindungilah aku dan keluargaku didunia dan diakhirat lindungilah kami sekeluarga dari musuh2 yang nampak dan terlindung.Hati2 yang busuk dan dengki.Jauhkan kami dari hasad dengki dan dendam. Panjangkanlah kasih sayang kami dan murahkan lah rezeki kami sekeluarga. Ya ALLAH sesungguhnya yang baik itu semua datang darimu dan yang jahat itu datang dari kelalaian kami sendiri. Pandang2 dan dengar2...bukan main cakap ikut sedap mulut aje. Cermin dulu muka sendiri sebelum kita mengata orang...
Tuesday, June 01, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hidup di dunia hanya sementara
Post a Comment