Deen Deen dan motor barunya yang best. Pagi Jumaat tu masa nak pergi kerja aku terkejut melihat sebuah motor mainan yang besar kat hadapan rumah jiran cina bertentang dengan rumah aku. Aku duduk kat Apartment so pintu rumah kami memang mengadap antara satu sama lain. Bila aku tanya daddy motor siapa tu dia dengan selamba dia kata jiran tu la. Hmm dalam hati berdetik "kaya gila cina ni motor mahal pun letak kat luar". Tapi jiran tu memang pun golongan berada. Mereka hanya balik ke apartment weekend saja dah tu diorang tu pakai Merc. So aku tak heran lah kalau dia mampu belikan anak dia mainan semahal itu. Aku pernah lihat motor yang sama kat The Mines kalau tak silap harganya almost 2k untuk motor sebesar itu dan hmm sebuah mainan aje rupanya ala-ala jet ski tapi bezanya ada 4 roda pada motor tersebut. Motor tu boleh bergerak dengan dua mode. Satu laju dan satu perlahan boleh reverse dan menggunakan kuasa bateri sama macam bateri motor jaguh daddy .Kalau mama tak mungkin mama nak bazirkan duit beli mainan semahal itu untuk deen deen lebih baik mama simpan duit tu atau masukkan ASD untuk deen deen. Malam tu lepas balik kerja tiba2 motor yang aku sangkakan milik jiran tu dibawa keluar oleh daddy dari balcony dapur. Rupa-rupanya daddy yang beli motor tu patut pun dia tak bawak masuk dalam malam tu sebab dia tahu aku mesti akan marah ( perkara yang sama jugak berlaku masa daddy beli kapal terbang controlnya yang ketiga). Aku pun apa lagi bermacam-macam soalan dan bertalu talu pertanyaan yang menghujani daddy. Iskhh geram pun ada marah pun ada sebab beli mainan semahal itu. Lebih baik lah daddy bagi duit tu pada mama. Entah lah kekadang mama pun tak fahamlah daddy ni kan deen deen. Dulu masa mama belikan deen deen crawl and ban fisher price tu daddy bukan main marah lagi mahal lah itu lah. Padahal mainan tu baru harga RM130 berbanding apa yang daddy belikan untuk deen deen ni. Pelik tapi benar itulah lelaki yang paling aku cintai dalam dunia ni. Terima ajelah dia seadanya sebab dia satu aje kat dalam dunia ni. kalau bising banyak2 pun tak de gunanya kan benda dah beli duit dah bayar. So nak tak nak aku pun senyap aje la..
Monday, July 19, 2004
Macam-macam ada - Mood OK :)
Jangan tak caya hari Sabtu baru ni kami ada perlawanan bowling Tahunan Division ICT kali ke 2. Sebenarnya aku macam berat nak main maklumlah condition sekarang dengan IAM ada kat dalam perut ni. Tapi aku rasa badan aku sihat dan bertenaga dan rasa yakin boleh main. So pagi tu hantar deen deen pada emak kat Desa Prtaling. Mak dengan ayah ada kat sini tapi dok kat rumah moklong diorang datang since Jumaat. Daddy kerja kalau tak boleh jugak ajak daddy dan deen deen ikut sekali. Games mula jam 10.00 pagi lewat 30 minit seperti yang dijadualkan. Aku tak mengharapkan apa-apa pada perlawanan kali ni maklumlah banyak players perempuan yang baru dan muda2. Cuma kalau boleh nak le kekalkan High score women yang aku pegang tahun lepas. Main mcm biasa tak de le gaya-gaya mcm ketika aku normal. 3 games aku hanya score everage 148 sahaja hmm not bad untuk keadaan aku mcm ni. Tak de satu games pun yang lepas 170. Akhirnya keputusan diumumkan heehh aku lagi ke macam tak percaya jugak.. Alhamdulillah. So dapat le bawak balik trofi untuk dua tahun berturut2 tapi yang sedihnya Jabatan kami tak berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan yang kami sandang pada tahun lepas. Tahniah kepada Jabatan Komunikasi kami hanya tewas 64 mata sahaja dengan mereka.. Bukan rezeki agaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment