Tuesday, August 24, 2004

Let's go to the zoo, that's lot of thing to do....

Hari ni terasa malas nak tulis blog tapi bila dah tak boleh access
internet ni jadi rajin pulak tiba-tiba. Banyak cerita menarik selama dua
hari bercuti ni. Semalam kami sekelurga pergi ke Zoo. Actually tak plan
pun tapi sebab pagi tu tiga beranak ni 6.30 pagi dah terjaga ni semua
gara2 deen deen yang tak bagi peluang pada mama nak tido extra time.
Lepas sembahyang subuh dah tak tahu nak buat apa. Nak buat washing rasa
malas. lepas buat cekodok daddy pun hint2 mana nak pergi keboringan dah
mula melanda nak ke Alamanda belum buka lagi, nak gi tengok rumah rasa
tak de mood plak.



Mulanya mcm terfikir nak pergi berkelah kat sungai tekala atau ulu yam
then fikir semula ala mama bukan boleh mandi manda pun kalau gi berkelah
dalam waktu2 macam ni, setakat buat geram mama aje tengok deen deen dan
daddy mandi nanti baik tak payah pergi ( hmmm but rasanya minggu depan
mama nak mandi laut kat kg melaka). Out of suddent terfikir pulak elok
jugak kalau bawak deen deen pergi zoo. last time pergi zoo masa deen
deen setahun. Zoo Melaka time tu deen deen tak kenal sangat binatang dan
belum pandai lagi time tu. But now sebab hari2 dok main flash card
dengan dia so dia dah kenal elephant, horse, bird dsbnya. Siap boleh
buat bunyi lagi specially bila mama tunjuk card tiger. So pukul 9.00
kami bertolak dari Taman Harmoni dan memang la suprise sebab dlm masa 15
minit aje kami dah sampai ke Zoo Negara. lalu MRR2, jalan pun tak jam.
Ingatkan kami orang2 yang awal rupanya dah ramai dah penujung kat zoo
negara tu. mama pun lupa yang cuti sekolah kan dah bermula. Aktiviti kat
zoo berakhir selama hampir 3 jam setengah. balik dari zoo kami singgah
makan then kononnya nak singah time square bawak deen deen. Deen deen
plak dah tertidur dalam kereta iyelah dari pagi sakan tengok binatang,
berlari sana sini tak boleh diam dan mama memang surrender nak kawal
deen deen. nasib baik lah daddy kuat....tak larat dukung deen deen
diencang kat bahu. Deen deen kalau dah lepas memang takmo pegang
tangan.



Beside ke Times Square kami ke Jalan pasar dulu. daddy may be looking
for something biasalah dia, kat situ kan banyak kedai2 spare part barang
elektrik yang memang menjadi spot kegemaran daddy. Actually mama pun
lama tak sampai Jln pasar dulu2 masa deen deen belum ada kami ke sana
berdua naik motor aje. Maklum la area tu kan sesak nak parking pun
susah. But lucky semalam sampai aje ada pulak kereta nak keluar tak jauh
berjalan. Actually mama pun tengah ushar2 akuarium tapi bukanlah nak
beli sekarang. Kat situ harga akuarium memang murah even harga ikan dan
anak-anak ikan yang berwarna warni pun murah tak sabar nak beli satu.
Sebenarnya kat Jln pasar tu mama dah terasa letih dan penat. So cakap
kat dady tak payah la pegi Times Square, may be next time la kita bawak
deen deen. So next destination is going back to Taman harmoni but
sebelum tu nak singgah Giant beli barang dapur sikit. uhhh sampai rumah
mandi mandi sembahyang dah dah bergolek 3 beranak kat tengah rumah.
Sedar sedar jam kat dinding dah pukul 7.30. Letihnya but seronok. latest
picture gi zoo boleh tengok kat http://deenasarah.fotopages.com





No comments: